"Kau dah tengok Sivaji The Boss?" tanya aku.
"Best ceritanya. Aku nak tengok lagi," jawab Alwi.
Menurut Alwi, wayang yang dia tonton tu tiada sarikata. Maka, aku pun rasa kurang bersemangat mahu menontonnya.
"Aku pi tengok pun mungkin tak faham. Cuba kau cerita sikit."
Alwi ni dari bangsa Malabar. Dia fasih berbahasa tamil. Dia pun bercerita kepada aku.
Kami bergerak dari markas pergi ke kereta. Pandu kereta dalam 15 minit, sampai ke restoran mamak. Aku pesan roti telur dan kuah kari dan milo o ais. Alwi pula pesan capati.
Kami habis makan dan hisap rokok sebatang, baru Alwi habis bercerita. Sinopsis cerita sahaja dah hampir satu jam.
"Lepas aku cerita ni, tak ada subtitle pun kau boleh tonton," Alwi menutup cerita.
Nasib baik Alwi tidak masukkan lagu dan tarian sekali. Semangat betul Alwi bercerita
Rabu, Jun 27, 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
72 RANCANGAN B
Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
11 ulasan:
alwi tak ikut sama mengamuk hari tu ke?
hehehe .. baru nak tanya soklan yg macam pa'chik tanya neh...!
Tp best gak la hero tamil nan sorang tuh ... The boss!
standard aaa tu, lagu2 & tarian 12 x 5minit = 1jam
Kalau dia menari, Tok kena ikut jugak. Baru meriah. Menari atas meja.
Wau... sebatang rokok hisap sejam!!
panjang mana lah agaknya rokok tu ...
"kaadhalikkaradhukku mundhi peththavangalai marandhudareenga, kaadhalikkum podhu ungalaiye marandhudareenga, kalyanaththukkappuram KAADHALAI marakkaadheenga" (you forget your parents before deciding to love somebody, you forget yourselves when you are loving someone, don't forget LOVE after marrying that person)
Padayappa!
kalu pegi tengok sivaji, aku cuma nak tgk part dia hisap rokok jer..trademark rajni
haha..camtu tak payah tengok lagi cerita tamil.tunggu member tu tengok pastu soh die cerita kan.
Kusut aku kalau menonton drama sebegini. Dari promo, aku kagum dia sain dua surat menggunakan kedua-dua belah tangan serentak!! terraaaa!!!
kuang kuang kuang!
ramai ropernyer org melayu g tgk SIVAJI.aku ngan member aku beli tiket pun tunjuk ngan jari jer takut org sebelah tau kitorang nak tgk citer tamil. hehehe... masuk last sekali, seat belakang skali.org tak nampak..
tapi aku teman member aku yg berkobar2 nak tgk jer.film si rajini very tipikal. aku pergi sebab SHANKAR dengan AR RAHMAN jer.
aku tgk kat GSC Midvalley, nape tak de subtitle ha?(ader kejap2 jer). patut la citer hindi lebih diterima dunia sbb ader subtitle english. kat mesia BM pon ader.
Catat Ulasan