Isnin, Disember 17, 2007

SATU SEN

"Ini bakinya. Sila datang lagi," kata juruwang Kayefsii sambil menghulurkan RM20.30 kepada aku.

"Kurang satu sen," kata aku sambil menunjukkan wang tunai yang dia bagi tadi dan resit yang tertulis nyata - Baki RM20.31.

"Satu sen nak juga?"

"Eh! Itu duit saya. Satu sen pun duit juga. Kalau 10 orang awak tidak bagi satu sen, awak sudah dapat 10 sen. Kalau 10 hari, sudah satu ringgit. Kalau satu bulan? Kalau satu tahun?"

"Tapi kami sudah kehabisan syiling satu sen."

"Satu sen itu hak saya. Saya mahu duit itu!"

Barisan pelanggan mula memanjang di belakang aku tetapi aku belum mahu berganjak. Aku mula mengetuk-ngetuk kaunter dengan jari.

Juruwang itu capai tabung derma di depan mesin wang dan mengeluarkan siling satu sen. Dia menghulurkan siling itu kepada aku. "Nah!"

Aku jadi bengang. Tabung itu adalah dana untuk orang-orang yang tidak bernasib baik. Pelanggan-pelanggan yang pemurah memasukkan baki duit ke dalam tabung itu dengan niat untuk membantu orang lain. Bukan untuk membantu korporat Kayefsii menyediakan baki siling.

Pun begitu, aku terima juga siling itu. Dan. Aku masukkan semula siling satu sen itu ke dalam tabung.

Giliran juruwang itu pula bengang dengan aku. Dia kata, "Kalau begitu, tidak payahlah saya bersusah payah mengeluarkan siling itu tadi."

Aku jawab, "Duit saya. Suka hati sayalah mahu derma ke dalam tabung ini. Bukan macam awak, merompak dari tabung derma."

"Nanti saya pulanglah duit yang saya ambil itu," kata juruwang itu menarik muka.

"Ye la tu," aku.

Aku meninggalkan restoran itu sambil menjinjing kotak ayam goreng dan memberi ruang kepada pelanggan berikutnya. Dan. Terdengar wacana stok antara juruwang dan pelanggan dari jauh, "Welcome to Kayefsii. Makan sini atau bungkus?"

...



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini, tidak susah lagi memastikan sama ada pasangan kalian curang atau tidak. Tidak perlu bomoh, perhatikan sahaja tabiat penggunaan telefon bimbitnya. Sila rujuk blog Madu Lebah: Nida, Noda dan Nada Dering untuk senarai 10 petua mengenal kecurangan berdasarkan pengalamannya.

18 ulasan:

cik easy berkata...

aku suka tindakan tu..kita kena ajar masyarakat penjual, agar tahu bahawa pengguna punya hak yang kuat! Hidup pengguna!

masterjanz berkata...

salam perkenalan tok rimau,

bukan kayefsii je tok.. Mekdi pun camtu gak.. malah gedung2 beli belah yang besar2 pun cenggitu..

Kita sebagai pengguna ada hak tuk minta hak kita tu walau satu sen pun.

Amyz! berkata...

bak kata Hj Bakhil, satu sen ni, kalau kumpul boleh bikin rumah batu tahu..!

tini berkata...

teman dah kena banyak kali tok..beli aiskrim $O.99..tapi takper ar..bukan selalu pun..

dugongsenyum berkata...

Tu pasal kocek seluar aku sentiasa ada 1 sen, stand-by. jangan main-main! HAHA

Tok Rimau berkata...

Easy,
Cubat kat stesen minyak. 1 sen tu terlebih tuang, dia tuntut 10 sen kalau tak ada siling 1 sen.

Janz,
Tuntut hak kita! kalau perlu, kita panggil supervisor. Harap super je lebih, masalah bekalan duit siling pun X boleh selesai.

Amyz,
Ya kalau kumpul, boleh gi Haji balik hari.

Tini,
Tuntut duit kau. Orang cam kau la buat korparat keparat jadi naik lemak.

Dugo,
Orang cam kau yg tak korporat boleh standby, kenapa mereka yg berjuta-juta iklan TVnya tak boleh standby. Saja je ni nak kena penyepak hand-stand dari grand stand.

Haizir berkata...

Kalau Tok nak tahu, saya kutip 1 sen yang bersepah-sepah atas jalan buat koleksi. Untuk tujuan stand-by lah.
Orang tak suka 1 sen. Saya pernah bayar masuk tandas pakai 5 sen dan 1 sen, Cina jaga tandas tu tak mahu terima. Last-last aku blah. Padan muka dia. Aku bayar, apa.

blackpurple @ jowopinter berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
blackpurple @ jowopinter berkata...

Cheh! Tak guna satu sen! Maksud aku, juruwang itu.

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

berlawan lagi nampaknya..

Max J. Potter berkata...

hi! nice layout you have. like it. interesting entries, too. *^^*

saharil berkata...

perbualan ini akan jadi redundant tahun depan, bila satu sen dimansuhkan, dan RM20.31 dibundarkan menjadi RM20.30..

spyz berkata...

"Satu sen nak juga?"

counter : "kalau saya bagi awak kurang 1 sen, boleh ke?"

last week aku bertekak dgn tokei kedai kasut 'batu'. dia tak bagi aku kapur kasut free sebagaimana yg diiklankan di akhbar. bukan aku tak bleh beli kapur tu, tapi dia tipu aku..
memula dia kata utk belian lebih rm50.. aku tunjukkan keratan poster yg dia letak atas kaunter (lepas tu dia terus simpan he he...)
lepas tu dia kata stok kapur abis..
aku masih tak puas hati, "kalau mcm tu, apa barang lu boleh bagi utk ganti itu kapur?"
last2 di pi ambik stok kat kedai dia yg satu lagi..
ha ha ha..
puas hati...

spyz pengguna bijak
:-)

Tok Rimau berkata...

Spyz,
Pengguna bijak mahu beli kapur kasut untuk dapat kasut percuma.

Ril,
Memori ini tinggal relevan sebagai nostalgia cerita, "Zaman bapak dulu..."

Hanna,
Nice font. Good Comment. Appreciate it.

Pipi,
Kau hero aku. Kau suruh aku lawan kapitalis, aku lawan. Jangan jual diri engkau kepada syaitan.

Black,
Ada artis hiphop 50 Cents tapi kayanya jutawan.

Haizir,
Lain kali kalau nak guna tandas, cari restauran, hotel atau klinik. Free.

Deo berkata...

tok rimau,
Saya sokong 100% tindakan tok rimau tuntut 1 sen tu. ada sekali saya ke Kayu, Tesco Extra Shah Alam, bila cashier sebut jumlah semua, RM11.20 Tapi bila diminta resit, jumlah hanyalah RM11.17. Itupun dah termasuk berapa persen cukai dan service charge. Saya tuntut 3 sen tu. :-p

musafir berkata...

Tok..mintak satu sen, masukkan bersen-sen la..apa kelas satu sen...

A t i Q a h berkata...

saya kesian orang di belakang tu tok. :b

Roti Kacang Merah berkata...

tu baru curi duit 1 sen dari Tabung Derma. esok-esok dah ganyut, curi tanah orang pulak.

*melarat dari kemarahan sendiri nih Tok, haha*

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...