Rabu, Jun 21, 2006

SPAM DATANG RUMAH

Setiap hari inbox aku kena spam loteri. Menurut spam itu, aku menang loteri cabutan e-mel bertuah di Itali. Aku padam spam itu. Tetapi semalam, buat pertama kali spam loteri datang rumah aku.

Aku tengah berlenggeng atas kerusi duduk berehat selepas pulang dari kerja apabila anak Cina awal duapuluhan memanggil aku dari luar pagar.

Anak Cina: Encik, saya tawaran istimewa. Ini ada cabutan bertuah sempena mempromosi produk baru kami.

Aku berjalan menghampiri pagar. Aku biarkan dia di luar pagar dan aku di dalam.

Anak Cina: Encik buka ini angpow. Tetapi kalau tidak menang jangan marah. Ini cabutan bertuah.

Aku ambil ang pow dan belek. Jenama entah apa-apa entah. Tiada syarat pertandingan. Aku koyak sampul angpow. Dan seperti yang aku dah agak, aku menang sesuatu.

Atas angpow itu ada gambar ketuhar gelombang, pembersih vakum, motorsikal dan kereta pelbagai guna.

Aku tunjukkan kepada anak Cina.

Anak Cina: (Muka terperanjat) Saya tak sangka! Encik banyak bertuah. Encik menang hampir setengah juta. Saya akan dapat komisen RM13,000 dari kemenangan ini. Tahniah encik.

Mengigil-gigil badan dia melakonkan watak seorang jurujual yang terperanjat beruk macam menang loteri. Dia kelihatan amat teruja. Meloncat-loncat suka.

Aku: Okay. Awak tidak perlu puas hati dengan RM13,000. Saya jual angpow ini kepada awak untuk RM1000 sahaja. Awak boleh tuntut setengah juta ini dari syarikat awak.

Anak Cina: Mana boleh encik. Saya pekerja syarikat mana boleh menang.

Aku: Saya tidak mahu ini hadiah. Awak ambil ini angpow.

Anak Cina: Errrr. (Dia ambil angpow)

Aku: (Aku salam tangan dia sambil tersengih sinis.) Tahniah awak menang setengah juta.

Anak Cina itu beredar dari depan rumah aku. Muka dia nampak hampa bercampur keliru.

Jiran-jiran aku yang lagi tadi menonton dari jauh datang menghampiri aku. Seorang India, seorang Cina dan dua Melayu. Aku buka pagar.

Mereka bertanyakan tentang kekecohan tadi. Kami pun bertukar-tukar cerita bagaimana beberapa orang lain yang kami kenal yang telah tertipu dengan teknik jualan yang keji ini. Mereka menang sesuatu hadiah tetapi untuk menuntut hadiah tersebut mereka mesti beli barang yang berganda-ganda mahalnya dari hadiah yang mereka menangi.

Kalau semalam, spam loteri boleh datang rumah, tidak mustahil esok lusa spam porno dengan subjek, "Horny Girls Looking for a Partner" singgah rumah aku pula. Tidak mustahil.

20 ulasan:

esis berkata...

hahahha. spam porno. muhehehehe

(yes aku pertama)

Lan Rambai berkata...

Ha ha ha. Kalau spam porno dtg umah nak tolak camna ek?

PakBear berkata...

naper tok tak tolong lempangkan sekali budak tue mewakili mak bapak saya. diorang tue keji, kasihannya mak bapak aku yang tertipu.. grrrrr...

Tok Rimau berkata...

Esis,
Akku dan jiran-jiran menunggu kat pagar.

Lan Rambai,
Tetamu mesti dihormati. Jemput masuk bagi minum air.

Pak bear,
Aku simpati. Aku dah tinggalkan pesan kepada mak aku agar jangan layan mereka.

Kawan aku buat aduan dgn Kem. Pengguna. It seems that their business is legit. Cuma cara marketing diorang tu keji. They paid back RM2000 to my friend.

Roti Kacang Merah berkata...

OHHHHH My God! Aku ingat kat Cheras je ada penjual berlakon menggigil2 menang macam ni!!

Kami pun kena macam ni, Tok! Bising berdesing-desing koridor level blok kami, Amoy a/p Cina menjerit-jerit kesukaan sebab angpow yang Suami buka menang juta-juta!

Yang seronoknya, kami berdua tengok je, dengan maha pelik, bagaimana Amoy tu dengan begitu girang dan menggigil2 menjerit2 melompat2 memberitahu kami dalam tah hapa hapa lucahan yang kami tak faham yang mengatakan kami menang besar.

Malangnya, kami tak sehebat Tok yang boleh berfikir impromptu untuk kontra dengan dia. Kami cuma kata, "No, we're not interested. Please go away. Now."

Heh.

ontahsapo berkata...

aku pun akan tunggu spam yg 'esok' tu....

sinaganaga berkata...

Tok! Tok! Tok!

"Iye?"

"You wanna gum, sol-jah?"

kel@mbu berkata...

kalau spam porno datang. tok pun nak tolakkah? hahaha

SM berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
SM berkata...

Tok,
Nanti, kalau spam porno datang,
tolong forward ke rumah saya.

chevy berkata...

Sedih laa Tok, hmm diriku tertipu jua...kisah ini mengingatkan kembali kebodohan aku dalam pada aku yg cerdik ni.

Sikenit Comel-AminBakish berkata...

Koyak kad free, gores kena bayar RM100. Hadiah utama kete. Apek ngan amoi tu pulak terlompat-lompat tau hadiah gores tu kerete...

Romantis Selatan berkata...

dulu rumah kakak saya pun pernah di datangi oleh makhluk yang seperti ini.

ketika itu abang ipar saya ada di rumah. bila abang ipar saya menolak, dia terus melenting siap telefon lagi orang yang menang-menang tu sebagai bukti.

abang ipar saya bosan, lalu ambil segelas air dan bagi dia minum.

"awak dah terjerit-jerit tu, tekak mesti dah haus. tengah hari ni panas."

berpeluh budak tu. dia berlalu malu. muka merah padam.

BooK berkata...

tok:
siot gile perangai. ha ha.
oit. aku selalu dpt orang dr ghana nicaragua nigeria dll. kata nak bank in duit berjuta-juta. ingat aku bangang.

Op berkata...

ada hati hahahaha

colourful chicken berkata...

tok, senang cite je...
1) tengok dulu dari dalam rumah (dibalik langsir @ balik pintu @ balik tabir)
2)kalo tak kenal orang tu kita kena buat-buat rumah tu takda orang
3)lakukan tugas anda seperti biasa
4)jangan buat sebarang aktiviti yg boleh mengeluarkan bunyi

Tok Rimau berkata...

Roti,
Kawan aku lagi siot. Dia 'play along' loncat-loncat juga. Buat muka gumbira nak mampus. Lepas tu dia kata, "sori la. I tak mau."

Ontah,
Kalau pindah rumah ke lorong haji taib. Baru spam tu datang.

Naga,
Sekejap, saya cari kamus nak fahamkan cakap anda.

Kelambu,
Kalau spam porno datang, Tok dakwahkan dia. Sesungguhnya mati itu pasti.

SM,
Bagi alamat rumah kau. Aku nak pesan dia, orang sana lebih kaya.

Chevy,
secerah-cerah mata kucing, kabur juga mata tengok hadiah.

Romantis,
Kalau dia datang lagi, aku nak bawak keluar parang. tapi berbual layan baik-baik.

Kenit,
Kalau aku dah tergores, aku cover balik dgn liquid paper. Saman la aku, aku takkan bayar.

Book,
Rugi la kau. Juta-juta tu boleh bawa masuk Malaysia.

Op,
Ada pun hati atau liver bertugas sebagai filter dalam badan setiap manusia.

Chicken,
Aku buat cenggitu masa raya je. Budak-budak kampung sebelah datang raya satu bas. Mana tahan.

d'arkampo berkata...

nice trick Tok.

Cuma perlukan sedikit kesabaran melihat lakonan mereka.

Kalau aku,

"banyaklah lu punya bertuah!"

rasso berkata...

pernah nak berkelahi satu kampung ngan jurujual mcm tu...

bengang ngan Kem Hal-Ehwal Pengguna... kakitangan sepejabat hanya beberapa kerat... tiada tindakan menyusul setelah membuat laporan... sbb tu jadi gaduh...

ida berkata...

Tok, aku dulu pun ada 2 budak pompuan melayu dtg berlakon riang ria kononnya aku dpt cabutan hadiah apa ntah. Marah giler bila aku kata tanak hadiah tu. Siap ckp, "Sudahla.. jom kita pi cari org yg mampu bayar.."Haha..

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin