Isnin, Julai 03, 2006

BALADA MINAH MEMULAS MESIN MASA

Gitar Tong minta aku nyanyi "la la la la" di hujung lagu sampai fade tetapi aku ni pekak irama maka rosak lagu ni. Batal "la la la la."

Oleh kerana aku ni nak juga difeaturekan, maka aku rap la di hujung lagu. Bukan rap pun. Lebih macam membebel. Aku cuba beberapa mood. Akhirnya kami setuju untuk mood kecewa.

Sesiapa yang nak buat kenduri kahwin dalam masa terdekat, bolehlah jemput aku dan Gitar Tong buat persembahan.

p.s:
Lagu ini tidak sesuai untuk RTM.



Dengar lagu nyanyian Gitar Tong.

BALADA MINAH MEMULAS MESIN MASA
Artis: Gitar Tong | Special Feat: Tok Rimau

Matahari pagi pun tidak secerah dulu
Kicau burung pun tidak semerdu dulu
Bunga di taman pun tidak seharum dulu
dulu dulu cerita dulu
Itu cerita dulu, Minah.

Kini abang perut memboroi
kasih sayang peroi hancur
berkeping-keping ia gugur
jatuh berterabur
sepenuh lantai dapur

Kini sunyi sepi di ranjang
tirai malam kian panjang
termenung bosan bersawang
duduk telanjang
lenguh menunggu abang

Minah deras memulas mesin masa
Minah mahu kembalikan zaman muda
ketika daging pejalnya dahaga raba
ketika bonjol-bonjolnya menjolok mata

Kain seela
cukup baju sepasang
Mengikat badan padat
sehabis ketat sendat
Di malam pekat hangat
Minah lemas dipanjat

Adik-adik terkinja bersama kakak
Berudu-berudu berpesta bersama katak
Hembusan nafasnya telah menjadi sesak
kerana keperluan yang makin mendesak

Pucuk hijau pahala tertebas
Dahan kayu iman tercantas
Liar nafsunya terlepas bebas
Justeru itu Minah terbabas
Justeru itu Minah tertumpas

Artis: Gitar Tong
Lirik: Tok Rimau (SX27)
Lagu: Gitar Tong


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Lagi lagu-lagu Gitar Tong

12 ulasan:

blackpurple @ jowopinter berkata...

Pergh... persembahan yang kian mantap. Sekali dengar boleh menyaingi 'gadis penjual bunga' lagu si Kopratasa..... Ada nilai komersial....

rasso berkata...

uhuhuhu... cair wa mendengarnya...

ontahsapo berkata...

mendengar kau berdua, teringatkan kumpulan rock dulu dulu....

dugongsenyum berkata...

aku angguk-angguk kepala la la la la

rasso berkata...

tok...
bebelan utk minah tu....
leh turun rate sx tu ke dr sx27 ke sx21??? hahahahaha

Unknown berkata...

tapi saya amatlah berbangga pada kesungguhan tok r untuk cuba menyanyikannya. nak sebut 'la la la' berbunyi 'lal lal lal'. terseksa sungguh gayanya. hahaha! tahniah juga lah..

Unknown berkata...

tok. buat album terus je lah.

confirm aku beli. :)

Naim berkata...

wah..best lagu ni.

Tok Rimau berkata...

Black,
Memanglah ada nilai dagang. Elok dengar puas-puas sementara FREE, mungkin esok lusa Tok caj dengar.

Rasso,
Jangan cair sahaja. Joget sekali ikut irama.

Ontah,
Orang tua nyanyi pun cam orang tua. tapi GT muda lagi.

Dugong,
Jangan angguk sahaja. Goyang punggung tu.

Gitar Tong,
Lal lal lal lal. Seonok kau ketawakan aku.


Kelambu,
Album Gitar Tong akan keluar tidak lama lagi. Tunggu. Kalau Tok yang buat album SOLO, semua orang tutup radio.

kingbinjai berkata...

dapat poster free tak kalo beli album? aku nak poster!!

Fadzlin berkata...

Sangat catchy! Karya terbaik GT setakat ini bagi pendapat saya. Adakah kerana kolaborasi dengan tok rimau?..

Teruskan ber'duet'. Dan mungkin lepas ini boleh keluarkan lagu yang liriknya boleh disiarkan di RTM. ^_^

Tanpa Nama berkata...

Tok, student aku (awexx la) kata dia geli tengok lyric lagu tu..rhythm ok...dia kata lyric org tua...

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...