Selasa, Mei 16, 2006

SELAMAT HARI GURU

Tip untuk guru: Guna pen dakwat hijau bila menanda latihan untuk tujuan mendidik. Sejuk sikit hati anak murid bila melihat dakwat hijau atas buku.

Juga, terus meneruslah bagi bintang. Bagi satu, dua atau tiga bintang walaupun mereka pelajar dewasa sekali pun. Mahu bagi upah wang kerana jawab betul tidak mampu. Bagi bintang sahajalah. Sesungguhnya, guru kaya dengan bintang.

Untuk menoreh kertas ujian, guna pen merah seperti biasa.

20 ulasan:

blackpurple @ jowopinter berkata...

Setuju dengan tok rimau.... tapi kalau tak suka warna hijau boleh tukar warna purple kot...

ontahsapo berkata...

try kaler kaler!!

Ron97 berkata...

untuk kertas ujian,
sila guna pensil

June berkata...

ooo... cikgu moluska pakai pen PINK... [tapi hijau tu ok gak tok]

Roti Kacang Merah berkata...

SELAMAT HARI GURU, TOKKKKKKK!!!!

Naim berkata...

TR seorang gurukah? Setahu saya, tidak. Apapun selamat hari guru jika TR seorang guru ketika ini.

tuan tanah berkata...

semasa sekolah rendah, bila cikgu 'right' buku dan lukis bintang, saya amat suka hati.

berbunga-bunga saja rasa hati.

p/s: mak lang saya seorang pensyarah. beliau tempah cop (stamp) gambar smiley yang senyum dan yang sedih.
bila student dia hantar assignment yang bagus dia cop yang senyum; kalau tak best, dia cop yang sedih

el-Maaniq berkata...

gwa penah mengajar di Kumon.

kalau betul semua, bintang kena lukis besar2.

Lan Rambai berkata...

Cikgu aku dulu tak pernah bagi bintang punnn.. pelempang adalahh

Pegawai Khalwat berkata...

Aku kalau A bintang tu kira dah tahap dewalah kiranya.

Pernah dapat dua kali dalam lukisan, pertama aku lukis burger, kedua aku lukis Mobile Suit Gundam.

Psss.... aku meniru lukisan sebenarnya. Aku bukan reti melukis.

wIFEY berkata...

Saya menanda ikut mood. kalau dah bosan pakai kaler pink, tukolah hijau, tak pun purple. Selamat hari guru tok!

Ahmad Belia berkata...

masa sekolah dulu aku selalu salah eja perkataan kahwin, biasanya tulis KHAWIN. cikgu cakap, "macam mana nak kahwin nie...eja kahwin pun salah.." last2 dapat kahwin dengan cikgu jugak...terima kasih cikgu(ayat ini mesti budak2 sebut semangat bila time kelas habis...)

Pak Long berkata...

Selamat Hari Guru kepada Tok R.

Tanpa yang berguru, adakah insan yang bergelar GURU?

dugongsenyum berkata...

guna penebuk tiket bas untuk menebuk jawapan OMR.

Rie berkata...

last aku dapat 3 bintang masa darjah 2.

tapi hari yang sama aku kena rotan tapak tangan sbb kuku panjang.

haha

Unknown berkata...

Tok, bersempena hari yang mulia ini, marilah kita berdiri tegak dan menyanyikan lagu "KAMI GURU MALAYSIA" di pentas anjung warisan atau singgah selalu sambil bertepuk tangan. jom!

BooK berkata...

tok:
aku selalu lukis sendiri bintang2 tu. cikgu aku suruh buat sebagai kerja rumah agak nya. tu sebab depa sign je. tak de bintang.

sempoii berkata...

Orang kata la kan..
Without TEACHERS--days are

"Sadday"
"moanday"
"tearsday"
"wasteday"
"thirstday"
"fightday"
"shatterday"

so happy teachers day :)

sinaganaga berkata...

Ideal:
Penulis = guna pen HITAM.
Editor = guna pen BIRU.
Pembaca pruf = guna pen MERAH.
Pereka bentuk = guna pen HIJAU or pen KALER2.

Murid2 aku, "ingat tu! 'tanam' dalam kepala!"

dugongsenyum berkata...

Tips daripada cikgu :

Lepas tanda buku murid2, tulis 'Dilihat' sebabnya lihat sahaja tanpa 'Diperiksa' atau 'Dibaca'.

Best jadi cikgu, banyak cuti dan boleh menternak badan

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...