Khamis, November 09, 2006

WAJAH KESAYANGAN BONDA

Seorang murid datang berjumpa aku dan bertanya, "Perlukah saya meletak gambar atas resume saya? Kawan-kawan lain buat begitu."

Aku pun menjawab seperti orang pandai atau orang yang berlagak pandai, "Tujuan resume adalah untuk meyakinkan majikan bahawa kamu itu perkerja yang berkualiti. Anggaplah resume seperti risalah mempromosi diri kamu. Seperti kertas-kertas iklan yang kamu terima dalam peti surat. Iklan yang mempromosi barangan. Seperti kertas iklan gedung Mahkamah Gajah Bulu dan Gergasi. Kalau tauke-tauke gedung itu letak gambar mereka dalam iklan mereka, laku tak barangan mereka?"

(Aku diam sebentar. Merenung muka dia. Menunggu dia memproses soalan yang aku beri.)

Murid itu membuat kesimpulan, "Tauke-tauke tu letak gambar model untuk mempromosi barang mereka. Maknanya jika muka hensem atau lawa, kita letak dalam resume. Kalau muka kita hodoh, kita tidak perlu letak dalam resume."

Aku sambung lagi, "Tetapi jangan pulak kamu letak gambar Tom Cruise atas resume kamu."

Aku tengok dia diam.

Dengan nada memujuk aku sambung lagi, "Jangan risau. Jurufoto yang baik boleh buat sesiapa pun kelihatan kacak."

Dia balas, "Encik kutuk saya ke? Tak baik Encik kutuk kejadian Tuhan."

Aku diam. Tercari-cari helah bela diri. Tidak jumpa. Aku ambil keputusan untuk senyum kelat sahaja membenarkan tazkirah pendeknya.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Aku ingatkan dia dah mati lemas. Rupanya dia cuma menyelam lama. Aku persembahkan kepada kalian SAHARIL.

13 ulasan:

dugongsenyum berkata...

teringat peristiwa di kelas memandu, guru sekolah memandu tu suruh bawak gambar 'color' (yang bunyi melayunya 'kala'.

kaw kawa punya esoknya ada mamat bawak gambar 'kala' jengking kih kih kih

blackpurple @ jowopinter berkata...

Pernah terima resume yang letak gambor size poskad...

Isk...nak mohon jadi receptionist dik bukan jadi model...hehehe...

Unknown berkata...

Tok ni tak pandai pujuklah... kesian kat dia..

Tanpa Nama berkata...

Kena photoshop la gambar tu. hahah

Sayuti berkata...

owh...

abg jowo, ada kesinambungan secara kebetulan.

tips yang baik daripada tok rimau.

Tanpa Nama berkata...

ya betul tu.pakai photoshop.kalu terrer cuba2 super impose gambar tu.bagi cantik skit.baru terbeliak mata majikan

Tok Rimau berkata...

Dug,
Kat rumah aku ada TV Kala.

Black,
Aku terfikir, apa saiz piawai kalau bawa gambar ke bomoh?

Kenit,
Tok memang tak pandai pujuk. Belum belajar ilmu tu.

Leen,
Berbanding dgn Mak Andam, Phoshopper lagi pandai naikkan seri muka.

Sayuti,
Tips temuduga pula.

Penyu,
Aku sedang beljar ilmu photoishop terbeliakkan mata gambar.

Naim berkata...

model/artis tu buat menyihir peminat2 artis tu supaya mereka terikut-ikut meniru kegemaran idola mereka.

ini kes tipah tertipu versi orang tak pandai bisnes(yg tak pandai bisnes tu penggunalah)...

Yang tidak tergoda dengan pancingan iklan artis,sebab tak minat gila2 pada mana2 artis!

Kemat berkata...

pernah dulu aku letak gambar dalam resume masa nak apply kje kerani sementara kat tpt lama, awek secretary tue talipon aku, knapa aku tak apply jadi model jer..(hahah..aku memang tipu, sajer jer nak kasi sronok diri sndri)

Sayuti berkata...

tok rimau, tips temuduga dah pernah tulis. duluuu...

Tanpa Nama berkata...

saya sokong kata2 student tok rimau tu. Dan memang tok rimau salah dalam hal ini.hehe

Amiene Rev berkata...

zaman sekarang sudah ada photoshop.

ingat lagi iklan dove?

cerebrator berkata...

hehehe...

apa lar Tok....
nak cuba pakai analogy,
jangan lah direct sangat...

mungkin ini satu tanda bahawa menggunakan anology tidak selalunya berkesan.

direct jek....
"Kalau rasa muka hansem, taruk, kalau tak, tak payah taruk"

@amine rev:
apa kena dengan iklan Dove?

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...