Khamis, Mei 18, 2006

MEMERANG

Gambar Hiasan

Mereka berlari dari bawah pelantar Medan Ikan Bakar, menuju ke gigi air Teluk Muruh. Inilah kali pertama aku nampak memerang. Aku tidak pasti bilangannya kerana gelap malam. Lebih kurang 10 ekor. Kemudian mereka berenang ke tengah laut. Hilang dari pandangan.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Dengar Lagu FARAQSTIKA.

13 ulasan:

blackpurple @ jowopinter berkata...

Memerang tu apa ekk? Ah...'buta binatang' betul aku ni...

Ron97 berkata...

tok tak pernah tgk memerang?
musykil

Tanpa Nama berkata...

tok! teluk muruh kat mana...eee best yek ada memerang laa

dugongsenyum berkata...

Blackpurple,

Kalau kau boleh baling memerang macam baling boomerang, ku hebat.

Tok Rimau berkata...

Memerang itu 'otter' dalam bahasa Inggeris. Rupanya macam kucing yang panjang. Dia pandai menyelam dan kuat makan ikan. Sila cari dalam google untuk maklumat lanjut.

Dulu, ayah ada cerita tentang cita-citanya mahu membela memerang. Dia nak ajar memerang makan ikan goreng sahaja. Lepas itu memerang ini akan dikerah untuk menagkap ikan untuk keluarga.

Itu cita-cita ayah. Mungkin angan-angan lebih tepat.

Teluk Muruh. Lokasinya di antara Lumut dan Teluk Batik.

Rie berkata...

memerang.

rupa macam tikus kat KL je

ontahsapo berkata...

jom ke kenyir! boleh lihat utk kali kedua dan seterusnya....

jiGOMorrison berkata...

Esis,

Kalau kau rajin ke Johor Bharu, kau jenguk-jenguk ke Sungai Seget. Nasib kau baik, kau akan jumpa memerang. Tapi aku yakin dan pasti kau akan jumpa tikus yang besarnya lebih kurang anak memerang tengah buat kuak lentang.

Hik hik hik!

Tok Rimau berkata...

3 Tempat Yang aku Mahu Pergi:
1. Gua Tempurung
2. Taman Negara Rompin
3. Tasik Kenyir
Aku nak tangkap memerang.

Gom,
mana boleh nampak 'memerang JB' tu. Sungai Segget dah tutup dengan konkrit.

tuan tanah berkata...

ah... comel...

Pegawai Khalwat berkata...

Orang tua-tua kata, kalau tercekik tulang, ambil kaki memerang dan gosok-gosok/garu-garu sikit kat tekak atau tempat yang tercekik tu.

Alasan? Memerang kan terer makan ikan. Hangpa pernah tengok memerang tercekik ikan?

Psss.... pastikan kaki memerang itu adalah kaki memerang yang telah mati dan gosok di luar, bukan di dalam mulut/tekak.

dugongsenyum berkata...

lama dah aku tak jumpa muntah memerang. selalu dulu kat kampung kat tepi parit tepi jalan selonggok. bau dia puaka nak mampus. betul ke memerang takde jubur. makan lalu mulut berak (muntah) lalu mulut juga (?)

artisticklytouch berkata...

Pengalaman pertama melihat memerang:

Kenyir, 2002. Ketika sedang excort peserta Kem soladariti Kepimpinan UPM melakukan kayak orienteering.

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...