Khamis, April 19, 2007

KONGSI TANDAS

Kenapa menteri kita gagal menyelesaikan banyak masalah? Sebabnya mereka tidak rasa adanya masalah yang serius.

Kemudahan di Malaysia ini berkasta-kasta sifatnya. Contohnya, dalam satu majlis keramaian, jika engkau menteri, tiba-tiba sahaja kerusi tempat engkau melabuh punggung jadi berkusyen dan kayunya berawan larat. Tetapi. Jika engkau rakyat kebanyakkan, engkau duduk atas kerusi plastik keras kematu. Itu pun jika engkau dapat duduk.

Begitu juga tandas, tandas orang biasa dengan tandas vip lain. Timbalan Menteri Pelajaran, Hon Choon Kim, menggalakkan guru dan murid menggunakan tandas yang sama. Katanya, ini akan membuat guru peka terhadap kebersihan tandas. Ya, kemudian murid-murid akan berbual tentang saiz anu milik cikgu Zakaria yang terpaksa guna urinal bila semua jamban digunakan.

Pun begitu, aku setuju dengan kenyataan menteri itu, tetapi kenapa fokus kepada sekolah sahaja? Sepatutnya menteri pun kena patut kongsi tandas dengan orang awam. Biar mereka juga peka.

Lagi. Kenapa masalah kesesakan jalanraya tidak selesai hingga sekarang? Sebabnya bila kereta menteri meluncur, ada polis trafik mengiring. Nenooo ne nooo... ke tepi ke tepi. Tiada kesesakan. Setahu mereka, jalanraya kita lancar.

Buang la tabiat layanan berkasta-kasta. Kalau menteri datang tempat engkau, tidak usah la engkau membodek. Jangan bagi dia layanan vvip. Bagi dia dia layanan wakil rakyat sebenar. Biar dia rasa apa yang rakyat rasa.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KUALA LUMPUR BOOK FAIR 27 Apr-6 May
PROJEK 50M. HANTAR ESEI/FOTO/UCAPAN MERDEKA

15 ulasan:

Tok Rimau berkata...

Thursday April 19, 2007. The Star


Sharing toilets a good idea, says Hon

PUTRAJAYA: Will sharing of toilets between teachers and students help maintain cleanliness in schools?

Deputy Education Minister Datuk Hon Choon Kim, who supports the idea, said teachers would be more aware of any maintenance needed and promptly alert the relevant authorities, if this was practised.

“When they share the same toilets, teachers will know if there is any malfunction or if there is anything that needs to be done. But if they use different toilets, the teachers may not be aware of what's going on in the toilets and may only realise it after a while,” he said.

Presently, he added, there was no directive on sharing of toilets but some schools had started using this approach, which he described as both “workable” and “meaningful”.

“I think it is a good idea. The students will not dirty the toilets because they are aware that their teachers are also using them,” Hon said yesterday after meeting with about 200 contractors who have been appointed to manage the maintenance in schools.

National Union of the Teaching Profession (NUTP) secretary-general Lok Yim Pheng urged Hon to reconsider the idea of teachers sharing toilets with students.

“A teacher's duty is to teach and educate students on cleanliness. As an adult, teacher should be given privacy,” she said.

She added that parents also played an important role in educating their children on the proper use of toilets.

“It should all start from home. Children must realise it is also their responsibility to keep the toilets clean. If they depend on teachers all the time, when are they going to grow up?” she said.

temauan berkata...

ironik bila yg bercakap itu belum tentu serupa bikin kan?

rasso berkata...

tandas di fakulti patik juga ada tands vvip... tapi sering juga mengunakannya... tandas awam pelajar nun jauh di tingkat atas.... sekali sekala jadi orang penting tak salah bukan? ehehehe

abdullahjones berkata...

jali, kamu marah jika hak istimewa melayu dibuang? kasta juga tu.

areyoung berkata...

macam mana pulak dgn org yg menjadikan tandas sebagai escapism drpd bos macam saya?

haha.

Samurai berkata...

sokong! sokong!

blackpurple @ jowopinter berkata...

Setuju ! Apa nak beza-bezakan tandas. Kan tahi semua serupa... (cuma yang berbeza mungkin apa yang 'dimakan' dan dari 'sumber' mana... :)

Najmuddin Yusoff berkata...

kebetulan berdepat dengan wife aku pasal kongsi tandas semalam. Aku sokong. Bini aku tak sokong.

Katanya, cermin tandas adalah tempat wanita membetulkan solek dan tudung.

Dan kalau dia jadi cikgu, dia tak mahu anak muridnya tengok dia bersolek!

Heh!

BaYu SenJa berkata...

kalau dia berada di tempat aku, dia bisa mengetahui keadaan aku..
tapi sayang, dia tak mahu lagi merasa berada ditempat aku..

Kemat berkata...

dulu, kamilepak dalam tandas lama2..
satu ~untuk hisap rokok..
kedua~kami simpan 'toyol' utk exam kat situ
ketiga~untuk wat grafiti kutuk cikgu kaat situ..

alamak dah kne stop la aktiviti2 cenggini..

Amiene Rev berkata...

bagus juga idea menteri ni. dan betul kata tok rimau.

budak-budak tak berani nak berasap dalam tandas. ha. ha.

JBM8141 berkata...

yup setuju dgn kemat dan amiene, boleh kurangkan aktiviti merokok budak2 sekolah.

pasal menteri conquer jalan tu, aku memula mmg rasa bengang jugak la kat dorang. tapi aku rasa itu penting utk keselamatan menteri2 ni. maklum la, dah duduk kat atas tu, orang *jahat* tunggu je peluang nak kenakan dorang. bayangkan kalau dorang pun terperangkap dalam jem, datang org *jahat* bawak kapcai campak *c4+grenade(ooopssie)* bawah keta dorang. kaboom!!! kita pun kalau dapat pangkat tinggi2, takut jugak kalau org *jahat* sabotaj.

Anne berkata...

yep..agreed..coz kalau highway kan menteri lalu jerk kita kena ketepi..bukan dia sorang jerk kejar masa kita pun kejar masa gak..cubalah menteri pun ikut q macam kita baru lah boleh dikatakan menteri berjiwa rakyat

Mami Dini berkata...

Ada baik dan buruknyer, tapi kalau untuk sekolah tu bagus so bebudak tak bleh buat sesuka ati dalam tandas, mesti kurang student masuk tandas kalo ader cekgu kecuali dah mmg darurat (masalah sbnr), soal menteri tu tak share tandas totally in a diffrent league, kalo aku jumpe menteri yg aku tak berkenan dalam tandas yang sama ngan aku, sure aku kunci dia dalam tandas tue....Huh!!!

Assaif S.N berkata...

Terkadang tak faham kenapa perlu wujud perbezaan yg macam ni. Kenapa perlu dibeza-bezakan taraf manusia tu. Betul, kalau pangkatnye tu lagi tinggi kite kenelah hormat tapi sampai tandas pun nak dibezakan, rasa janggal plak. Macam ada kasta.

Sepanjang saya kat sini, tak pernahlah pulak saya tengok tandas yg tulis "lecturer only" etc. Beberapa kali kami buat function di sekolah2 rendah yg berbeza pun tak pernah nampak "teacher's toilet".

Malah ari tu mase graduation, Vice Chancellor pun beratur naik bas yg disediakan free, sekali dengan student2 yg baru nk grad untuk ke city hall.

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...