Selasa, April 25, 2006

JAHANAM : SINGLE SULUNG

Maka lengkaplah perjalanan seni aku mahu menolak nama P. Ramlee dari kemuncak tangga seniman-seniman agung negara. Aku dah menulis karangan yang banyak. Menulis puisi pun sudah. Menulis buku pun sudah. Bikin wayang gambar pun sudah. Sama ada bagus atau tidak. Itu tidak penting. Yang penting, aku seniman serba boleh.

Opsss... aku belum menyanyi. Itu sangkaan kalian.

Aku memang tidak pandai menyanyi. Aku buta melodi. Buta tempo. Buta rhythm. Aku tidak tahu mengikut muzik. Kalau aku menyanyi, muziklah yang kena ikut aku.

Tetapi Malaysia boleh! Aku tidak mahu mengalah. Aku baru menubuhkan sebuah band duet. Satu vokalis dan satu jurutera bunyi. Kawan aku menyanyi dan aku tukang buat bunyi latar.

Dia, Pheja dan aku, Rimau. Together, we are Pheja and Rimau. (Ya Jigo, ini Pheja yang jadi bos engkau dulu. Sekarang aku bos dia.) Single sulung kami yang pertama bertajuk JAHANAM.

Jahanam
Habis kerana mu
Kerana mek nak mengaji
Ayah pun setuju hati
Jahanam
Habis kerana mu


Sebenarnya liriknya panjang lagi tapi aku tidak berapa nak pandai alihbahasa dari Bahasa Kelantan ke Bahasa Luar. Lagu ini adalah lagu lama dari Kelantan yang kami beri nafas baru. Di harap peminat-peminat semua terhibur. Semoga menjadi siulan muda-mudi masa kini.

Diedar secara percuma dalam format mp3 via e-mel. Sila hantar e-mel kepada harimauj[at]yahoo[dot]com dengan Subjek: Saya Mahu Lagu JAHANAM jika mahu lagu percuma ini.

24 ulasan:

blackpurple berkata...

Anda jadi tambah hebat dan serba boleh sebab ada teknologi SMS...
ha ha ha..

Op berkata...

kau tertinggal fotografi tok. seni jugak tu.

JBM8141 berkata...

Tok Rimau nak ketepikan P Ramlee??? kecoh lagi Parlimen lepas ni!!!

tujuh86 berkata...

Kirim salam Pheja. Bila nak buat video clip? Oh! Aku nak lagu ni, forward ke email aku segera.

gom[dot]anarkis[AT]gmail[dot]com

Mat Jan berkata...

Saya Mahu Lagu JAHANAM

jongkangz AT yahoo DOT com

Ron97 berkata...

yadziz AT yahoo DOT com

email saya jika mahu dihostingkan lagu tersebut

Cik Easy berkata...

aku jua begitu..

tahrizi (a t) gmail dot com

Tok Rimau berkata...

Aku dah siap nak post Lagu Jahanam ni pada kalian, tiba-tiba aku tidak puashati dengan tempo muzik yang tak sama dengan vokal. Aku repair dulu la ya. Harap bersabar.

Tawaran Ron dalam perhatian aku. Jika tuan hostkan mudah nak distribute lagu ni.

Jigo, memang aku nak buat MTV lagu ni tapi aku perlukan Production Manager yang mantap. Aku perlukan imej berikut untuk melengkapkan kehendak lirik video ini:

1) Kain tok-ser pakai dok gila seluar bobby
2) Sehari sampai gelap jual kerbau tak laku.

Mana aku nak cekau kerbau?

sinaganaga berkata...

Rimau,
Kerbau takde. Lembu boleh? Gi minta kat... *wink* Ha ha.

BooK berkata...

aku begitu juga
aku mahu lagu tok jahanam
ish
aku mahu lagu tok yg berjudul jahanam

bukhariramli at gmail dot com

samurai berkata...

To: harimauj(a)yahoo.com
Sender: swoosh.maniac(a)gmail.com

Subject: Saya Mahu Lagu JAHANAM

Send!

semut berkata...

jahanam si enam jahanam.haha

cerebrator berkata...

apa dar Tok,kejap dah ready nak distribute, abih tetiba jek mau ubah lagi....

takper, saya kasi email saya dulu:
yunir.sg[at]gmail.com

saya boleh mirror host utk Tok,

Pegawai Khalwat berkata...

Ha ha ha.....

Ramainya produser yang berebut artis baru ni. Aku pun tak mau ketinggalan

pegawai_khalwat AT yahoo DOT co DOT uk

Aku akan bagi subsidi kat Tok!

Pss.... subsidi ke royalti?

Romantis Selatan berkata...

nanti ada pula versi polyfonic dan monofonik untuk telefon?

:)

Nizam Rusli berkata...

haha! saya nak sajaknya tok! kirim pada saya.. biarkan saya siapkan lagu dan MIDInya.. kalau kau belum buat!

nizam_rusli@yahoo.com

basridugongayu berkata...

basri.normohd[AT]gmail.com

tabik!

Exc berkata...

Tok,
saya nak jugak lagu ni..
Kalau best, bleh buat ring-tone.
Kalau tak best, err..

aieda.syah[at]gmail[dot]com

kel@mbu berkata...

Nakkkkkkk

Saya Mahu Lagu JAHANAM!!

lan_zo AT yahoo DOT com

Ku Keng berkata...

Dan kita kerana mau teknologi, rakyat pun setuju hati...akibatnya sekarang, yang Mamak, bukan Mek, buat semuanya jahanam. Malaysia boleh. Habis kerana mu.

Pegawai Khalwat berkata...

Lagu JAHANAM ni ada kena mengena dengan ENAM JAHANAM terkaya yang diburu polis tu ka?

Ron97 berkata...

semalam saya mimpi,
rimau jadi panel al-kuliyyah

tuan tanah berkata...

tok suruh hantar email, tapi saya tengok semua letak alamat email mereka di sini. jadi saya juga mahu menumpang dua kaki juga.

Saya Mahu Lagu JAHANAM

Email: cura UNDERSCORE simanjakini AT yahoo DOT com

Tok Rimau berkata...

Ujian sistem komen.

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin