Rabu, September 12, 2007

PARADOX




"Perempuan sekarang bukan kira sangat. Suami orang pun mereka ikut," keluh Nal sambil mengenang nasibnya yang tidak berminah.

"Perempuan suka lelaki matang. Stabil. Sabar. Penyayang. Tetapi kebanyakan yang begitu sudah jadi suami orang." Aku menoktahkan komentar dengan menghirup Milo O dari gelas besar.

Zid melihat kepada Nal, "Engkau dah tahu macam gitu, orang bujang macam engkau, kena la berlagak macam suami orang."

Aku menyambung, "Baru engkau dapat minah."

"Ha! Ha! Ha!" Aku dan Zid ketawa. Nal tidak ketawa. Dia tidak puas hati.

Nal bersuara lagi, "Aku nak tanya korang berdua. Macamana suami-suami orang boleh memikat minah-minah muda ni?"

"Senang je. Mereka berlagak bujang," aku.

"Ha! Ha! Ha!" Aku dan Zid ketawa lagi. Nal masih tidak ketawa.

Dia keliru. Samada mahu berlagak bujang atau mahu berlagak dah kahwin. Selagi dia berguru dengan aku dan Zid, sampai ke tua la Nal tak berminah.

9 ulasan:

rasso berkata...

Cis... sabo jer lah baca :p

Ayah berkata...

ish... dilema cenggini la yang akan ujudkan banyak brokeback mountain ni....

Unknown berkata...

haha!

spyz berkata...

suruh nal boroikan perut

Tok Rimau berkata...

Rasso,
Sabar. Keding2 pun ada orang suka.

Ayah,
Skim galakan baru patut diperkenalkan.

Nizam,
Kau pun turut ketawa?

Spyz,
Boroi. Seksi tu di mata mereka.

Tanpa Nama berkata...

hmm, nak gelak jugak la. bodoh betul minah2 tu. tapi kenapa ek jd camtu, agaknya kaum adam dah nak pupus agaknya.

Tanpa Nama berkata...

bukan bodohler.ORANG lelaki melayu kita kurang peka. Tak mahu belajar memahami. Dan orang lelaki sekarang semakin tak faham.

Roti Kacang Merah berkata...

ya, ya, setuju dgn spyz.

jgn sampai bakal mak mertua rasa sangsi sebab rupa macam laki orang, dah la.

ni talk from experience ni. heh heh.

ruslina berkata...

"perempuan sekarang suka ikut suami orang!"
memang aku setuju, aku pun tak sangka, bila kira-kira pakai jari ni, ramai gak org2 yg aku kenal terlibat dengan suami orang, semuanya skandal tak jadi,(kalau yg jadi isteri tu aku excuse kan, jodoh-jodoh ni keja Tuhan)

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...