Isnin, Ogos 07, 2006

TIANG LICIN

Ada 5 batang tiang kesemuanya. Lebih kurang 15 kaki tinggi setiap satu. Di puncak tiang-tiang itu ada bendera Malaysia.

Aku tidak tahu dari mana mereka dapat tiang-tiang itu. Sepertinya usaha yang hebat telah dijalankan bagi memastikan tiang-tiang itu tercacak megah di tengah-tengah padang.

Aku tidak tahu sama ada gris dilumur pada tiang sebelum dicacakkan atau selepas dicacakkan. Pastinya inilah cabaran yang paling rumit untuk permainan pesta keluarga organisasi aku.

Nama aku terdaftar secara paksa-rela sebagai salah seorang pemanjat tiang licin tetapi aku buat tak endah bila pembesar suara memekik-mekik hingga letih memanggil pemain-pemain untuk bersedia. Aku hanya duduk di bawah khemah sambil menyonyot gula-gula yang dimenangi dalam acara mengutip gula-gula di celah rerumputan padang.

Dari 3 ribu yang datang, tidak seorang pun mahu memanjat tiang-tiang itu. Nampaknya bendera Malaysia bukan upah yang boleh membuat orang menyingsing lengan dan mengotorkan seluar.

19 ulasan:

Aku Bukan Bidadari berkata...

MEmang lah panjat tiang, sapa yang nak.. hehehe.. tapi kalo leh panjat tiang yang licin tu ..orang tu memang handal dan hebat!!

hmm naper tok tak cuba??

Tok Rimau berkata...

Bidadari,
Tok rasa lebih hebat dapat menyonyot gula-gula.

Anonymous berkata...

tok,

maaf

aku berfantasi macam-macam.

Tok Rimau berkata...

dark,
Memang begitu. Setengah orang suka membaca antara garisan.

Unknown berkata...

kalau hadiah Tv ka, kereta ka, rumah banglo ka, ramai yang sanggup

Ron97 berkata...

di perlis popular permainan tu.
tapi dimain di dalam air
di sana mungkin tidak.

d'ark - ko jangan berfantasi bukan bukan

tumismenumis berkata...

Nampaknya nilai gula gula getah kat celah rumput lebih baik dari nilai bendera yang dicacak kat tiang licin.
Hmm.. ada makna nih.

el-Maaniq berkata...

Nak patriotik pun kena ada cara!

Menyonyot gula-gula tidak dianggap budak-budak kalau lakukan dengan cara yang betul.

dugongsenyum berkata...

kat padang sekolah kampung aku dorang letak batang pinang yang dah diketam. sapu gris tebal, gantungkan hadiah air kotak, biskut, macam2 termasuk duit rm150!,sebelum pacak. satu pasukan ada 5 orang, 6 kumpulan masuk, kumpulan yg last berjaya panjat dengan jaya. yo lah! gris dah habis kena sapu!!!

Unknown berkata...

Rasanya kalau bendera tu dibuat dari gula-gula dah pasti tok panjat kan?

rasso berkata...

saya tak sempat nak nengok tiang bendera tu.. terasa rugi tak singgah tempohari...

Tok, gula-gula ape tu??? ekekeke

adibah abdullah berkata...

salam.

masa kecik2 dulu, main sukaneka. rebut gula-gula. dapat tiga biji saja sedangkan member dapat sekantung. menangis. hehe.

bab benda pantau-memantau blog ni, 'the powers that be' tuh jenguk tak blog frenster?

meowww...(tok rimau, 'kucing belang' mintak lalu..)

Kemat berkata...

tanpa gris itu, aku rasa masih sukar nak panjat tiang yg lurus. aku x dilatih memanjat pokok kelapa, aku biasa memanjat pokok yg berdahan e.g rambutan, jambu.

BooK berkata...

memanjat tiang. menggesel-gesel. tak seronok ke?

Tok Rimau berkata...

Nizam,
Sebenarnya hadiah sebenar bukan bendera tetapi hadiah misteri dalam bungkusan sebesar batu bata diletak di meja hadiah.

Ron,
Mungkin pengaruh Siam.

Mazudi,
Sumpah, tiada makna. ha ha.

El-M
Merdeka! Merdeka! Bebas untuk menyonyot gula2.

Dugong,
Cara yg betul cam yg buat kat kampung kau tu. Orang kampung kau memang hebat. Permainan ini sebenarnya berasal dari India.

haji,
Mungkin juga. Jika mereka terfikir letak bendera yg ada gula2 dalam tiangnya.

Rasso,
Ish! Aku baru tersedar. Ayat aku berbaur resepi novel porno walaupun aku sebenarnya nak buat artikel buku teks. Persepsi.

Adibah,
Orang tua pun suka sukaneka ni tetapi game tu kenalah berpada-pada pada badan dan kederat kami.

Kemat,
Tak thrill la suruh panjat manggis. Aku suka pokok ceri Malaysia.

Book,
Kau duduk Australia terlalu lama. Hentikan langganan majalah bukan2 tu., ha ha ha.

Rie berkata...

ramai orang suka tiang. tapi tak berapa ramai suka yang licin2.

singabeng berkata...

Bendera Malaysia mungkin masa tu murah lagi dari RM50, aku rasa kalau letak atas tiang tu RM50, ramai yang panjat.

Azhar Ahmad berkata...

Teringat permainan india panjat tiang licin. Tapi hadiah dia kat atas tu bukan bendera malaysia, tapi Cash Money RM 3000. Slalu buat masa Deepavali and Thaipusam. Aku tahu pasal umah aku dekat dengan kuil, takpi aku murtad pasal tak pegi semayang kat situ...

ontahsapo berkata...

kejadahnyer nak panjat tiang bergris tu.....

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...