Ahad, April 09, 2006

SUKA DAN DUKA

Sebelum hari kejadian aku gembira riang tidak terhingga. Semua urusan penjualan buku Ayah Kita Bos berjalan lancar. Kawan-kawan ramai datang menyokong. Jualan buku mencapai sasaran yang ditetapkan. Pembeli-pembeli meminta tandatangan aku. Dengan riaknya aku menurunkan tandatangan. Tidak kurang juga yang mahu bergambar dengan aku. Aku megah bergelak-gelak suka.

Siapa tidak gembira dalam keadaan yang sebegini?! Tetapi, nenek aku ada pesan, orang yang suka sangat, akan berduka. Sangat juga. Dalam perjalanan pulang dari K.L. ke J.B., kami sekeluarga bertemu duka.

Usai solat, mama (minah cun yang mengurat aku) bertanya kepada Sabrinamon, “Mana beg mama?” Kedudukan mereka rapat antara satu sama lain di dalam surau sesak di hentian rehat lebuhraya kawasan Machap. Hampir dengan dinding lagi. Tetap orang jahat itu licik mengebas beg tangan minah cun. Pun begitu, sekurang-kurangnya anak-anak kami tidak dicuri sama. Aku memujuk diri sendiri.

Menurut Sabrinamon, orang jahat itu wanita muda berbadan gempal. Mula-mula, dia mengagah-ngagah Afimon. Berlagak keibuan konon. Kemudian, dia menghampiri Sabrinamon. Dia memusingkan tubuh Sabrinamon ke arah mama dan kakaknya yang sedang mendirikan solat. Tanpa Sabrinamon sedar, orang jahat itu mencilok beg tangan mamanya dan menggantikannya dengan telekung surau.

Menurut polis, modus operandi menggantikan objek yang dicuri dengan objek lain amat biasa. Polis juga mengatakan bahawa orang jahat ini beroperasi di kawasan-kawasan rehat sepanjang lebuhraya. Biasa juga. Tumpuan utama dia adalah beg tangan wanita dan kadang-kadang laptop dalam kereta. Puas polis menyamar, masih juga gagal menumpaskan orang jahat. Masa akan menentukan. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. [Jika anda penulis skrip Gerak Khas, cut and paste perenggan ini.]

Kebarangkalian orang kafir dan orang tidak solat menjadi mangsa orang jahat itu amat nipis kerana dia biasa beroperasi dalam surau. Kecewa aku dengan orang jahat yang mencuri dari orang yang sedang sujud dalam rumah suci. Kecewa amat sangat.

Orang jahat, di mana pun engkau berada, aku harap engkau bersuka ria. Riang ria kerana kerana engkau ada telefon bimbit dan jam tangan lebih. Gembira kerana engkau bergaji dua tiga ratus untuk kerja 15 minit. Untuk bonus, engkau juallah kad pengenalan dan lesen bini aku kepada pendatang tanpa izin. Belilah ganja dan todi dengan duit itu dan joli sampai ke subuh. Bawa kereta laju-laju! Bergembiralah! Ketawalah terbahak-bahak. Sukalah engkau sesuka hati engkau!


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Blog Rotikacangmerah
Fotopages Bro Red
Fotopages Sayang Mama
Ulasan Geng Jurnal

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

amuk tok amukkkkkk!

abdullahjones berkata...

takziah.

Tanpa Nama berkata...

kita cuma harapkan si tangan panjang akan satu hari insaf dan mengajak kawan sekerjanya utk letak jawatan. kalau tidak pon, dia bekerjasama dgn pihak polis dan menyerah diri, sambil pecahkan rahsia.

Alhamdulillah, brg-brg aku tidak pernah dicuri dlm masjid. Cuma pernah sekali, dlm masjid, seekor toyol telah bawa lari camera ku, pd bulan pusa.

zizie ali berkata...

saya turut simpati.
terima kasih kerana share cerita ni. saya pengguna kerap hentian lebuhraya. akan saya beri peringatan kepada wanita-wanita yang saya sayang tentang modus operandi tersebut.

Tanpa Nama berkata...

La tak kira kat mana2 pun...asal ada peluang depa rembat....semoga depa ni akan mendapat pentunjuk dan hidayah.....


Denliau

Pegawai Khalwat berkata...

