Rabu, Jun 28, 2006

KESILAPAN BORONG SEMUA

"Ah Chong potong barisan. Oleh itu, Cina potong barisan."

Ini adalah contoh jenis kesilapan hujah dalam katergori "kesilapan borong semua" atau dalam bahasa Inggerisnya: "overgeneralization." (Aku sepatutnya menterjemahkannya kepada "terlalu menjeneralkan?") Satu orang buat jahat. Semua seumpamanya adalah jahat.

"Malaysia ni pekak!" Bentak seorang lelaki Singapura berkopiah dalam pejabat pusat langganan pengguna PLUS. Darah aku mendidih mendengar hujah borong semua lelaki Singapura berkopiah itu.

Aku datang sini untuk beli kad Touch N Go, bukan untuk bertekak. Aku sabar dan terus memasang telinga.

Lelaki Singapura berkopiah itu terus menerus meninggi suara dengan kerani wanita yang melayannya di kaunter. Rungutannya adalah mesin Touch N Go mengenakan caj lebih. Dia tidak puas hati. Dia mahu tuntut wangnya semula. Kerani di kaunter pula terus menerus melayannya lelaki itu dengan nada robot menerangkan prosedur aduan dan siasatan. Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Resolusinya, satu cek akan dihantar ke alamat lelaki Singapura berkopiah itu.

Ketika dia berpaling mahu keluar, dia melihat muka aku. Aku senyum dan sapa, "Sabar je la bang." Mukanya nampak kurang marah sedikit. Lantas dia keluar.

Bila giliran aku sampai ke kaunter, aku sapa kerani di kaunter, "Syabas kak! Akak sabar melayan karenah pelanggan." Robot tadi tersenyum.

"Orang macam gitu pun ada."

"Macam-macam orang dalam dunia ni kak." Aku.


Eh! Aku sudah lari topik. Ha! Ha! Ha! Usai sudah aku mempromosi kebaikan aku. Mengurangkan pahala sendiri. Sekarang aku akan teruskan usaha biasa aku meletak kesilapan orang lain bawah kanta pembesar.

Dalam program Fenomena Seni di RTM1, Ako sangat tidak setuju dengan topik malam itu: Artis Malaysia Tidak Bermoral. Ako kata, "tidak semua artis tidak bermoral. Segelintir sahaja yang tidak bermoral."

Ako sambung lagi, "Tidak perlu jadi artis untuk tidak bermoral. Orang berserban pun buat maksiat."

Lihat. Dalam mempertahan serangan yang berbentuk "borong semua", Ako telah menggunakan pertahanan berbentuk "borong semua" juga. Mudahnya kita melakukan kesilapan.

Ini satu e-mel yang aku terima untuk tatapan kalian:

Salamz,
Saya terlambat baca blog tok lately, tidak seperti biasa dimana saya akan baca hari-hari tapi sekarang baca jarang-jarang sebab ada komitmen lain dan internet access berkurangan.

Saya tidak terganggu dengan ngomelan orang-orang Singapura yang komplen tentang siaran WorldCup RTM 1. Sepatutnya mereka menyalahkan saja cable provider dan bukan RTM 1. Saya terima alasan RTM 1 sebab mereka bayar juta-juta untuk kelebihan rakyat mereka, rakyat Singapura harus sedar diri dan meminta pada kerajaan sendiri juga.

Saya rasa kerajaan Singapura, basic channels tidak menyiarkan siaran langsung mungkin sebab adanya cable provider yang monopoli siaran television disana dan untuk memaksimakan keuntungan mereka, mereka tau, peminat-peminat bola akan mengambil package star world sports semata-mata untuk musim world cup. Kerajaan Singapura akan meraih untung dari cable provider jadi kenapa mereka harus belanjakan duit untuk siaran langsung ini sedangkan mereka boleh mendapat untung dari cable provider dari merugikan kerajaan kan?

