Jumaat, Mei 19, 2006

KAPITALIS

"Pertanian adalah perniagaan," jerit slogan itu. Jika petani mahu hasil titik peluh mereka sampai kepada pengguna, mereka mesti berfikir macam saudagar. Kena kira modal, kos dan untung.

Kemudian aku terfikir satu gagasan yang berjela-jela. Penulisan adalah perniagaan. Pendidikan adalah perniagaan. Pembinaan adalah perniagaan. Percintaan adalah perniagaan. Penjagaan anak adalah perniagaan. Perjuangan adalah perniagaan. Penggalian kubur adalah perniagaan. Senarai ini boleh cecah infiniti. Perdana Menteri pun ada selitkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 tentang Malaysia menuju ke arah modal insan (Human Capital). Tentu kelak ada kos insan dan untung insan. Mungkin juga rugi insan.

Kemudian aku teringat arwah Wak Dino yang menjual mi rebus dengan harga RM1 semangkuk di Bukit Chagar. Kalau beli bungkus, arwah akan tambahkan mi dan kuah tetapi harganya tetap sama. Rm1.

Katanya, perniagaan adalah sedekah. Ringkas sekali gagasannya.

11 ulasan:

dugongsenyum berkata...

senyum juga satu sedekah.

gagasan dugong hehehe

Sir Mute Key Chicks berkata...

ya.ya.perniagaan memang adalah satu sedekah.amin

Keluarga Zulkarnain berkata...

Alangkah berbahagianya menjadi seseorang yang punya prinsip sama dengan Wak Dino :)

Fakyew berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Fakyew berkata...

Kapitalis hanya mementingkan keuntungan dan tidak kebajikan orang awam lain.

Dan aku percaya Malaysia sekarang ini bukannya mengamalkan dasar ekonomi campuran seperti yang aku belajar masa di sekolah dahulu.

Segala macam harga benda@barang nak naik... secara berterusan.. dan swasta itu dan swasta ini. Tapi mutu masih lagi macam itu.

Ya, sebagai pengguna kita pandai berleter saja, tapi apa la sangat yang boleh kita buat kan? :)

Kalau kau ada duit, kau adalah raja dan sebaliknya...

Rie berkata...

sangat mudah untuk bersedekah. contohi wak. keuntungan akhirat paling penting

Bailey berkata...

setahu saya, di akhirat nanti, org berniagalah yang paling lambat kena hisab. betul kan saya kalau saya salah.

blackpurple @ jowopinter berkata...

90% rezeki dari perniagaan. Tapi yg betul2 berniaga dengan betul2. Betul2 yang betul2..!

BooK berkata...

perniagaan itu juga ibadah.

Lan Rambai berkata...

Berniagaaa.. memang seronok

Pakdi berkata...

falsafah berniaga wak tu mmg menarik :)

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...