Di atas hidung Naufal ada plaster melekat melintang. Dia berlagak macho dengan plaster di hidung.
"Konon-konon cool la tu. Baru lepas cedera bergaduh la tu," sindir aku. "Tapi engkau tidak boleh tipu aku. Engkau bukan samseng. Kenapa hidung engkau tu?"
"Segan nak cakap." Naufal.
"Apa la nak segan-segan. Macam baru semalam kenal."
"Ada jerawat besar tumbuh atas hidung Naufal ni."
"Engkau tidak perlu segan. Remaja seperti engkau memang selalu diserang jerawat. Al maklumlah, hormon tidak stabil. Baru kenal cinta. Baru kenal rindu. Engkau pasti rindukan awek engkau? Kan? kan? Sampai tersembul jerawat tu."
"Pandai je baca isi hati orang."
"Aku bukan lahir semalam."
"Agak-agak, dia rindu kepada saya tak?"
"Kalau engkau nak tahu sangat, engkau telefon la dia. Tanya dia, ada jerawat tumbuh atas hidung tak?! Ha! Ha! Ha!."
................
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Laporan Maskara 5.
Isnin, Disember 03, 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
8 ulasan:
Tok, bekas anak murid tumpang lalu. Seronok reunion dgn Tok maskara itu hari.
Betul la Tok mender jerawat ni. Kapel bila kat kampus, jarang yang ada jerawat, tapi bila time balik cuti, pandai pulak jerawat naik. Betul la, rindu.
Hapenning nampak Maskara 5.
-mazudi.com-
ek... jerawak ek..
ermmm....
(risau)
Haizir,
Gembira dapat bertemu bekas anak murid. Tok harap ilmu yang Tok bagi dulu, ada manfaatnya.
Mazudi,
Bila kau datang Maskara?
Rasso,
Kalau kau tak ada jerawat, maksudnya tiada cinta di hati kau. ahak.
Terima kasih. Datang lagi.
bukankah hormon saya stabil....
sebab tu takde cinta di hati???
hu hu hu~
aii..saya dah bukan remaja..tapi kekadang ada gak jerawat..camno tah
Naga,
Aku belum serik.
Rasso,
Hormon kamu stabil. Ya.
Amirah,
Bukan remaja pun merindu juga.
Catat Ulasan