Adam bukan Ustaz. Pun begitu, bahasa dan adabnya amat terpuji. Dia tidak pernah mencarut babi, sial atau celaka. Pukul perempuan apatah lagi.
Aku mengusik Adam pada suatu petang yang mendung, "Hujan-hujan ni, sejuk-sejuk ni, cepat je engkau nak balik rumah."
Adam senyum sahaja bila kena perli begitu. "Mana pulak balik rumah. Aku ada urusan lain la," kata Adam. "Lagi pun, orang rumah aku basuh telekung hari ini."
Aku ketawa kecil. Adam pun ketawa kecil. Bertamaddun sekali bahasanya.
Dulu. Prof. Elerick pernah berpesan kepada aku, lelaki budiman mesti halus bahasanya. Aku setuju dengan beliau. Mestilah aku setuju sebab beliau yang bagi gred untuk matapelajaran Linguistics kepada aku.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Malam Perempuan-perempuan naik tocang. Sabtu Malam Ahad. 1 Disember 2007.
"I held my father's hand as he died in that hospital room and realized I'd never held his hand before that moment."True stories, told in One Sentence
Rabu, November 21, 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
18 ulasan:
Tak faham~
Tak faham~
Saya belum kawin.
Tak faham~
brilliant!...hahahaha.
thanks for the link - True Stories, told in One Sentence. :)
hehehe,sesungguhnya ADAM boleh bukak kelas untuk lelaki yang berkahwin dan bujang.
KELAS BAHASA BERHEMAH PENUH ERTI 101 di UTM SKUDAI setiap hari khamis malam jumaat selepas isyak.
Kesian Adam,
Musim hujan begini, orang rumah basuh telekung la pulak.
hak hak...
halus sekali bahasa Adam... ekekek..
Belum pernah dengar lagi bahasa seseni ini... :D
sungguh..sy pun terkagum..
hahahahah..adam x kisah..
musafir,
Wah wah wah, kau guna blog Tok untuk tujuan promosi pulak.
Leez,
I am a sucker for loaded stories in a single sentence.
Ayob,
Budi bahasa budaya kita.
Dean,
Bagi masa untuk Adam memulihkan tenaga.
Paachik,
Benda halus ni la yang senang menusuk kalbu.
Black,
Banyak lagi yang kita perlu belajar.
Irdi,
Tok pun kagum.
Tini,
Adam puasa.
Salam... Saya pn x faham..Apa salahnya die basuh telekung time hujan..Tapi lambat kering la kot..
Adam 'ada urusan lain' maknanya beliau pergi basuh kasut?
Cerita Tok Rimau ini mengingatkan aku kepada cerpen Bendera Jepun. Haha
betul tu, kata-kata menunjukkan keperibadian seseorang. daripada berkata yang bukan-bukan, diam adalah lebih baik.
Baiknya budi bahasa Adam. Terpaku saya..
Kek Cokelat,
Blog tok ni macam kolam ikan. Lain pemancing, lain ikan yang dapat.
Dugong,
Basuh kasut untuk budak sekolah je bang. Bendera Jepun kalau terbalik pasang, orang tahu tak?
Fajar,
:-X
Amyz,
Berkenan dengan Adam?
Tok ni.. suka serkap jarang tau.. :-p
musafir and kekcokelat;
maksud basuh telekung tu menjawab kepada persoalan ini. Bila perempuan akan basuh telekung ? melainkan korang tak sembahyang tak tahu la kot hahahahahah... or maybe sebab musafir ko lelaki tiada purnama...
"true stories, told in one sentence" is like a good book that u can never put away..maybe tok leh riki plak postsecret.com
Catat Ulasan