Isnin, April 03, 2006

KOBOI BERNIAGA


Gambar oleh Bro Red. Klik la.

Makcik,
Terlebih dahulu saya nak minta maaf dengan Mak Enon, (makcik yang menjual kayu berbagai bentuk sebelah gerai Buku-Blog). Kami akui gerai kami terlalu bising. Begitu ramai orang hingga melimpah masuk ke gerai makcik.

Kalau saya jadi makcik, saya ketuk budak-budak yang bising ni dengan senduk makcik yang berukir indah itu. Kalau saya jadi makcik, saya dah buat laporan polis kerana budak-budak gerai 33 yang mengacau ketenteraman awam.

Tapi saya bukan makcik.

Makcik begitu sporting. Diam sahaja bagai ubi. Makcik ajak saya niaga lagi bulan depan. Makcik jangan lari pula. Jangan tempah gerai nombor lain pula bila saya datang lagi. Kalau saya datang lagi.

Makcik,
rupa makcik mengingatkan saya pada nenek saya sendiri. Dia nasihatkan saya, jangan suka sangat-sangat. Nanti duka sangat-sangat juga. Untuk pengetahuan makcik, untung kami tidaklah juta-juta. Belum boleh tulis buku Rahsia Jutawan Internet lagi. Tetapi, ada orang jahat dah curi beg tangan minah cun yang ngorat saya di lebuhraya. Nanti saya ceritakan. Tunggu ya makcik. Nanti saya cerita pasal relevannya peristiwa satu April itu dengan nasihat nenek saya.


Yang Benar
Koboi Berkaca Mata

.........bersambung

p.s.
Baca Laporan dan Ulasan Pelancaran Buku-Blog Ayah Kita Bos dan Jongkang Jongket di FORUM GENG JURNAL.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BLOOKER: Makanan lebih enak dari jimak

23 ulasan:

basridugongayu berkata...

Aku TABIK koboi!!!

P/s: Aku nak rilis JK-2 serentak dengan AKB-2 dan JJ-2, sebab nak tumpang glemer kalian. Boleh ? heheheh

- basri.mygj.net

Tok Rimau berkata...

deyna rashid said...
atok rimau yg comel..saye baru je tahu pasal blog atok ni dan baru tahu juga pasal pelancaran buku ni. macam menarik. tapi malangnye saya masih bersekolah asrama dan tak dpt hadir ke majlis itu. nak beli pun tak mampu. best ke buku2 tu?

Tok kata:
Tok tidak nasihatkan budak asrama baca buku Tok. Rosak akhlak nanti. Bahaya. Buku ni buku jahat. Kalau nak baca pun, kena balut dengan cover buku lain. Pilihlah cover buku Kuala Lumpur, Di Mana Suami Ku.

ros said...
laaa..aku yang jauh dari Tok pun memang tak tau pasal buku ni..aduh ketinggalan sungguh aku..Apa pun tahniahlah Tok!

Tok Kata:
Beli la oii buku tok. Borong bawa balik kampung. Jual dengan Puteri UMNO tu.

shah said...
Tok, saya memang plan nak turun alih2 dapat panggilan kena datang keje pulak... apapun tahniah..

Tok kata:
If you fail to plan, you plan to fail. Plan B: Beli gaya pos je la gamaknya.


Mar said...
Tok, tadi saya pergi Laman Seni beli Jongkang Jongket & Ayah Kita Bos. Mat Jan sain-sain atas buku. Tok sain-sain atas buku.Encik Naga sain-sain atas buku. Saya seronok sampai rasa nak lompat-lompat. Balik rumah saya belek-belek Ayah Kita Bos sampai muka belakang. Muka terakhir ialah mukasurat 154.Encik Naga tulis ayat akhir tak habis,"Mentol-mentol idea..".Saya tengok kandungan kat depan tulis sampai muka 160.Huwaaaaa, mana pergi "tentang Encik Naga" oleh Tok Rimau?Saya nak baca lagi dan lagi dan lagi dan lagi.Ke memang semua buku pun macam tu.Atau buku saya sorang yang jadi macam tu?Sekian aduan saya di Biro Pengaduan Ayah Kita Bos.Sekarang saya nak mengadu dengan Encik Naga pulak.

