Sarahmon kata sekolahnya akan mengadakan Hari Keusahawanan. Semua murid digalakkan terlibat.
Bagusnya sistem pendidikan sekarang. Anak-anak diajar berniaga dari kecil. Bila dewasa kelak boleh jadi tauke. Mungkin program ini boleh merapatkan jurang kepakaran berniaga antara bangsa-bangsa di Malaysia. Aku dulu tidak diajar berniaga. Mak aku ada jual jajan kecil-kecilan di tingkap rumah tetapi aku yang kebas jajan itu. Dua bungkus sehari. Aku budak anarki agaknya.
Sarahmon kata sekolah akan menjual kupon-kupon sebagai ganti wang. Kupon-kupon itu boleh digunakan oleh murid-murid untuk membeli barang-barang seperti makanan dalam tin dan makanan dalam plastik.
Pengalaman bangsa Cina dan India Muslim dalam berjual-beli jauh lebih matang berbanding bangsa bumiputera. Kalau ada pun Bumiputera yang jadi jutawan, kebanyakannya bergantung kepada pimpinan dan sokongan dari pemerintah. Justeru, amat penting bagi sekolah melatih pelajar berniaga agar negara dapat melahirkan usahawan tulen. Tidak bergantung sepenuhnya kepada tender dan kontrak pemerintah.
Sarahmon kata murid-murid akan membawa makanan dalam tin dan makanan dalam plastik dari rumah. Murid-murid lain akan membelinya dengan kupon. Keuntungan dari program ini nanti akan digunakan untuk membina astaka di sekolah.
Dalam erti kata lain, murid bagi modal dan untungnya diambil oleh sekolah. Mmm... ini bukan keusahawanan ala kapitalis. Mirip keusahawanan komunis sahaja bagi aku. Aku pun jadi keliru.
Aku bagi Sarahmon sekilo tepung ubi yang aku sangka tepung beras semasa membelinya dari kedai Chee Chap semalam. Sarahmon pergi sekolah membongkok kerana beg sekolahnya ditambah berat sekampit tepung ubi. Dari jauh, sebiji macam komrad.
Rabu, Ogos 16, 2006
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
72 RANCANGAN B
Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
31 ulasan:
Tok...saya begitu minat menonton dokumentari HIJAU HUTAN COKELAT KHAKI di tv3 tempoh hari. satu dokumentari tentang sejarah dan kemerdekaan Malaysia yang cukup menarik. memang satu cara menarik untuk mengajar generasi sekarang tentang sejarah...
dokumentari tu padat dan pendek macam blog naga. aku suka. kalaulah masa spm dulu belajar sejarah dengan audio visual bukan dengan teks ala batu-bata aka buku yellowpages, takdelah aku dapat P8 ekekeke
Ya ya..keusahawanan ala komunis...
Untuk membina astaka...?
rata rata kebykan sekolah buat konsep yg sedemikian.
baru baru ni basyeerah risau sekiranya borang kuning tidak penuh...tujuan borang kuning itu untuk menaik taraf pentas sekolah.
mcmana canggih sekolah pun beg sekolah ttp berat.
jual tepung jawi??
*speechless*
Hero,
Voice over ala National Geographic.
Dugong,
Kalau aku mengajr sejarah, aku suruh kau lakonan watak komunis dibunuh.
Black,
Tidak nampak macam ahli korporat tetapi sebiji macam komrad.
Halo,
Sepatutnya untung bagi kpd budak, barulah teruja nak berniaga.
Ron,
Tepung jawi? Mmmm. masuk jawi tahu la aku.
Limau,
Kau nak suruh budak mon buat apa dengan sekilo tepung tu?
Agaknya bila Sarahmon besar nanti, pengajaran mana yg dia lebih ingat, keusahawanan yg menggunakan kupon untuk bina astaka, atau peritnya menggalas tepung ubi untuk dijual.
"Sarahmon kata murid-murid akan membawa makanan dalam tin dan makanan dalam plastik dari rumah. Murid-murid lain akan membelinya dengan kupon. Keuntungan dari program ini nanti akan digunakan untuk membina astaka di sekolah."
Kau punya strategi yang bagus. You simply outsmart them. Ptui!! Murid sekolah mana yang nak beli tepung ubi?!
Tapi agak susah kalau kau nak bertanding jadi pengerusi PIBG. Tak boleh kau dapat kontrak dari sekolah nanti!
uhuhu... esok pelancaran hari kemerdekaan kat tempat ese praktikal...
ermm... dulu kat sekolah involce program usahawan muda... masa tu jadi pengurus eksekutif pentadbiran.... rindu saat itu membuat repot yang entah menda....
harap dengan tepung ubi tu akan menjadikan sarahmon menjadi pengurus besar pengeluaran di sekolah tu... ekekekeke
tok nak suruh sarahmom juai apa ni ekceli?Yg Irja tau tepung ubi boleh wat gam. mummy yg ajaq masa skolah dulu.
Tepung ada banyak jenis.
