Selasa, November 28, 2006

TERANG GELAP

"Encik, saya banyak hilang markah di Thermodinamik. Saya dapat "C" sahaja. Susah subjek tu," ujar seorang murid yang duduk di hadapan aku.

"Dalam subjek saya, awak dapat "A-." Kira okay la tu," aku memujuk.

"Encik, saya datang ni ada hajat. Boleh tak, Encik tambah markah saya ke "A." Nanti CGPA saya tidak la teruk sangat," matanya bulat membuat rayuan. Sedaya upaya dia mencomelkan dirinya.

Aku bersandar di kerusi aku. Melihat muka comel itu sambil mencari jawapan yang sesuai.

"Beginilah. Suatu malam awak kehilangan kunci di halaman rumah awak. Suasana di situ amat gelap. Jika awak cari kunci itu di dapur rumah, di situ terang, adakah awak akan jumpa kunci hilang tadi?" Aku berfalsafah.

Dia berfikir sejenak. Matanya tidak bulat lagi.

"Saya faham apa maksud Encik. Kalau begitu terimakasih sahajalah Encik."

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Pusat sumber Zine: Independent Publishing Resource Center
Rekabentuk Bantal Seperti Batu

17 ulasan:

hakim dirani berkata...

Adakah murid2 tok semuanya cepat faham belaka.

Tanpa Nama berkata...

cikgu Thermodinamik dia garang kot, jadi dia takut... Tok Rimau kan ke cikgu yg baik... hehe :D

Lan Rambai berkata...

tinggi sungguh falsafah ini.. bagussssss... boleh digunapakai dalam hujah aku lawan kontraktor nanti...

rasso berkata...

tok.. subjek ape yg tok ajar tu yg mengizinkan murid tok dapat A-..

adakah saya bisa mengikuti kelas tok di masa mendatang...

Nasiblah saya tiada subjekl thermodinamik.. andaikata ada; nescaya nak dapat C tu pun susah bagi ku tok.. cayalah.. hahahaha

Tanpa Nama berkata...

nasib baik la aku tak jadik lecturer.kalu tak semua student dapat A.aku nih lemah skit kalu student buat muka comel.merayu-rayu.tambah2 student pompuan.hehe..

dugongsenyum berkata...

ah-ha. lama sudah aku tak baca buku Abu Nawas.

p/s: Bila Tok ada masa nak naik KL atau Kota Damansara (lagi) ? pekena pulut kuning sekepal dua, dan doa selamat masuk barisan ???

Tanpa Nama berkata...

bernas bernas. kalau la cikgu wa mcm ni dulu....

cerebrator berkata...

kalo saya murid tok, saya buat derg. saya jawab sedemikian:

"Ada kemungkinan jugak saya jumpa kunci kat dapo. Mana tau, ada org yg jumpa abih taruk kat situ? Kita tak boleh menyerah kalah.

Encik, jgn tukar topik lar. Encik, jawablah, boleh tak, Encik tambah markah saya?"
*buat muka lebih comel lagik

hehehe..

cik easy berkata...

setahu aku lecturer termodinamik kat fakulti tuh semua baik2..malah ada kawan aku dah ajdi lecturer kat situ dan semua baik2..fakulti ko nih jer...garang2... tapi setahu aku fakulti tuh tak banyak awek comel.. fakulti ko jer yang banyak...

Tanpa Nama berkata...

Dia berfikir sejenak. Matanya tidak bulat lagi.

Malahan semakin kuyu.













Kepalanya kelihatan melentok-lentok.
























Nafasnya semakin bergetar.






















Sekonyong-konyong gadis comel bersuara antara dengar dan tak dengar...






















..



























"Encik,.."

"Ehemmm, ya saya...." Mr G cuba melembut-lembutkan suaranya juga.






















"Encik, maafkan saya kerana...






























saya mengantuk..."

:-)

Tanpa Nama berkata...

kira baguih tu, kalau zaman saya belajar dulu, depa dok boleh harap minta nak lulus je, sebaba gagal dan lulus tu besar maknanya. Tapi a dengan a- tu boleh tutup matalah.

tp kalu saya tengok markah dia ok, buleh tarik sikit ke a, mungkin saya bg kot...hehe..nasib saya bukan pensyarah.

afro berkata...

beza pendidik dan pengajar.
:)

blackpurple @ jowopinter berkata...

Itulah dia.

Kalau bawak lampu suluh tentu lebih senang mencari kunci yang hilang.
(Ini pun boleh kira falsafah juga ni tok...!)

June berkata...

Tok R memang sentiasa berhemah...

Rie berkata...

filasuf sungguh dalam memberi alasan. hahaha. boleh buat kat student saya nih..

ada copyright ker tok?? hehe

Unknown berkata...

boleh buat filem pendek lagi ni!

Ron97 berkata...

tokR bukan pensyarah yang best.
tak rock!!

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...