Jumaat, Jun 30, 2006

GELAP-GELITA

Canggih! Sebaik sahaja kalian masuk tandas, sensor atas pintu tandas akan mengesan kehadiran kalian. Secara otomatik lampu tandas menyala. Tidak kira malam atau siang. Bolehlah kalian pilih samada mahu menggunakan urinal, singki atau bilik-bilik jamban.

Banyaknya wang digunakan untuk memertabatkan tandas awam. Malangnya, lampu akan padam setelah 10 saat jika sensor tidak mengesan apa-apa pergerakan dalam tandas.

Lokasinya sensor tunggal adalah di atas pintu utama tandas. Jika kalian berada dalam bilik jamban, kalian berada di luar jangkauan sensor. Setelah 10 saat, bersedia untuk bergelap.

Nasihat aku: Jangan masuk bilik jamban berhampiran dengan pejabat aku pada waktu malam. Jika terdesak, bawa lampu picit atau lakukan urusan kalian di bawah 10 saat.

18 ulasan:

Mister Ry berkata...

tok,
tak praktikallah...

patutnya sensor tu tak boleh hanya bergantung pd pergerakan shj... tapi lain2 indikator jugak...

err.. bukan salah sensor tuh, tapi org yg menciptanya...

apapun, ada usaha dr aspek penjimatan. syabbas! wajar dipuji. pun begitu, masih boleh ditambahbaik.

Unknown berkata...

haha! bagus untuk mereka yang suka membazir!

BooK berkata...

10 saat mane cukup!!!!!!!!!!!!

dugongsenyum berkata...

kat IKEA jamban ada sensor. lepas berak - bangun jamban tu flush sendirik.

sensor atau suiz sama saja sifat dia, dua2 kena manusia yang pasangkan/setkan.

ontahsapo berkata...

isk, susah jugak ni, sebab aku kalau dlm tandas lebih dr masa tu....

Akima Akatoman berkata...

cuba buang hajat sambil menggoyang-goyang kaki.. tetu lampu tu tak padam.

Tanpa Nama berkata...

toilet tu d office tok? tp d mana office tok plak?

10 saat? reset la balik jd kan lbh dr tu...hehehe

cik puan daun berkata...

patut di lobang toilet pon kena letat sensor juga...

company mana yang design toilet tu?? meh aku jadi consultant pada dorang.

Lam Alif Pi berkata...

nampak nya tok rimau sudah ketinggalan zaman... sensor adalah barangan lama... kini ada machine vision...? yang guna kamera... pasang kamera kat jamban... bila org masuk leh set untuk buka lampu dan rakam gambar orang ... yang advance leh terus ke internet

lampi
nash.cyberonehost.com

rasso berkata...

suke gune tandas tak de sensor...
uhuhuhu

situmas chicken berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
situmas chicken berkata...

sambil lepas hajat, sambil gerakkan badan anda.barulah sensor dpt kesan pergerakan.kan? kan? kan?

Ayah berkata...

Tok, letak notis setiap sembilan saat pemberak kena lompat untuk memberi gerakan kepada sensor....

kingbinjai berkata...

10 saat? alamat berterabur la jadinya hahahaha

Tanpa Nama berkata...

agaknya designer projek toilet tu ingat orang masuk toilet sampai pintu je kot... :)

Lan Rambai berkata...

Hahaha... tujuan sensor itu dipasang utk elak pembaziran. sensor dipasang seketul jer pun utk kurangkan kos. sudahnyaaa... nak berak pun hati tak aman kalau terlupa bawak torch lite.

JBM8141 berkata...

kena bawak kereta remote control la macam ni, nak bagi ada movement kat pintu utama tandas tu...

Romantis Selatan berkata...

manusia tidak lagi teraba-raba cari suis lampu pada waktu malam bila nak ke tandas.

agak-agak kalau hantu tandas masuk, mesti lampu tu menyala.

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...