Isnin, Disember 10, 2007

MEMANG



Kebetulan, Ghazali dari Parit Mahang, Batu Pahat, terserempak dengan Asad dari Marrakech, Maghribi. Kedua-duanya sedang mencari kasut masing-masing di pintu masjid. Mereka senyum, bersalaman dan berpelukan. Bertanya khabar masing-masing dan berbasa-basi.

Tidak seperti ramai pelajar tempatan yang cenderung untuk tidur di sudut dewan masjid selepas solat Jumaat, pelajar Arab aktif berbual di luar masjid. Mereka senyum, bersalaman dan berpelukan. Meriah betul bangsa ini. Ghazali pun kadang-kadang terikut-ikut budaya sahabat Arabnya itu

Ghazali: Apa makna nama kamu dalam bahasa kamu?

Asad: Singa.

Ghazali: Apa makna nama aku, Ghazali?

Asad: Kijang.

Ghazali: Ada lagi?

Asad: Mungkin ada lagi satu.

Ghazali: Apa?

Asad: Makanan singa. Ha! Ha! Ha!

Ghazali: Suka la tu dapat kenakan aku.

Asad: Jangan marah-marah. Jom! Aku belanja kau sheesha.

p.s.
Aku teringat lagu rakyat lama tentang helah bela diri, "Oh! Bangau." Dalam liriknya, soalan terakhir kepada ular adalah, "Kenapa engkau makan katak?" Ular jawab, "Memang makanan aku." Memang.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
1. Blog of the day: Keremehan Yang Penting oleh Chikadior Nurulism

2. Bacaan sekarang:

7 ulasan:

blackpurple @ jowopinter berkata...

Tak faham la tok. Tiba-tiba terus bersambung?

tumismenumis berkata...

Bersambung?
Apa yang nak disambung?
Misteri ker ni?

Amyz! berkata...

Hahahaha.
Masa Asad beritahu Ghazali tu, Ghazali ada rasa takut tak? Hahaha.

dugongsenyum berkata...

Memang mengiurkan. Nyam... nyam..

HAHA

A t i Q a h berkata...

ye ke..ntah2 die tipu tok..hahahaha

Tok Rimau berkata...

Black,
Tok tak sempat nak tulis. Letak gambar dulu, tulis kemudian.

Maz,
Misteri nusantara.

Amyz,
Takut. Menggigil Ghazali.

Dugong,
Letak kicap lagi sedap.

Atiqah,
Nama Ghazali diberi sempena nama Imam Ghazali. Pun begitu makna lain bagi Ghazali dalam bahasa Arab, Kesayangku dan Kijangku. Sudah periksa dalam nama-nama anak yang hensem mengikut ulama.

Roti Kacang Merah berkata...

kena tukar lah nama... jadi Tok Kijang.

Atau, Tok Makanan Rimau.

haha.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...