Isnin, Ogos 21, 2006

PENYABONG ENDAU



Aku baru balik dari Penyabong, Endau. Bagus untuk memancing, berkelah dan jalan-jalan cari makan. Mesti cuba: Ketupat Daun Palas,Pulut Panggang dan Ketam Goreng Tepung. Fuh!

Tapi awas, atas jalanraya banyak tahi lembu.

21 ulasan:

dugongsenyum berkata...

oit oit... kursus ke???

rasso berkata...

Tok rimau... minggu lepas masa ke ganu untuk menembak Didiz kawin sempat merasa pulut panggang masa dalam perjalanan balik ke Johor... memang best pulut panggang kat situ....

tapi kan... tak perasan pulak banyak tahi lembu.. kui kui kui....

Tanpa Nama berkata...

syoknye gi jalan2.. jalan2 cari makan lagi.. :)

singabeng berkata...

Tok, mana hasil mancing? ke tak dapat pe pe?

Kurang2 wat naik ikan kembung pun jadi laaa..

Tanpa Nama berkata...

tang ketam goreng tepung yang tak tahan tu..kecur air liur dibuatnya..

ontahsapo berkata...

lama tak meng'casting ni, apa spesis ikan kat situ tok..?

Rie berkata...

waaa!! macam kursus BTN

Tok Rimau berkata...

Dugong,
Apa pulak kursus. Aku cuma melancong sambil melencong.

Rasso,
Tok rasa kawasan sepanjang pantai Endau -Mersing tu macam industri penternakan lembu. Samseng pulak lembu tu. Saja je berdiri tengah jalan.

Kenit,
Sekali-sekala kena angin laut yang bersih.

Singa,
Tok tak tangkap ikan. Tok tangkap gambar je.

Penyu,
Ketam goreng tu ratah dgn kulit-kulit sekali. Macam keropok.

Ontah,
Macam-macam ikan ada tapi lupa pulak tok nak berkenalan. Tidak tahu nama dia.

Esis,
Gambar: Rock Climbing.

rasso berkata...

Masakan industri penternakan dibiarkan lembu2 di atas jalanraya... nampaknya gejala gengsterism dikalangan para lembu kian menjadi ye Tok??

Mungkinkah lembu-lembu itu berkawal bagi bersiap-siaga dari serangan harimau jadian... wakakakakaka...

Tanpa Nama berkata...

tok rimau memang sellau bawa patung rimau ke?

tumismenumis berkata...

Tok,
Macam best jer. Apa la xtvt yg tok buat kat Penyabong ni tok.

Lan Rambai berkata...

pegi melancong pun tetap bawak bantal busuk ya tok

adibah abdullah berkata...

tali2 repelling dan abselling yang kurindui..

roserose*MrsYusof* berkata...

Tok..mesti best makan pulut panggang di sana...kt pangkor tak ada lah..

Faisal Nordin berkata...

cikgu saya cakap rimau mana leh panjat pokok, ni siap panjat tali ni. dasat tul ilmu dia..!

hakim dirani berkata...

tok, jaga jaga takut kena tahi orang sekali.

Tok Rimau berkata...

Hakim,
Kalau tolong bersihkan jalanraya ni, pahala banyak.

ice,
Ini harimau educated. Panjat tembok batu pun boleh.

ros,
kat pangkor, sotong panggang. Asyik resort depan tu aja masuk TV. Resort kau bila lagi?

adi,
kalau rindu, kau bergayut kat gelagar siling rumah sahaja.

lan,
mana ada bantal busuk. bantal tok wangi. boleh jalan dan peluk tok balik. [oit... budak-budak main jauh2. Ini cerita orang tua-tua]

mulan,
memang cantik. Tok pi sampai pantai Pasir lanun. Kemudian pandu dari Penyabong ke Resang. Pulau2 dihadapan itu menambah cantikkan lagi.

mazudi,
aktiviti: ambil gambar + mandi kolam + mandi laut + test makanan warung + berbual dgn orang tempatan

amirah,
mana ada patung? itu tok la. Tok Rimau kalau jalan, bawa patung orang.

rasso,
Kambing pun gangster juga. baring-baring tengah jalan.

sinaganaga berkata...

Amirah,
Selalu Tok Limau bawa patung NAGA sekalik. Hari tu dia lupa.







Cis! Test run kete baru tak ajak aku....

Amiene Rev berkata...

minta pendapat tok rimau selaku salah seorang tokoh terbilang dalam dunia blogger:

ini adalah usul yang dicadangkan dan mendapat sokongan daripada ramai blogger:

usul tersebut boleh diteliti menerusi entri di bawah:

http://dukeamienerev.blogspot.com/2006/08/ke-arah-menjadi-pengkritik-blog.html#comments

satu pembaharuan dalam dunia blogger, khususnya blogger Malaysia.

Tok Rimau berkata...

Amin,
Kami di pejabat TOK RIMAU telah
membuka meja judi mempertaruhkan iltizam saudara. Ada yang mengatakan saudara bertahan lama dan akan popular dengan blog-ulasan. Ada yang berkata tidak sampai setahun blog saudara ini akan berubah arah. hangat-hangat tahi ayam. tapi rata-rata usaha saudara ini dipuji. Siapa kalah dalam perjudian ini akan didenda bagi makan ayam di reban sebulan.

Naga,
Sori kerana melupakan kau. Balik dari perjalanan- aku terpaksa cuci bahagian bawah kereta. Lumpur bertempel. Tahi lembu bergumal. Masa tu baru aku teringat kau. ha ha ha.

Wish u were here cuci kereta aku.

cheura berkata...

Saya suka Penyabong. 2 kali dah ke sana tapi tak jumpa pun ketupat daun palas, pulut panggang, dan ketam goreng tepung?. Yang pasti sana banyak monyet. Dia curi sepapan (- 1 biji) telur ayam kami.

Depan Penyabong ada Pulau Aceh. Tepi Pulau Aceh ada Kelong Aceh. Situ best utk yg kaki pancing.

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...