Selasa, Disember 04, 2007

SELUAR DI JEMURAN




"AHAD."

Ibu Naufal menulis dengan marker di atas getah seluar dalam anaknya.

Ibu Naufal ambil sehelai lagi dan tulis "ISNIN" pula. Begitulah seterusnya hingga genap tujuh hari untuk tujuh seluar dalam milik Naufal.

Naufal adalah anak manja yang baru belajar hidup sendiri di asrama. Dia mesti belajar tentang kebersihan diri. Tukar seluar dalam setiap hari. Basuh seluar dalam setiap hari. Itu pesan ibu. Dakwat marker itu sebagai ingatan.

Pulang dari asrama untuk bercuti, dia membawa pelbagai cerita tentang pengalaman barunya.

"Naufal terkejut bila lihat di ampaian, ada pelajar yang pengotor. Satu bulan tak tukar seluar dalam," Naufal.

"Cis! Macam mana engkau tahu," tanya aku.

"Naufal nampak kat seluar dalam tu bertulis "RAMADHAN""

Aku diam sejenak. Befikir apa yang tidak betul dalam situasi ini.

"Oitt! Itu bukan nama bulan. Itu nama dia la."

"Oh! Ya ke?"



.....................

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
1. All you need to know about Online Learning Environments

2. "Penulisan hendaklah tidak dielitkan. Biarlah ia dirakyatkan." - Pengenalan Kepada Gaya Penulisan Baru

3. Blog of the day: Deyna Sofea

20 ulasan:

blackpurple @ jowopinter berkata...

O. Kalau aku ikut warna. Ahad - biru, Isnin - kuning, dan seterusnya.

He he he.

Chech berkata...

Mungkin mak Naufal patut jahit tulisan nama dan hari tu. Kalau tulis dengan marker je, boleh pudar.

From my experience, I think all hostels should be equipped with either self-service washing machines, if not laundry service for at least the school uniforms.

Yelah, kita ke sekolah berasrama kan untuk lebih excel dalam akademik (dan pergaulan?)... bukan untuk fikir nak bangun tiga jam sebelum subuh semata-mata untuk 'book' tempat membasuh :)

Just my two cents.

Tok Rimau berkata...

Jowo,
Black untuk hari apa? Purple pulak untuk hari apa?

Kalau kau letak blackpurple, adakah bermaksud seluar berbelang?

Chech,
You don't need a washing machine to wash your clothes. That is what the juniors are for. ahak.

deynarashid berkata...

tok rimau yg cumel,
thanx for the link!~ terkejut sikit tp terharu banyak. hehe.. bukan sng nak dpt blog of the day kat blog tok rimau tuuu. heh.. teruskan perjuangan sbg blogger yg hebat tok rimau!~

Chech berkata...

Ditto! Hahaha!

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

haha gua masa tingkatan satu dulu pun semua benda bernama..masa tingkatan besor sikit.semua benda yang bernama tu gua punya.tapi seluar dalam tak masuk le..

rasso berkata...

Jaman dok hostel dulu...
hujung minggu yang panas adalah hari indah untuk lepak di kamar basuhan sambil basuh itu dan ini... sambil mandi manda... maklumlah... mandi dengan air gunung...

Kalau lah ada mesin basuh dulu... mungkin bila dah masuk U*M di awal tahun pertama pengajian... persis saya dah tak basuh dengan tangan.
(masih tabiat lama)

Bila dah duk rumah sewa baru reti gune mesin basuh. Alahai...

rasso berkata...

Opss..

Baru perasan... Kain pelikat kaler biru mude masa form one yang ada nama ngan marker tu masih saya pakai rupenye hingga kini...

Syahdunye...

DeanSham berkata...

Tok,

Kawan saya dulu tulis nama kat underwear dia supaya tak kena curi.

Memang underwear dia tak kena curi, tapi tetap dia kehilangan underwear tersebut.

Sebab,

Ada kutu pegi amik underwear dia dan gantung kat ampai Aspuri.

So satu Aspuri kenal underwear dia!

Dan

Underwear tu lekat selama setahun kat situ takde orang nak claim.

rasso berkata...

en dean sham,

bagusnya penghuni aspuri tu...
hahahaha...

Chika Chika berkata...

ahahaha.
lama juga dok pikir.
apa maksud RAMADHAN.
ngee.. lampi jugak saya, tok.


mmg pengotor kalau macam tu.
kotor dan tidak suci.
aha

Tok Rimau berkata...

Sofea,
Apa la hebatnya. Menulis seronok-seronok je. Killing time. Tapi comel tu tidaklah saya nafikan.

Pipi,
Orang kat opis aku letak nama kat stapler. Takut stapler hilang.

Rasso,
Tak reput lagi kain pelikat kau?

Dean,
Kalau underware yg sidai kat aspuri tu jenis besar sarung tempayan lagi malu.

Chika Baby,
Confirmation: Ramadhan nama budak tu. Ramadhan Bin Abdullah. Bukan sebulan Ramadhan.

rasso berkata...

Tok,
Tak reput lagi...
Kain pelikat tu masih licin...

tini berkata...

kalau tulis'2007'abis berkudis la budak tu..setahun tak tukar.hahahahaha..

Amyz! berkata...

naufal sangat innocent...

deynarashid berkata...

hahaha.. tidak perlu la tok nafikan kerana saya berkata hanya yg benar [huhu sabar je laa..]

sherrina berkata...

dulu masa dok asrama tak buh nama sendiri pada pakaian, buh nama dlm bentuk code. Supaya orang tak cam bila tgk di jemuran....huhuhu...

dugongsenyum berkata...

Cap buaya.

musafir berkata...

Sekarang orang pakai seluar dalam pakai buang. Tak perlu tulis nama dah..

Tanpa Nama berkata...

kah..kah..gelak guling-guling aku baca entri ni...hahahahaahahha

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...