Tepung ubi
Tepung pulut
Tepung beras
Tepung gandum
Tepung sagu
Tepung jagung
Tepung kormak
Ada pula pelbagai cap.
lupa pulak aku nak kasi nota
*nota: loghat utara : tepung jawi = tepung beras
I love the idea of entreprenurialship skills to be taught early in school. It has been coined in the past 20 years but I just wonder how structured are they and how far has it helped the students?! By right, now we can see some impacts out of it...
ya, daripada tepung2 itu, guru2 akan membancuh menjadikan ianya kuih-muih atau roti canai (kerja tanpa gaji). Guru menjual semula kepada pelanggan yang membekalkan bahan mentah tadi (juga tanpa elaun). Wang sumbangan akan disalurkan ke projek astaka sekolah (cikgu juga yang bina). murid2 dan juga pembekal2 tadi dapatlah berteduh di astaka yang dibina hasil daripada sumbangan itu tadi. kreatifkah?
Tepung tu nak buat gam ka?
lain kali supply plastik. pasti semua orang nak beli plastik utk letak brg2 shoppng di kantin tu.
Beli tepung dapat percuma plastik yang membalut tepung itteuw!
Kedai Chee Chap? emmm... ader kah berdekatan kedai ini ader satu pintu gerbang nilik MCA warna merah? Tok Rimau... kita setaman ker..?
Naga,
Tepung bikin bedak.
Mazudi,
Sepatutnya namakan program sedekah sahaja. Sedekah tepung kepada sekolah.
786,
mereka yg dapat kontrak masih menyudahkan lab komputer. tak sudah-sudah.
rasso,
kau bikin bendera terpanjang lagi?
berry,
Tok bikin gam layang-layang dari nasi sahaja.
attoch,
tepung gomak.
Gab,
Yg ngajar niaga pun tak pernah niaga.
Cikgu Nizam,
Kalau tukar nama KEUSAHAWANAN ke SEDEKAH lagi kena lagi tepat. Tidaklah aku bising-bising. Bagaimana dgn sekolah cikgu?
Pegawai,
Kami jual je. Apa nak jadi dgn tepung tu, bergantung kepada pembeli.
Op,
Sepatutnya untung bagi murid. baru mereka teruja berniaga. Hi hi. Aku jual buku tak habis-habis lagi. Tak abis ngaji berniaga.
tepung tu jual kira camne? kira segengam mon 50 sen. atau secubit.
kalo kupon xsempat guna. boleh tukar dgn duit semula tak?? tanyakan cikgu yang punya idea ni.
kesian budak miskin. nasib baik bapak mon KAYA. hehe
aduhai ! sekolah bandar tuh.
kat depan kem nih, ada sekolah cina - sk cina chinchin. murid ada 30 orang, komputer ada 30 (maybe lebih kot), dewan besar, PA system canggih.
tiap-tiap tahun buat program kat kem. takder mintak-mintak diskaun pun. nak bbq lagi untuk murid dan mak bapak murid. pendek kata sekampung chinchin lah dtg join bbq. bayar cash, beb! pibg bayar. murid takyah bayar sesen pun. semua pibg bayarkan.
kat depan sikit, kat simpang, sk chinchin. hmm nak cakap pun sedih. tapi takpelah setiap kali ada budak bermasalah, kami pergi khidmat masyarakat kat situ - lukis mural kat dinding, cat dinding, potong pokok dan cuci tandas.
murid sekolah nih lagilah sikit - semua org chinchin pakat hantar anak sekolah kat belakang !
takpe lah sarah, pahala tuh :)
kak g
aku golongan anarki yg selau kebas mengebas. aduhh..
nak kritik ke blog ni...
tunggu stabil dulu
saya ni pengkritik blog.
oh kita semakin miskin rupanya
Aktiviti2 cam gini, sejak saya sekolah dah ada dah... hari kantinlah, hari usahawanlah, entah hari apa lagi. Sekolah sy siap letak target, tak dapat target pakat kutip sikit sorang untuk capai target, kalau tak modal depa kebas
Kak Ogy,
Dulu aku masa sekolah siap ber'argue' dengan cikgu berkenaan hari keusahawanan sebab aku tak setuju cara sekolah menjalankan bisnes. menindas pelajar! cikgu tu mark aku lepas tu, adeh azab. nama dia cikgu irpan, nanti aku buat entri pasa cikgu irpan.
Dulu masa skolah ada juga benda usahawan ni.
Sama jugak.
Untung kasi kat skolah.
Baru ingat nak kaya.
bos. jom kita trade buku nak? sistem barter punya. nak? Ayah Kita Bos tukar dengan Goblog. ok? :).
[dhani]
www.bilik.blogspot.com
tak bikin pe2 pun...
hanya tolong nyanyikan lagu jalur gemilang n keranamu Mesia...
aku tak kira, lama pon lama lah. Nak tulis gak. Kalo Luqman, mesti dia tak bagi aku masukkan tepong dlm beg dia. Mesti dia akan suruh aku buat 5 jenis kuih atau 5 jenis cokodok dgn tepung tersebut. Camna tok didik Sarahmon eh? pecah dan perintah ke??? :D
Catat Ulasan