Isnin, November 20, 2006

LAMA TAK MASUK KAMPUNG BARU

Rapat Geng Jurnal, Kampung Baru, diserikan lagi dengan dendangan lagu-lagu secara live.

Untuk epilog lagu Minah Memulas Mesin Masa, Gitar Tong ambil kesempatan kutuk aku. Kutuk dari atas pentas tu. Guna mikrofon lagi. Dia kata aku tak pandai nyanyi.

Disuruh la la la, dibunyinya lal lal lal. Apa boleh buat, mak aku tak pernah diberi peluang nyanyi di kenduri kahwin maka tiada darah seni dalam diri aku.

Dalam aku tak pandai nyanyi ni, Mat Jan mahu aku jadi penyanyi latar lagu rap dia. ND pun paksa aku nyanyi latar untuk lagu Hati Emas.

Inilah yang dikatakan orang oleh orang putih, "bad publicity is still a publicity."

Kalau terus-terusan orang menjemput aku nyanyi, boleh masuk peta pekan Senaiville. Seperti mana Siti mempopularkan Lipispool dan Mawi mempopularkan Kulaifornia.

Malam itu dalam perjalanan dari KL ke Senaiville, hujan selebat-lebatnya. Kenapa entah. Aku salahkan peramal cuaca dalam radio. Cakap itu doa. Jangan ramal yang bukan-bukan.

.......................

KEPUTUSAN RASMI ANUGERAH GENG JURNAL 2006

JURI PERINGKAT PERTAMA: OP, Tokrimau, Rudy, Miecreation, Nettbiru, Mukeh, Basri, Effa dan Mat Jan.

JURI PERINGKAT KEDUA: 1. Rudy Bluehikari (AWET 2001) - KETUA JURI 2. Fajar Seluas angkasa (AWET 2002) 3. Mat Jan (AWET 2003) 4. Sultan Muzaffar (AWET 2004) 5. Tokrimau (AWET 2005)

1) Weblog Baru Terbaik AFRO DAN TAPAI http://afrodantapai.blogspot.com/

2) Entri Terbaik (Kategori: Merangsang Intelek) HAIRIE EUSOFF Boikot Barang yahudi atau Tidak Perlu? - hujah guna Hadis dan Quran http://www.hairieusoff.com/blog/index.php?itemid=27

3) Entri Terbaik (Kategori: Menyentuh Emosi) ATTOCHSMART Mak Pengorbananmu Tetap Kusanjung http://attoch.blogspot.com/2006/03/mak-pengorbananmu-tetap-kusanjung.html#links

4) Entri Terbaik (Katergori: Mencuit Hati) SINAGANAGA http://sinaganaga.blogspot.com/2006/05/suatu-hari-di-lebuhraya-yang-sibuk.html

5) Fotoblog Terbaik UNSUNGHERO http://www.flickr.com/photos/unsunghero/

6) Rekabentuk Terbaik TOPED http://cilopake.s0lidmind.com

7 ) Projek Terbaik (kategori: luar web) Diablog oleh Bukunota a.ka Nazmi

8 ) Projek Terbaik (kategori: dalam web) Lumba Foto oleh Nettbiru

9) Anugerah Khas Juri (Maksimum 3 orang) tiada pemenang

10) Anugerah Weblog Terbaik 2006 (AWET '06) SERA HONEYBIRU http://www.honeybiru.org

11) Anugerah Penghargaan Geng Jurnal
a. Basri http://dugongsenyum.blogspot.com/ (Selaku Presiden Geng Jurnal 2005)
b. OP http://www.kroni.biz/fikirandalamkembara (Orang yang sentiasa menjadi tulang belakang di sebalik aktiviti Geng Jurnal)

15 ulasan:

Nazri berkata...

Awak batuuuuu!

(You rockkkk!!!)

dugongsenyum berkata...

aku pulak masa balik jalan jem. krem dua-dua kaki, hambik. ehehehehehe

Unknown berkata...

bukan kutuk tok. kalau kutuk tu, di belakang.

walau apa pun, kau best la. RAPAT pun best! haha!

aku menempuh hujan sepanjang perjalanan pulang ke BTR

Rie berkata...

yeaahhhh tok best!!!!

sinaganaga berkata...

>>>3) Entri Terbaik (Kategori: Menyentuh Emosi) ATTOCHSMART Mak Pengorbananmu Tetap Kusanjung http://sinaganaga.blogspot.com/2006/05/suatu-hari-di-lebuhraya-yang-sibuk.html

Kau salah copy paste dah ni. :)

wénkt berkata...

tak dijemput.. nak nangis

Tanpa Nama berkata...

Tok, jgn bimbang suara hang memang syok. Kewl...yang paling penting....maintainnnn....

kingbinjai berkata...

tok ada datang ke? tak perasan pulak! cuma dapat kenal sorang namanya apa ek? gha.. gha.. apa ek? ha ha

Amyz! berkata...

ok ok. pas ni adakn 1 xtvt karoke masa gath... :-p

Tanpa Nama berkata...

tahniah!! buat seme pemenang!!

ps: lagi sedap kalu tok tak nyanyi.hehe..

BooK berkata...

apsal takde pemenang anugerah khas juri. bagi la kat aku ke. tak bleh ka?
:P

tapai berkata...

Brader, mana nak dapat 'logo bunga padi GJ'? Aku nak tampal di blog. Minta uploadkan, senang aku download saja.

arianna adrizal berkata...

semua pakat puji2 ni.. puji ada makna tu.. haha!

sy lupa tok ada bersembang dengan sy hari tu. sedikit konfius antara tok dgn basri. hehe!

insyaAllah panjang umur jumpa lagi :)

dugongsenyum berkata...

persembahan rimau = tiger show

mantap. tahun depan boleh invite tok lagi bwahahahahhaha

Lan Rambai berkata...

aku kenal nama tok rimau sejak 2001 atau 2002 lagi.... tapi, bila jumpa... "Ini rupanya Tok Rimau".... hahahaha.... lepas tu aku tak tahu nak sembang ngan ko lah tok.. bukan jer.. dgn semua orang.. aku jenis lambat panas!

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...