Isnin, Ogos 28, 2006

DUA LAPAN SIFAR LAPAN SIFAR ENAM

"Cak! Cak! Cak!"

Tegur cicak di lampu. Mulutnya penuh selepas berjaya menangkap kelkatu.

"Mulut penuh jangan bercakap." Aku

"Apa yang Pakcik risaukan?" tanyanya sambil menyungkil gigi dengan sayap kelkatu yang rapuh.

"Aku risaukan kata-kata ku. Semakin lama semakin panjang. Seperti kapalterbang yang perlu berlegar-legar dalam ruang yang berbatu-batu hanya untuk berhenti." Aku.

"Cak! Cak! Cak!"

Risau aku adalah asli tetapi cicak itu menyangka aku menyindirnya yang mula mahu peramah. Dia beredar keluar mengikut celah dinding sambil membiarkan graviti menarik tahi hitam putihnya ke bawah. Nasib baik aku sempat mengelak.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Dugong Merdeka
Proton Merdeka - Cikgu dah tolong saya.

16 ulasan:

dugongsenyum berkata...

Happy Birthday bang.

Semoga panjang umur murah rezeki dan diberkati Allah.

Nasib baik taik cicak tak jatuh di atas kepala yang kian lapang hahahaha

Tok Rimau berkata...

Jangan siapa lagi menyebut Selamat Hari Jadi kepada aku! Jangan! Kecuali jika kau ada hadiah mengiringi ucapan mu itu.

Tanpa Nama berkata...

tak boleh ucap Selamat Hari Jadi ke tok?? oklah saya ucap Hepi Besday jelah :).. Semoga berbahagia selamanya.

Rie berkata...

bestday besday bestdet. haha

BooK berkata...

kau ingat kau bagus?
[aku tak tau kenapa. tapi setiap kali aku tulis kad ucapan hari lahir. kata-kata ini yang aku tulis..haha]

dugongsenyum berkata...

Aku hadiahkan senyuman -->> :-)

Roti Kacang Merah berkata...

padanlah kata-katanya makin 'deep' sampai susah nak diterjemahkan... bunyi gaya seorang yang sangat 'wise'. rupa-rupanya, sudah sampai Hari Wisdom ya...hehe.

Hari Wisdom ke berapa, Tok??

Semoga panjang umur, murah rezeki!!!

Unsunghero berkata...

Selamat Hari Jadi...Selamat Hari Jadi...Selamat Hari Jadiiiiii...Selamat Hari Jadiiiiii....

nota kaki: tok...kita lahir dalam bulan yang sama. cuma lain hari je..

Tok Rimau berkata...

Ulangan.

Tok tidak menyambut harijadi. bidaah semua tu. Tidak perlu ucapan.

Tok cuma menyambut hadiah harijadi.

hakim dirani berkata...

ooo hari jadi tok ka.saya tau lambat, kalau tidak belila hadiah.

Lan Rambai berkata...

Basri telah melarikan semua komen dari isi sebenar entri ini hahaha...



ps.. lain kali tok kena buat gathering GJ tarikh2 begini.. supaya aku boleh tumpang kek tok hahaha

singabeng berkata...

Selamat Hari Lahir dan Kebangsaan, aku rasa bertuah lahir sama bulan dengan Tok. Ada juga yang sudi kongsi bulan dengan aku ha ha ha.

rasso berkata...

hahahaha... bidaah...
bidaah gak tu menerimah hadiah harijadi :D

Pegawai Khalwat berkata...

Hari Jadi cuma untuk Sultan, Raja dan Gabenor, yaitu hari mereka mula jadi Sultan, Raja dan Gabenor.

Untuk yang hari lahirlah.

Psss... lainlah kalau ada hari hang mula jadi rimau.

Tanpa Nama berkata...

Selamat menyambut tarikh hari kelahiran tok..lalala... berapa + 1=?... Tok. Aku doakan semoga tok sihat sentiasa, murah rezeki, dan yg sewaktu dengannya. Bagi alamat tok. Nak kasi hadiah...lalala..

Ron97 berkata...

saya nak hadiahkan AKB
tok nak tak?
:D

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...