Tapi, saya sungguh tidak terima komen dari seniman jalanan yang mengatakan, "sepatutnya dr dulu lagi dah buat bende nie, pasal isu taufiq tu aku setuju sgt dgn tok, bukan setakat itu je yg meresap masuk dr selatan nie tok, perangai anak muda byk dipengaruhi dr budaya tak reti menghormati org dari anak muda s'pore. maaf ye tok emo sket."Seniman jalanan boleh emo tapi jangan terlalu emo dan sesuka hati mengata, as in generalising anak muda s'pore tidak reti menghormati orang tua.

Saya rasa terganggu dengan komen sedemikian kerana saya rasa kawan-kawan saya, walaupun bukan separuh dari rakyat S'pura itu tapi kami belum sampai tahap dimana kami mempengaruhi orang luar untuk bertindak kurang ajar dan kami juga reti menghormati orang tua. Jangan katakan kawan-kawan saya sahaja tapi ada juga dimana bila saya keluar dengan bonda saya dan, dia yang sudah tua, adakala diberi tempat duduk oleh budak-budak yang saya sangkakan hopelesskids dengan rambut merah birunya, dengan tindik dihidung dan mulutnya.

Kiranya mereka reti menghormati bonda saya sebagai orang tua, saya yakin begitu juga mereka pada orang lain. Kami juga di Singapura dididik oleh ibu bapa kami untuk menjadi orang yang berguna. Tapi saya selalu memberitahu bonda saya, kesalahan saya adalah pilihan saya bukan silap didiknya. Makanya juga, kesalahan anak-anak muda Malaysia, Singapura, Siam dan dimana-mana adalah pilihan mereka sendiri, ada otak gunakan, bukan semata-mata menerima apa saja yang diinput kedalam kepala otak kita.

Jangan salahkan tingkah laku rakyat kerana dipengaruhi oleh seberang negara. kesalahan tingkah laku akhlak adalah kerana diri sendiri, adalah kerana pilihan sendiri, adalah kerana ada pelbagai rancangan yang kurang bagus yang dapat anak-anak muda zaman kini access dari internet tidak kira dimana jua dan terpengaruh oleh informasi yang boleh didapati secara bebas dimasa ini.

Sekiranya saya mengatakan, orang Malaysia bila diluar negara bersikap lebih terbuka dari westerners itself, dapatkah orang Malaysia terima? Sekiranya saya mengatakan, orang Malaysia didalam negara sendiri pun bersikap terlebih-lebih dari westerners sebab terbawa-bawa oleh perangai ketika diluar negara, dapatkah mereka terima? Sekiranya saya mendedahkan segala keburukan Malaysians, dapat ke seniman jalanan terima bahawasanya bukan sahaja rakyat singapura yang mempengaruhi anak-anak muda Malaysia tapi rakyat lain juga?

Saya masih tidak lupa, dimana kawan saya yang tidak bernikah bebas tinggal dengan kawan lelakinya disebuah apartment di KL dan dia rasa ianya tidak salah kerana pilihannya tersendiri dan saya seorang sahaja kawannya yang dari Singapura, adakah salah saya mempengaruhinya sedemikian sedangkan saya sendiri rasa ia salah pada sisi agama? Atas dasar apa seniman jalanan menyalahkan rakyat singapura atas kekurangan akhlak diantara anak muda rakyat Malaysia? Adakah seniman jalanan punya pengalaman buruk dengan rakyat singapura?

Saya meminta maaf sekiranya ada mungkin ia tidak dapat mengurangkan rasa emosi seniman jalanan tapi jangan generalisekan semua orang sama. Cukuplah sahaja dengan kedua-dua kerajaan yang hingga kehari ini masih bertelagah tentang isu-isu yang sedia ada yang susah untuk mencapai keputusan yang saksama. Jangan kita sesama rakyat, juga menuding jari antara satu sama lain juga. Mungkin kerajaan saya adakala meminta yang lebih-lebih dari kerajaan Malaysia tapi saya sebagai rakyat, tidak pernah meminta lebih dari kawan-kawan saya di Malaysia, saya menghargai persahabatan yang ada, saya hargai adanya Malaysia untuk saya selalu melawat dan bercuti bersama keluarga atau kawan-kawan.

Saya tidak pernah hiraukan kata-kata orang yang Malaysia tidak selamat sebab selalu kena rompak, kes rogol dan bermacam lagi kerana saya tahu bila saya di Malaysia, saya tetap rasa selamat sepertimana saya di Singapura, kerana saya ada kawan-kawan yang sama baik seperti di Singapura, yang akan memastikan keselamatan saya dimana saja saya berada.

-nonamanis-


Setelah menyiapkan entri ini aku terasa panas. Sepanas batu api.

23 ulasan:

ontahsapo berkata...

sensitif tak bertempat atau biadab...?

tujuh86 berkata...

Kau memang batu api! Ha ha ha!!!

Aku susah nak hadam email tu. Tak ada perenggan?!

Hik hik hik!!

samurai berkata...

pinar bijik mata baca email tu. kelip mata lebih sikit boleh baca salah baris.

kalau nak ikut perangai 'generalize-kan', semua org dlm dunia ni jahat.

cerebrator berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tok Rimau berkata...

Ontah,
Khilaf tu. Biasa la tu. Budak ni memang kerja dia Jalan-jalan Cari Pasal.

786,
Aku dah potong e-mel tu kecik-kecik agar senang kalian kunyah.

Samurai,
Ombak pun jahat. Ombak jahattttttttt!

cerebrator berkata...

"Borong Semua" aaa kalanya relevan dalam perkara seperti pengajian sesuatu isu. seperti trend remaja, kegemaraan makanan sesuatu masyarakat, topik apa yang para peminat Tok suka dengar, dsb...
untuk menyelerakan keinginan/kesukaan orang ramai.
sebab memuaskan setiap manusia itu adalah mustahil, jadi kita cuba sekurang-kurangnya, puaskanlah hati yang sebanyak mungkinnya.

tapi ia tidaklah relevan bagi para individu seperti mana Tok telah pon terangkan. Termia kasih.

sentiasalah kita sangka baik terhadap org sekeliling kita, selagi mana kita belum tau ada perangai buruk pada mereka atau tidak, kan Tok?

iwan berkata...

tok, selain "borong semua", ada juga org yang suka petik ayat secara sekerat2 dan tidak lihat dalam konteks keseluruhan sesuatu ayat tersebut.

hehe.

saya ujikan perkara ini melalui entry hari ini di blog saya.

sehingga 5.23 petang, 28 Jun 2006, seramai 4 orang telah memberikan komen. Didapati 3 orang (75%) mengatakan entry tu berbaur lucah. hehe...

sedangkan kalau kita lihat keseluruhan ayat, ia bukanlah lucah... hehe...

*ilmiahnya komen aku kali nih... haha*

zara berkata...

email yg begitu lengkap..hoho..die mempunyai keberanian utk menyatakan pendapatnya..

tojit berkata...

overgeneralization=sweeping statement=pukul rata=pernyataan menyapu :-)

BudakZonM berkata...

X la...
Kira dia cuba mengutarakan sesuatu yang dia anggap benar bagi dia.
Dan mmg emo.

rudy bluehikari berkata...

Saya "terganggu", "tersentuh" dengan email drpd cik nonamanis. Saya sangat bersetuju dengannya. Kadang-kadang kita menuding jari dengan mem"borong semua", tanpa kita sedari ianya terpercik ke muka sendiri semula.

Setiap kerajaan sesebuah negara ada sebab mengapa mrk buat itu dan ini utk negaranya. Ya saya tidak hiraukan apa persepsi org terhadap sesebuah negara; malah saya spt juga manusia bernama nonamanis berasa selamat ketika ke Seoul, Beijing, Tokyo, Sydney, Canberra, Melbourne dll kerana adanya sahabat yg saya di sana yang adakalanya jauh lebih baik drpd org Malaysia walaupun penampilan mereka spt yg digambarkan oleh cik nonamanis.

wallahualam.

rasso berkata...

merasa kacau juga jiwa ini...

iwan berkata...

reply to this comment

>> Tok Rimau,
wah, yer ke 90% wanita pakai coli saiz yg salah…
maknanya saiz lebih besar atau lebih kecik dr saiz sebenar?

p/s: ucapan selamat penagntin baru tu saya simpan lah dulu ek…
sampai saya nak kawen nnt… yg tak tau entah bila… ekeke..

amyz! berkata...

heh! kita selalu cakap, bila sorang buat silap, kita cakap "orang polan-polan mmg camtu"
lebih teruk, bukan saja mengeneralisekan bangsa malah termasuk negeri juga.

macam kita baik sangat~ :-(

kingbinjai berkata...

arrr ayat pusing pusing la emel nie, pening aku.

semut berkata...

"...sabar jer la tok.."kata semut kepada tok ketua rimau..

.:HalogamoRa:. berkata...

sebagai rakyat m'sia dan mempunyai berlambak sanak saudara di s'pura malahan ibu wa juga mendpt pendidikan dan pernah menetap d s'pore satu ketika dahulu. saya berani mengatakan most of my cousins fm s'pore are more polite than my cousins in m'sia. pathetic isn't it? but that's is reality. u like it or not u hv to swallow it.

wa bukan nak menyebelahi kata-kata nona manis tu tok! ada kebenaranya dalam tulisan beliau. mmg sebagai manusia benda yg benar mmg pahit utk ditelan dan mmg fitrah manusia suka menuding jari utk mengelak dr rasa bersalah.

hv u been in LRT lately? did u notice there's a row of seats tht reserved for old folks, pregnant lady and disable people? but still...malaysian ignore the priority meant for the seat isn't it? whn i was 7 months pregnant with my mom (she is an old citizen) we were in the LRT and standing right in front of the seats the meant for us and no one offer us the seat. AND THAT happened during BUDI BAHASA BUDAYA KITA campaign. some of M'sian are really PATHETIC!

on more scene in LRT, m'sian teenagers a malay couple are happily and freely holding and kissing each other in public transport it happens right on my face n my mom was shocked.

BUT on top of that, x semua m'sian's sebegitu, cuma perangai segelintir masyarakat yg buat wa rasa hampa.

Kita x bleh nak generalize satu2 benda dlm semua hal it's not fair to every each of us.

utk kakak di counter tu....syabas krn berjaya sabar & menunjukan contoh yg baik sebagai rakyat m'sia.

*ingat nak tulis pendek je...terbabas plak...

dugongsenyum berkata...

siapa makan cili dia terasa pedas ekekekeke

rasso berkata...

halogamora;

Setuju ngan anda, walaupun sy kurang mengunakan pengangkutan awam di bandar2 seperti KL. Pun begitu, bila mana saya berada dalam lautan manusia tika menaiki kemudahan itu terasa serba salah dibuatnya bila terpandang ada ibu-ibu tua berdiri walaupun kita menawarkan tempat duduk mereka menolak dan ada pulak yang mengambil ke atas pelawaan itu. Itulah rakyat Msia...

Pegawai Khalwat berkata...

Kerja memborong ni dah lama dilakukan sejak turun-temurun.

Bukan setakat sebesar negara, sebesar sebuah keluarga pun habis diborong.

"Eh... anak si Anu tu kena tangkap polis tau! Mseti abang dia pun jahat jugak. Mesti bapak dia tak reti ajar"

Kes borong semua.

Dalam sekolah pun sama.

"Eh... ada budak kelas 5 Mawar kena tangkap basah dengan budak 4 Orkid. Budak-budak kelas tu memang macam tu, semuanya gatal!"

Jadi nak salahkan siapa?

Zionis?
Freemason?
Nazi?
Klu Klax Clan?

Nak ubah? Pantai bolehlah berubah.

Manusia?

Psss... bab adab sopan? Malas nak cakap. Kan tengah ada kempen. Kita tengoklah hasilnya.

daun berkata...

Biasanya kalau orang tgh panas.. Ada ramai jugak jadi tukang kipas.. ehehehe

Seniman Jalanan berkata...

hanya mampu tersenyum dgn emel nie. tok sekali lagi tok memborong habis citer pakcik berkopiah dan melibatkan diri dalam perniagaan memborong batu api.
emel me this chick emel add pls.
tq.

Attoch berkata...

"Tuhan kalau turunkan balak akan kena pada semua dalam satu kawasan termasuk orang yang beriman atau tidak. Tidak terkecuali"

:(

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin