Ahad, Mei 07, 2006

ROLLERCOASTER

Mak aku pun ada kata, kalau teringin naik kapal terbang mesti belajar rajin-rajin. Boleh sambung belajar ke luar negara.

Aku rasa tercabar lalu belajar rajin-rajin. Besungguh-sungguh aku belajar. Aku tanamkan semangat suatu hari nanti aku akan naik kapal terbang ke Amerika. Sampai sana, aku nak naik rollercoaster.

Akhirnya aku berjaya capai cita-cita aku untuk naik rollercoaster di Los Angeles, Amerika Utara. Syabas. Misi tercapai.

Aku sudah tiada misi lagi. Kemudian aku belajar ala kadar agar dapat naik kapal terbang untuk pulang ke Malaysia untuk bercerita pengalaman aku naik rollercoaster kepada mak.

Bila aku pulang ke Malaysia, aku dapati dah ada rollercoaster di Sunway dan Genting. Penat aja aku jalan jauh-jauh.

15 ulasan:

Pegawai Khalwat berkata...

Aku pernah naik kapal terbang dua kali.

1-ke Labuan
2-ke KL

Tapi aku tak pernah naik rollercoaster. Best ke?

Pendek kata, apa yang orang atas angin ada, kita pun pelan lama pelan ada jugak.

Pss.... merry-go-round masuk senarai tak?

sinaganaga berkata...

Rimau,
Ha ha. Ya ya. Hidup ini memang macam rolekoster. Dah memang tahu gayat pun dok ler naik lagi. Ha ha.

rudy bluehikari berkata...

tapi sekurang2nya tok bawka balik degree dr negara amerika tu. eheh! bluehikari

test berkata...

dua kali aku ke UK igt nak habiskan blaja, tp pulang semula sebab rolerkoster punya pasal. bila lah gamaknya nak abis nie. tok ade resipi dak?

Sir Mute Key Chicks berkata...

Dulu aku belajar kat Texas. jadik koboi. Tapi bila salji turun jer, aku rasa baik aku balik rumah jer a. Eh, kat Texas ader salji ker?

cik puan daun berkata...

aku tak boleh naik rollercoaster. alergik. lepas naik otak aku jadi off centre. kesian ika kena maki dengan aku berbakul-bakul..

ahmad berkata...

Kapal terbang dan roller coster kedua-duanya sama.Memeningkan kepala :b

dugongsenyum berkata...

Aqilah (3 tahun umurnya) nak naik belakang Ultraman. Masukkan RM2 siap keluar lagu lagi ultraman tu.

Tok tak petik epal? Dalam cerpen Faizal Tehrani ada cerita kisah budak nak belajar ke luar negara semata-mata kerana nak petik epal. Di Malaya pun ada epal banyak berlambak, kan tok kan?

dugongsenyum berkata...

dah pernah bawak mak naik rollercoaster ?

Unknown berkata...

saya tak heran nak naik kapal terbang pasal tak heran nak naik rollercoaster.

ps: pernah naik coaster je..

Rie berkata...

cita-cita aku nak bawak rolercoster.

byk kali jgk antar resume. tunggu lagi ni.

yaabbna berkata...

Dua2 dah naik tp dua2 ada best dan tak best.

Dulu belaja sungguh2 nak gi try buat ABC guna salji tp bila nak gi sana dgr cerita yg kat malaysia pun dah ada salji.

Sempt buat ABC kat swrk je.Hehehe

blackpurple @ jowopinter berkata...

Aku masih hairan macamana Mr Bean naik Rollercoaster boleh tertidur...

syah berkata...

hahahaha... sama ngan cita2 aku bila dah ada kat oversea ni.. dan setakat ni dah tercapai cita2 tu. Dah naik world highest and fastest roller coaster in the world. Memula Dragster (Cedar Point, Ohio) dan skrang Kingda Ka (Six Flags, NJ). Memang the best experience ever!!

artisticklytouch berkata...

Dulu masa kecik-kecik, bila minta barang dekat mak, mak aku selalu kata:

"Belajar rajin-rajin, dah besar besok, kerja besar-besar, ada duit snediri, semua boleh beli."

Sekarang rasanya aku dah cukup besar dan dah belajar rajin-rajin tapi masih ada yang tak mampu nak beli.

aku tak berapa teruja sangat nak naik rollercoaster sebab hidup aku lebih rollercoaster daripada rollercoaster itu sendiri.

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...