Isnin, Mei 08, 2006

BILA NAK KHAWIN?

Aku dengar bunyi deringan telefon.

Truttt. Truttt. Trutttt.

Aku mahu jawab tapi aku tidak boleh bangun dari tidur. Kemudian aku dengar suara wanita.

"Hello, hello, hello..." katanya.

Aku cuba mahu menjawab telefon itu tapi tidak mampu. Mata aku masih tertutup. Aku sedar tetapi tidak boleh bangun. Orang tua kata ini rasanya kena hempap hantu. Tahyul betul.

Penerangan saitifiknya begini, otak kanan aku dah mengeliat tetapi otak kiri masih menarik selimut. Agaknya.

Akhirnya aku tersentak. Terus aku capai telefon. Hairan. Tiada "missed call." "Mistered call" lagi la tidak ada. Siapa yang hello hello tadi?

Ahhh... Suara dari TV1 rupanya. Aku tertidur depan Fenomena Seni yang membincangkan, "Patutkah Gossip Diharamkan?" Punyalah bosan interaksi panelis, jemputan dan penonton sehingga aku terlelap.

Jawapan kepada debat mereka mudah. Gossip tu amat disukai oleh pembaca tetapi menjadi tanggungjawab sosial wartawan untuk berpada-padalah. Wartawan bumi bertuah ni kerap sangat bercerita tentang peribadi artis tetapi jarang-jarang nak kupas perjalanan seninya.

Soalan nombor satu adalah bila nak kahwin. Macam mendesak-desak pula artis tu berkahwin segera. Baik surat khabar baik Melodi. Sama sahaja ceritanya. Tidak sah jika tidak tanya soalan itu. Kalau karyawan filem agung Jepun, Akira Kurosawa bangkit dari kubur dan datang ke Malaysia, wartawan akan tanya soalan itu juga, "Bila nak kahwin?" Mahu mati balik orang tua itu.

Aku tutup TV. Tutup otak kanan ku. Tutup otak kiri ku. Sambung tidur semula. Aku termimpi menjelma dari Datok Harimau ke Datok K. Kuat benar pengaruh media.

p.s.
Yang, abang TERmimpi bukan BERmimpi tau.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Dua penulis novel yang aku temui hujung minggu lepas:
Buku Nota & Zaid Akhtar

17 ulasan:

Unknown berkata...

sebab tu agaknya saya tak jadi artis..

kunci hilang berkata...

saya pernah termimpi menjelma sebagai Kambei Shimada di dalam Shichinin no Samurai.

Sir Mute Key Chicks berkata...

takpe.takpe.mimpi tuh best sebenarnya.walaupun mimpi pasal hantu.menyihatkan otak kita.haha

Pegawai Khalwat berkata...

Tok,
Role model katakan.
Selain daripada politikus, artis juga adalah makhluk yang paling kerap diperhatikan makhluk lain dalam dunia ni.

equationnya mudah saja.

Politikus = undi pilihanraya
Artis = undi SMS

Mereka kata, "kami undi, kami punya suka la nak tau apa pun!"

Pss.... bukan ka Akira Kurosawa dibakar mayatnya? Dia menjelma dari abu agaknya.

Ron97 berkata...

org kata,
mimpi adalah hasil dari apa yg kita fikirkan
kak tin,
jgn percaya dia.
hahaha

adadia berkata...

pedihnya soalan kawin tu haha.

June berkata...

rasanya macam tak mesra bila comment box kena masuk p/word... arghh...

Fakyew berkata...

aku dah lama tak mimpi kawin. macam ustaz-ustaz aku kata dulu... :p

Pakdi berkata...

agak-agaknya tok pernah terbaca tak fenomena kena hempap tu, secara saintifik?

selama ni pun saya kata, kena hempap hantu je.. hehe.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Kalau tak ada gossip bukan artis namanya...!

zizie ali berkata...

kena hempap hantu. org kampung aku panggil "kena tindih dihantu". komunikasi sehala. begitulah agaknya bila kita dah mati. antara orang tidur dengan orang jaga. antara orang mati dengan orang hidup.

Mamamanja berkata...

salam kenal
lompat dari blog ontahsapo

BooK berkata...

kena tindih?
gosip artis?

dugongsenyum berkata...

Tok kena tindih dari depan atau belakang? Kalau dari belakang sah hantu gay.

Unknown berkata...

fENomena seni prog is a bored programme. anyway...termimpi jugak nak jd Datuk K ye.. haHAHA

Amyz! berkata...

isk. tensen betul dengan fenomena seni tu. slow sgt interaksi antara panel, host ngan penonton. caller yang telefon pun slow~ bagi pendapat ntah-apa-apa.

program tu sangat boring sehingga tok pun boleh tertidur-tidur.eheh. kesian..

Rie berkata...

aku suka karya akira kurosawa. 7 samurai

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...