Tok kata:
Kes selesai. Kesulitan amat dikesali. Nanti kami gantikan. Jangan pi surat khabar pulak. Nanti tok berkawan makcik jual kepala ikan tongkol pula.

yunir said...
Tahniah kepada kedua pengarah blook terbaru yang disebutkan.dan wawasan Tok Rimau utk mengadakan campaign menulis amatlah hebat! semoga berjaya,dunia dan akhirat....

Tok kata,
Bersedialah. Lepas ini lebih banyak blook terbit.


Ayah said...
Tok, Awat cepat nah tutup kedai... sampai dekat kul lima, bila nengok gerai 33, dah kosong, gerai sebelah ada makcik tengah termenung.. RUGINYAAAAAAAA....

Tok kata:
Pukul 5 kami dok kat cafe Art Galeri sedang audit. Ketawa-ketawa minum cola. Post mortem. Patut ayah join kami.


Mar said...
Tok Rimau & Encik Naga orangnya baik lagi kacak bergaya.Tengok,tak sampai 24 jam aku mengadu pasal hilang mukasurat dah bagi respon.Tok Rimau siap sms bersungguh-sungguh nak ganti dengan buku baru (cuma aku tak mau sebab yang hilangnya sikit sangat.Tok, Encik Naga, email aja muka surat yang hilang tu).Encik Naga secepat kilat suruh aku emel dia.Mana nak cari penulis & penerbit buku baik hati lagi kacak bergaya macam ni.Rugi la korang kalau tak beli buku ni.Sedangkan aku baca Ayah Kita Bos yang hilang mukasurat pun dah rasa best gila, korang bayangkan kalau korang baca sampai ke mukasurat terakhir.Best tahap dewa-dewi kayangan tu maaaaaaa.Belilah, kalau tidak kau akan menyesal.

Tok kata:
Kami memang tak tau niaga. Itu pasal kami tidak niaga macam tauke.


neeziee said...
abis dah aku borong ari tu tok rimau.klo ko ingat aku ler budak pendek baju biru belang2 tu.huhu.errr..leh ingat ke??

Tok kata:
Tidak boleh ingat la. Tok minum air banyak semut pagi tadi.


Anonymous said...
errr.... tok! ade lagi tak? tak sempai nk pi laaa....:(

Tok kata:
Cepat-cepat mail tok. dah nak habis dah ni.

arf zenz said...
Congrats on the launching!Saya suka sangat buku ini.Sudah baca tapi belum beli. Bukan tak nak beli. Nanti ada duit saya beli.Lepas baca buku ini, saya pun pandai main.Main dengan kata-kata.Kalau Tok Rimau dan Sinaganaga dah ada Ayah Kita Bos. Diharap semua akan sabar menanti keluaran "Mak Kita Ma'am" (apek jual DVD haram semua orang dia panggil bos, saya nak suruh dia panggil perempuan ma'am pulak sekarang) ;p muaskaskasss..

Tok kata:
Oitt...kalau baca buku orang kena bayar RM1 pada orang tu.

Esis said...
sorry tok aritu xdpt bermesra. sbnrnya lari sekejap dari tempat kerja. semata-mata xnak miss u all. maksud aku buku u all. tapi, memang aku puas dgn hasil karya tok. tersangat puas..

Tok kata:
Lain kali kita jumpa lagi. Suruh bos kau amik cuti Sabtu la.

samurai said...
mula2 aku ingat koboi mana suka2 sign buku yg aku beli. rupa2nya tok rimau.huhuhu..


Tok Kata:
Naga janji nak pakai topi koboi. Tup tup dia pakai topi pemancing ikan. Aku sorang je koboi.

blackpurple berkata...

Terima kasih makcik kerana memahami........

neeziee berkata...

sayang makcik...

esis berkata...

kesian kat awek tu. beg dia hilang. dah cari sekitar gerai ke, dalam kete ke? entah-entah tercicir dalam longgokan buku AKB atau JJ ke, sabotaj ke, GT ke?

Sayuti berkata...

makanan lebih enak dari jimak?

TIPU!

gitartong berkata...

ha ha ha! aku tahu pasal apa tok rimau pakai topi koboi! aku tahu!

ros berkata...

sejak bila tok jadi koboi...ishhh menyesal aku tak turun KL masa Aprilfool Day!
Tok,ajaklah family dtg sini di Pangkor...jomlahhh...bukak gerai kat sini mau tak?Pangkor Beach Carnival

Pegawai Khalwat berkata...

Sampai hati Tok kata muka makcik tu macam nenek Tok.

Awat dia tua sangat ka?

Memang patut dia ketuk Tok dengan senduk yang berukir indah tu.

red berkata...

tok...

gambo2 nyer...
kat sini...http://red406.fotopages.com/
..bagitau la teteman yang lain eh?!

Ku Keng berkata...

Mak Cik tu kecik hati kerana tak bagi buku complimentary kepadanya. Siap dengan autogeraf. Lain kali jangan bertopi, tapi berkopiah pulak.

shazy berkata...

Meh.meh...Shazy nak bela (memihak pada)Tuk Rimau...

Nenek kat sebelah tu memang dah tua...tapi,..baik!!!!

Sikit pun dia tak komen bila penduduk-penduduk di gerai sebelah dia memekak.

tembakau jawa berkata...

maaf seribu kemaafan...
x dpt hadirkan diri di balai...
kerana ade majlis pengebumian ditermeloh pada hari kejadian...
cuma minta sparekan satu blook utk aku...
akan aku ambil bila kembali diJB nanti...

yang bernas,
Tembakau Jawa.

semut berkata...

tabik kat makcik tuh.

sherrina berkata...

terasa rugi tak dapat hadir walhal dekat sahaja. apa nak buat, tugas mengajar tak dapat nak ditinggalkan. budak2 nak exam...huhu...harap bleh beli secara pos.

sinaganaga berkata...

"Kau kata, kau pun nak pakai topi koboi!"

"Ni, topi koboi ler ni!"

"Ni topi gi pancing ikannnn!"

RedBeanBun berkata...

Balik dari Laman Seni. Itu hari. Setiap 5 minit, aku 'lonjat-lonjat'. Dalam kereta.

"Yeay yehhh dapat jumpa Tok & Naga! Yeayy yehhh dapat jumpa Tok & Naga!"

Suami aku. Tumpang gembira!
Betul, tak tipu!

Macam dalam cerita omputeh tu. Pasangan-pasangan romantis. Read to each other romantic stories. From romantic novels.
Aku. Bacakan suami aku. Cerita-cerita dari Ayah Kita Bos. Sambil kami kekek-kekek ketawa. Sambil suamiku membawa mobil.
Romantis!

Esok paginya di meja sarapan. Di tepi kolam renang kondo. Aku masih lagi terkekek-kekek ketawa. Membaca Ayah Kita Bos.
Aku syak. Suamiku ada sedikit cemburu. Kerana pagi itu dia. Dah tak tanyakan apa yang aku gelakkan.
Tapi tiba-tiba, dia bersuara perlahan.

"Abang pun ingat nak buka blog lah...".

Aku. Tersenyum di sebalik buku.
Betul, tak tipu!

.....eh apa hal ni... aku komen dalam blog Tok ikut cara Abg Naga tulis plak. Ish, berantu betul dude-dude ni.

tulip berkata...

tok R, dalam buku ayah kita bos tu ada satu muka surat kosong la. memang kosong ke? btw buku encik berdua memang best. -zeaty-

shuqs berkata...

sy dah g laman seni aritue, x sempat ler plak nak jmp tok.

sinaganaga berkata...

Tulip,
Mukasurat belakang tu memang kosong.
Maklum.

Romantis Selatan berkata...

tok rimau kelakar, sinaganaga pun kelakar... agaknya macam mana tok rimau dan sinaganaga yang betul.. seorang naga dan seorang rimau... karya pun garang! tabik tabik...

tapi sayang... saya tak ada budget untuk beli buku garang itu pada bulan ini. T.T <-rupa org menangis

Bulan 5 nanti saya cari... cepat-cepat ulang cetak...

psT: harap2 dlm hati jangan2lah tok rimau kata... aku dah kaya, tak payah beli... T.T <-sedih saya...

menulis memang seronok ya tok?

Op berkata...

publikasi seterusnya tulis 'muka surat ini sengaja dibiarkan kosong untuk kalian conteng/renung/reset fikiran balik. hehe.

angela berkata...

hehe... telah berjaya membaca 1/4 buku tok, dgn 'merampas' drp kawan-kawan masa kelas :)

best!!!!
"I'm more interested in creative works than language games"

kini aku faham mengapa! ;)

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin