Rabu, Ogos 30, 2006

HIDUP INI PERLUMBAAN

RTM + Astro vs TV3
Tag team RTM dan Astro berjaya mengalahkan TV3 dalam gusti realiti selebriti bersejarah 28 Ogos 2006. TV3 yang telah membina sebulan hype menuju kepada majlis perkahwinan SitiK, disiarkan secara langsung dari KLCC, ternyata menyiarkan sesuatu yang anti-klimaks. Sopan santun dan protokol dalam majlis perkahwinan tersebut amat membosankan. Pengajaran dari episod ini adalah sesuatu majlis yang tidak dibuat untuk TV tidak sesuai untuk siaran langsung. Kawan aku yang hadir dalam majlis itu pun ada SMS bahawa dia belah dari majlis ketika majlis membelah kek. Jika ada lintas langsung dari Australia di mana janda Datuk K sedang bercuti, mungkin program TV ini boleh diselamatkan.

 RTM dan Astro yang mempertaruhkan ayam tambatan mereka Mawina ternyata lebih menghiburkan dari sudut tarikan emosi. Teka-teki sebab musabab perpisahan mereka sudah lama dimainkan melalui majalah, suratkhabar dan TV. Usaha RTM dan Astro dalam menawarkan jawapan, amat dialu-alukan oleh peminat-peminat TV. Perfect timing. Ada penonton yang menitiskan air mata menonton Program Realiti Mawina. 

Kegagalan RTM mencari penaja untuk ruang iklannya adalah anugerah dalam penyamaran. RTM terpaksa mengisi slot iklan mereka dengan komersial yang tidak komersial seperti promo rancangan-rancangan menarik di RTM. Abaikan helah bela diri ZAM bahawa slot itu bertujuan membakar semangat patriotisme. Kesannya RTM kelihatan tidak kapitalis langsung. Biasanya adalah kapitalis sikit-sikit tapi tak seteruk TV8 (Magnum pun masuk slot iklan). Ini baik kerana RTM kelihatan ikhlas mahu mendamaikan Mawi dan Ina dengan cara menukar pertalian mereka dari bekas tunang kepada rakan seartis. 

 
Rosyam vs Aznil
Aku beri kemenangan kepada Aznil. Walaupun popular melalui lakonan dan jualan biskut Julie, Rosyam masih hingusan dalam mengacara. Pengalaman mengacara Bicara Seni di RTM banyak membantu tetapi tidak cukup kerana kebanyakan tetamunya dalam Bicara Seni memang suka dan rajin bercakap. Lain situasinya menemubual Ina, walaupun sebagai pegawai pemasaran, Ina baru belajar bercakap depan kamera. Rosyam tercari-cari soalan yang sesuai bagi mendapatkan jawapan yang dicari. 

 Aznil pula pandai mempermainkan perasaan penonton melalui kata-katanya. Dia sudah lama berkecimpung dalam mengacara wacana dengan artis-artis pucuk hijau melalui program AF. Dia juga biasa berbual dengan kanak-kanak dalam siri Bersama Aznil. Menemubual Mawi tidak menjadi masalah besar kepada Aznil. 
 
 
Mawi vs Ina
Jangka panjangnya memanglah Mawi dah lama menang. Diakan fenomena tsumawi. Peminatnya sama jumlah dengan nombor telefon bimbit. Punyalah ramai. Lagipun dia yang memutuskan pertunangan. Pasangan bergu ini tidak lagi bermain dalam liga yang sama. Ina kalah kerana disingkir dari gelanggang apabila Mawi masuk Division A. Menjadi lebih kasihan apabila Ina tidak menyalahkan Mawi atas penderitaanya dan menunjukkan bibit pengharapan agar Mawi mengutipnya semula. Dasar perempuan bercinta. Begitulah. Dia sentiasa cari alasan tidak menyalahkan orang yang dikasihi. Dan menyalahkan keadaan. Simpati aku kepada keadaan yang selalu dikambinghitamkan.

Pun begitu, dalam episod Jejak Kasih Mawi dan Ina, Inalah yang paling banyak mengaut hadiah. Ina berjaya meneutralkan kata-kata hina yang dilemparkan kepadanya sebagai seorang pendesak. Ina berjaya mempromosi dirinya sebagai model. Dia juga mempromosi buku cintan-cintunnya dan syarikat tempat dia berkerja. Tidak cukup dengan itu, kesempatan ini diambil untuk melancarkan kerjaya barunya sebagai seorang penyanyi. Boleh tahan juga lagu Penawar Rindu yang dinyanyikan itu. Boleh tahan untuk seorang penyanyi yang baru pertama kali di pentas. Mungkin ini akan memenagkan dia jawatan presiden Kelab Jiwa Luka.

Ina ini bukan Ina lama. Ina baru tiada ulat bulu dikening. Walaupun bercakap dalam pengaruh frasa dari novel-novel cinta Alaf 21, Ina kurang berselindung. 

Lain pula dengan Mawi. Mawi kata Mawi masih Mawi tetapi itu adalah penipuan. Mawi baru tidak sejujur dulu. Tidak sejujur Ina dalam memberi jawapan. Oleh itu jelaslah Mawi kalah dalam pusingan ini. Mawi kelihatan ego tidak mengaku salah, seperti kebanyakan lelaki. Jantan yang sihat. Dia banyak berdolak-dalik menepis soalan atas alasan peribadi. Sehingga ada yang memberi komen, tiada lagi "aura mawi." Yang tinggal hanya "auta mawi."
 
Aku meramalkan, Mawi melindungi ahli keluarganya yang turut terlibat dalam membuat konspirasi untuk memutuskan pertunangan mereka. Mawi pulang dari pertandingan dengan tangan kosong. Peminat-peminat Mawi masih setia walau apa pun orang kata. Saat-saat ia diperlukan, di manakah undi SMS yang boleh memenangkan raja SMS ini?

Mengutip Hadiah saguhati
Jamal Abdillah mengambil ruang ini untuk menjeritkan satu lagu baru. Aku tidak tahu tajuknya.

21 ulasan:

Tok Rimau berkata...

Fasa baru penyiaran di Malaysia memperkenalkan program cuci selimut kotor di ruang awam. Sesuai la untuk rakyat Malaysia yang kepoh. Biarkan isu-isu kritikal negara bawah tangan Wakil rakyat Jasin. Dia wakil kita.

el-Maaniq berkata...

perang antara media. media mengguna mawina utk naikkan rating.

mawina gunakan media untuk popular.

siapa untung siapa rugi?

"yang untung broker teknologi, kita hanya dapat kemeja-t"

Aku Bukan Bidadari berkata...

Tiada cinta dihati mawi untuk INA..Petikan surat khabar hari ini :)

rasso berkata...

Memang dasar lelaki.. menjawab biar corner jauh... tidak akan berterus terang secara telus dalam mana jua kondisi. Tak gitu tok??

Pun begitu, mataku memandang ina semakin chantek... tambah lagi dengan suara sendayu tingginya itu "Ye Bang!!!" siapa bisa tahan dengan renggekkan manja sebegitu.. aku selaku penonton rasa kembang roma mendengar... ha ahahaha...

Unsunghero berkata...

...mawi sudah semakin 'sebati' dengan dunia hiburan. jawaban-jawaban yang diberikan adalah jawaban tipikal artis tanahair. jawaban untuk menyelamatkan diri...

...ina perempuan naif. kalau silap langkah tidak mustahil akan mengikut langkah (kesilapan) mawi...

dugongsenyum berkata...

kata bijak pandai - hati perempuan letaknya di mulut, mulut lelaki letaknya di hati.

bagi aku dua-dua orang itu (mawi & ina) boleh sekali petik sepuloh mari - bila-bila masa saja. saham mawi maintain, saham ina naik. yang jatuh saham siti kah kah kah

Rie berkata...

INA NAIF

MAWI AUTA

. berkata...

waahh..lengkap ulasan kau ni tok.
aku yang takde tv kat rumah pun boleh tau ujung pangkal nih.balik karang boleh la aku eksen ngan housemate aku tu.

tumismenumis berkata...

Korang tak rasa macam Mawi tu dah jadi produk dagangan Astro dak? RTM ngan Ina tak tau la sebab Tok cakap takder sponsor.

.. dan untuk melanjutkan lagi cerita agar Astro boleh buat duit lagi pasni, Mawi tinggalkan jawapan yg penuh dengan tanda tanya lagi.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Lama tak mendengar lagu 'penawar rindu..." hahaha

wasabe berkata...

Tok, depa nak bagi 'penembak-penembak curi' sasaran baru. Kalau tak, takde isu plak.

singabeng berkata...

Tok tak rasa menyesal memilih Jasin sebagai wakil kita? Sepatutnya Tok memilih Sharizat untuk memperjuangkan penembak-penembak tepat.

Apa-apa pun terima kasih kepada ZAM kerana kesudian meenyiarkan satu program realiti yang pasti dapat membangkitkan semangat patriotik pada malam tersebut.

ZAM adalah idolaku. Ha ha ha.

sinaganaga berkata...

Limau,
Dari dulu - kau memang pro-Mawi.
Klise!

Ron97 berkata...

MAWINA Vs KITI
aku memilih CSI

aku tiada astro untuk tgk lebih awal.

anyway.
Astro hanya menumpang RTM. Tanpa RTM, astro tidak mampu menandingi TV3.

org langgan astro pun duk tgk TV3 byknya

sam zahri berkata...

mungkinkah ada jejak kasih lagi antara Mawina 10 tahun akan dtg selepas 28/8 itu...???

ontahsapo berkata...

Aku risau bila semua MP mebacking si Jasin ni, risau sangat.. apa bagusnya dia ni?

Aku tak jadi nak tukar ringtone penawar rindu di HP aku...

Amyz! berkata...

Isnin balik lambat. Tak sempat tengok. Tanya mak, "Mak tengok mawi ke siti?"

Mak jawab "Hoh! Aku pergi kelas mengaji lah! Lagi banyak pahala!"

Aku gelak-gelak malu~ :D

(Kelas mengaji mak setiap hari isnin malam. aku boleh lupa pulak)

Kemat berkata...

yang berlumba tv3 dan astro, ct dan mawi, tapi kita yang menonton merasa letih..knapa yer..

~ GAB ~ berkata...

Yg di sebalik tabir itu bijak orangnya. Yg ke depan hanya patungan yang melakarkan bayang di skrin hasil dari lantunan cahaya yang terfokus. Pemain gendang dan peniup serunai sudah lali dengan semua itu malah boleh mencelah dengan irama yang tidak janggal tanpa banyak berfikir. Penonton di bawah terpaku, rela berembun.

Pegawai Khalwat berkata...

Dalam paper TV3 kata depa rating tinggi (yelah... paper satu media prima jugak).

Depa kata Nielsen pe kejadah tu yg buat survey.

Aku yg nak tengok AXN pun terlepas Numbers dengan House (nasib baik ada ulangan).

Psss... lagu Jamal tu kata paper Nilai Cinta. Aku tak pernah dengar sebelum ni. Lagu baru atau belum keluar album atau media yg silap tajuk.

Portdy berkata...

nama lagu jamal tu


batinku berlagu pilu

album raja pop 2

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...