Jumaat, Jun 29, 2007

ORANG TERTUDUH

Pose Orang Kena Tuduh

Dalam semua gambar di akhbar yang buat liputan Kes Altantuya-Razak Baginda, tertuduh dari Unit Tindakan Khas, PDRM, sentiasa diberi sesuatu untuk menutup rupa mereka. Biasanya baju.

Tertuduh bukan polis biasanya tidak diberi keistimewaan ini. Tertunduk-tunduk mereka malukan kamera. Kenapa polis diberi keistimewaan ini?

Teori 1: Aib rakan sendiri mesti dilindungi. Oleh itu, rakan sekerja mereka membekalkan baju untuk menutup wajah tertuduh.

Teori 2: Jika polis-polis ini didapati bersalah dan disumbatkan ke penjara, mereka pasti akan dipukul oleh banduan lain. Oleh itu, amat perlu identiti mereka dirahsiakan.

Teori 3: Mereka tidak kacak.

Kalau aku tauke baju, Adibas, Pume, Nuke atau Jkong - aku akan taja baju penutup muka itu. Hari-hari masuk suratkhabar tu.

......................................

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

8 ulasan:

DeeN berkata...

Teori yg sangat releven utk diperbincangkan. Harap pihak Ketua Turus akan mengizinkan. huk huk hu

Pa'chik berkata...

tak ramai yang perasan benda neh...

ramai juga spekulator yang cerita pasal neh... hehe..

nurulazreenazlan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nurulazreenazlan berkata...

saya suka teori ketiga. mungkin mereka memang tidak kacak atau pun mereka tidak bersedia untuk diambil gambarnya. mungkin mereka perlu mengambil iktibar dari perbicaraan saudara Anwar di mana saksi-saksinya yang terdiri daripada anak-anak Pak Ali (bukan Pak Ali yang jual nasi untuk lunch kat taman U tau) begitu well-groomed sekali, sehingga up to the point of overdone.

oh, dan saya juga suka tupai-tupai.

;P

spyz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
spyz berkata...

ni tahun 2005 kan?
mak aiii..
jeans tu aku tak muat dah..
shishhh

Amyz! berkata...

Hahahaha.
Ok aku percaya teori no. 3. dalam gambar tu, siapa yang paling tutup muka, dialah tidak kacak sekali. hahaha.

dugongsenyum berkata...

Aku pun macam Spyz, jeans aku tu dah jadi sarung nangka gamaknya HAHAHAHA

COSTOCHONDRITIS

 Masa aku sudah sampai. Mungkin malaikat maut sudah memberi salam.  Saat aku mengalami sakit dada, fikiran aku langsung melayang pada serang...