Orang tua-tua juga pernah berkata, 'tiap yang buruk pasti ada hikmahnya'.

pasti ada kebaikannya satu hari nanti tok.

Cubalah kita (bukan tok) jangan mendoakan kecelakaan pada mereka ini. Doakanlah kebaikan dan moga mereka dapat hidayah.

Amin!

Tanpa Nama berkata...

Tarikh 14 Disember 2003. Aku pi solat maghrib di surau JJ di Lembah M. Handbag di tepi belakang kiri kala aku berwudhu'; kemudian dipindahkan ke tepi belakang kanan ketika solat.

Lepas solat... korek korek handbag... aaa sudah! wallet dan hp dicopet! Mujur ada satu lagi hp official dia tak curi! Yang ralat nya, hp yang dicuri adalah hp pemberian arwah rakan.

Ya, dalam hati menyumpah seranah pencopet tu... kerana org tu tergamak buat kerja hina dalam bilik solat. Menyusahkan! Nak pi report polis lagi, mlm2 buta tu; nak kena ambil cuti dan buat IC lagi, denda IC hilang lagi, buat ATM kad lagi, simkad baru lagi. eiii, banyaknya kerja!

Yang aku syukur sangat2, dia tak ambil beg aku sekali sebab kalau ya, dengan kunci keta aku sekali dia kebas!

Dan yang aku kesiankan pencopet tu, habuan curi dia tak berbaloi dengan dosa dia... dalam wallet aku ada RM13 je masa tu! heh.

Sir Mute Key Chicks berkata...

tok.tak guna ilmu cari barang hilang atau sembahyang hajat kah?

Rie berkata...

ketika takbir solat jumaat baru-baru ini. tiba-tiba berbunyi alarm kereta. selepas itu diam.

sesudah solat aku pergi ke kereta kawan yang aku tumpang tadi cepat. takut kawan tunggu aku pula.

setibanya disitu. kereta kawan aku kena rompak. cermin sisi retak seribu berlubang ditepi.

radio dan handphone hilang. tempat radio rongak.

cantiknya sikap perompak ini. ketika kita takbir jumaat dia buat kerja. SUNGGUH BERETIKA. kasihan kawan aku.

Tanpa Nama berkata...

Sedih. Punyalah azab mencari duit, punyalah senang dorang curi. Sabar Tok. Entri tok beri pengajaran kepada kami semua agar jangan lalai.

- basri

sinaganaga berkata...

Rimau,
Tunggu aku jadi PM. Biar aku ajar keparat2 tu!!!!!

blackpurple @ jowopinter berkata...

tak boleh jadi jutawan pun romapak benda2 ciput macam tu...nak kaya pegi la rompak bank ke.... rumah menteri ke.....

cheura berkata...

Saya kena di surau Larkin. Bawak beg galas belakang jadi beg tidak dicuri tapi telefon bimbit sempat diseluk. Padahal ada kawan tolong jaga tu! Dia ambil masa kitorang tengah nak bertukar syif solat <-> jaga beg... Laju betul buat kerja. Ada belajar magik kot!.

Tanpa Nama berkata...

jangan tok
jangan.
jangan di bakar surau tu

Tanpa Nama berkata...

bakar surau???

Rie berkata...

di sini juga

http://sukaatiaku.blogspot.com/2006/04/lapan-jam-bersama-ayah-kita-bos.html

Mar berkata...

Kalau kat tempat kerja Mar, pen-drive pun ada makhluk nak kebas.Pantang lepa sekejap.Hilang memanjang.

cik puan daun berkata...

takziah tok.. hmmm ..

sherrina berkata...

saya doakan tok rimau, isteri dan anak2 sejahtera walaupun telah ditimpa malang :)

Tanpa Nama berkata...

pendrive ko ilang mar?kat tempat aku usah kata pendrive,pentiss pun banyak ilang..

el-Maaniq berkata...

Selagi dunia belum kiamat, selagi itu ada orang baik.

Tanpa Nama berkata...

Tok,

Orang memang gemar harta kepunyaan rimau. Depa masuk hutan. Jumpa "susu rimau" pun depa ambik bawak balik.

tuan tanah berkata...

jahatnya!!!

takziah untuk tok

BooK berkata...

tokr:
gimana ngn buku tu tok? tok mahu simpan? atau tok mahu pos?

Rie berkata...

up date la tok. mulut aje sakit tu.

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...