Selasa, Jun 19, 2007

SUPERSTAR



Bila aku sebut Superstar, kalian mesti fikirkan Dahlan Zainuddin dari Kisah Seorang Biduan. Kalau popular di Malaysia sahaja, belum super lagi.

Jumaat lepas penonton merusuh di Cathay Butterworth kerana kelewatan tayangan filem Sivaji the Boss. Menurut berita, penonton pecahkan 'display' dan mahu bakar panggung. Semuanya gara-gara naskah filem itu lambat sampai ke panggung. Pun begitu, akhirnya mereka tayangkan juga Sivaji the Boss midnight show pada pukul 3 pagi.

Bayangkan 3 pagi tu! Masa untuk tidur menurut P.Ramlee.

Pada hari pembukaannya di Malaysia, Sivaji mengaut RM1/2 juta. Ini baru superstar. Malah atas poster filem, nama pelakon utama ditulis sebagai SUPERSTAR RAJINIKANTH.

Untuk menjadi superstar seperti Rajinikanth, kau perlu memahami jati dirinya. Koreograf prosedur kau memakai cermin mata hitam. Campak rokok kau ke udara dan tangkap dengan bibir. Gores mancis dengan penuh gaya. Cucuh rokok kau.

Penyampaian kata-kata mestilah tajam dan tegas sambil mengacu ke langit jari telunjuk kanan engkau. Setiap gerakan ini mestilah ditemani bunyi kesan khas, "wooosh!"

Dan, engkau mesti makan, jalan dan joget sebagai hero. Pedulikan jika kau hanya memakai dothi, tidak berspandex seperti superhero barat. Kau mesti pakai dothi seperti seorang hero juga. Bela mereka yang tertindas. Perjuangkan kaum yang lemah. Jadilah seorang dewa dan musuh kepada syaitan.

Akhir kata, aku memetik kata-kata hikmat Rajikanth dalam Padayappa apabila menekankan dia tidak seperti manusia biasa yang tidak super, En vazhi thani vazhi ... tadekkathingey! ( Jalan yang aku lalui adalah jalan yang lain dari yang lain... jangan dihalangi!)

10 ulasan:

rasso berkata...

Laporan Terkini;

Di TGV Tebrau City lain pula yang berlaku. Akibat lautan manusia yang ramai khususnya dari nenek hinggalah ke cucu. Pengunjung yang turun hadir untuk menyaksikan tayangan tersebut menyebabkan Jusco Tebrau City kekurangan oksigen.

Saya sendiri rasa loya dan mahu pitam ketika berada di tapak kejadian. Mana tidaknya, tidak pernah nampak panggung wayang [ada jam 1145 malam dipenuhi oleh kaum India sahaja. Dan kami seperti warga asing yang datang ke Malaysia semata menonton Fantastic 4 malam tu rasa terasing.

Mungkin ako perlu tonton filem tu di wayang selepas ini.

abdullahjones berkata...

saya sangat suka rajni.

Mat Jan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mat Jan berkata...

en peru padaiyappa ilavatta nadaiyappa!

ontahsapo berkata...

super...

blackpurple @ jowopinter berkata...

Apa ilmu yang dipakai Rajinikanth itu agaknya...

Penonton diaorang memang taksub. Hero mati masa ending pun bakar panggung!

DeeN berkata...

Dey, thambi. Ammaa!!

Akupun suka Rajnikanth hak hak ak. Tapi aku bukan kaum India. Namun begitu aku juga bukan sebahagian dari perusuh tersebut. er .. er . bila agaknya filem Malaysia akan jadik superb begitu hu hu hu .. tok, cepatlah arahkan filem panjang pulak :)

Roti Kacang Merah berkata...

dulu masa kecik-kecik selalu berfantasi berboyfriendkan Dahlan Zainuddin.

adie berkata...

kalu tok jadik superstar,mesti warga blog merusuh kalu lambat tayang filem tok.hehe..

Amyz! berkata...

Hahaha.
Hero tamil yang superstar tahap dewataraya nih!.

Sampai adik-beradik saya suka gila tengok Paddayappa yang ulang-tayang setiap Depavali

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...