Aku: Macam mana gambar engkau sesat di sini?
Naufal: Kitaorang pakai baju tebal. Pergi belakang asrama. Waktu malam. Dan snap gambar. Kemudian kitaorang e-mel ke surat khabar. Sangkut kat surat khabar ni. Hi! Hi! Hi!
Aku tenung gambar anak saudara aku yang baru tingkatan dua, posing bersama-sama kawan-kawan dia. Mereka pelajar di sekolah asrama penuh di Pulau Pinang tapi caption gambar tertera,
Kami pelajar dari Universiti Ontahdimano, Hawaii mengucapkan selamat hari raya
kepada Guru-guru Sekolah Menengah Asrama Penuh terutama sekali kepada Tuan
Pengetua, Haji Saari bin Shukri. Dengan pesanan, "Berhati-hati bermain mercun?"
Aku: You beat the system. Congratulations.
Macam-macam cara orang nak masuk surat khabar.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
All that Jazz at the Urban Forest, JB
To do list blog + blook
20 ulasan:
aku pun nak buat.
Jom tok, esok bawa jaket yang baru beli tuh!
Hahaha. Antara cara-cara mendapatkan perhatian.
Nakal!
he he.. kreatif sungguh..
Salam perantau...
Sepatutnya gambo tok dengan mawi tu yang kuar paper...
ya sallammmmmmmmmm,hikhikhik lepas juga...bagus2 mg menjadi kenyataan..kira impianlah tu kan.hihi
Mau,
Pastikan tahun depan - Sol-Jah masuk suratkhabar juga weh! Ha ha.
tabik saya untuk anak saudara kamu! tahun depan saya dan naga akan buat perkara sama.
jones
tumpang lalu Tok!
Nasib baik Pengetua itu sekolah tak suka baca paper.
hikhikhik...
patut lah orang suratkabau selalu salah kira...
hahahaha..mmg bernas otak deme..ate orang perak kata...baguih bebeno..bole guna idea ni..
Hawaii ada musim sejuk??
Dean,
Jaket tu simpan dulu untuk red carpet. Hi hi. Berangan masih free lagi.
Amyz,
Jangan masuk muka depan sebagai penjenayah sudah la.
Blue,
selagi ada ikhtiar, di situ ada jalan.
Rasso,
apa paper pulak. UrTV la. Bill board ke.
Amirah,
nombor ekor pun boleh keluar paper melayu, setakat ucapan hari raya apa la sangat.
Naga,
Caption kita nanti: "Pelajar Malaysia di Nigeria mengucapkan Sombelete sedemoyak hey jumbo jumbo"
Jones,
kau hantar la ke paper UK, kampung kau, ucapan Happy New Year dari Nilai, N9.
Musafir,
Dia suka kot, pelajar2 dia dah berangan masuk U.
Pakcik,
Sesekali penipu pun kena tipu. Mungkin juga bukan tipu, cuma separuh benar.
Tini,
hoben yeop hoben. Tok rindukan Lumut.
Cikdaun,
Perhaps, kemeja Hawaii dgn grass skirt lebih tepat. Masa tok kat Texas dulu, baju Melayu kat gurun, masuk juga paper. Patutnya pakai topi koboi.
nak komen pasal jaket tebal dan hawaii tu. tapi cik daun dah komen dulu.
boleh try...
praktikal juga.
dah 7 tahun gua rancang projek ni..gambar dah ada..tapi tak jalan jalan..
dulu2 rakan pernah berkata
bukan susah nak masuk surat khabar
rempit laju2 sampai perut terbarai...muka ko akan masuk ruangan obituary..hahah
Budak-budak sekarang semakin bijak! He he he!
fuh! terer!
perhaps, orang surat kabor tuh sajer jer lepaskan kot? just for the fun of it. melayan kerenah bebudak.
adeh adeh adeh!
tak larat gelak.
tok kitorg nih dok anta banyak2 tak sangkut pun kat mana2. haih~~
Catat Ulasan