Puduraya. Baunya masih sama seperti dahulu. Aku sumpah, orang-orang di situ hampir sama dengan orang-orang yang pernah aku jumpa 10 tahun dahulu. Masing-masing muka berminyak dan tangan menjinjing beg besar.
Aku cari tempat duduk berhampiran dengan platform 15. Aku ternampak Mobius sedang duduk atas bangku konkrit sambil tangan menadah ke atas.
"Engkau dah pandai berdoa? Doa naik kenderaan ya?" sapa aku sambil melabuhkan punggung.
"Aku berdoa agar dapat duduk sebelah awek cun dalam bas nanti. Rambut karat dan baju senteng nampak pusat adalah satu bonus," jelas Mobius kepada aku.
"Setahu aku, doa orang yang banyak dosa besar macam engkau tidak makbul."
"Aku tahu siapa aku. Selalu sangat doa aku tidak makbul. Oleh itu, dalam lafaz doa aku, aku minta dapat duduk sebelah lelaki agar jauh dari fitnah wanita."
"Suka hati engkaulah."
Waktu yang ditunggu telah pun sampai. Kami naik bas mencari tempat duduk.
Mobius naik cepat dan duduk dahulu sebab dia nak pastikan dapat duduk sebelah tingkap. Tempat duduknya nombor 20. Tempat duduk aku nombor 21. Kami ditakdirkan duduk bersebelahan.
"Mobius, reverse psychology tidak menjadi dalam doa," kata aku sambil menunjukkan nombor 21 atas tiket aku.
"Damn!" Mobius menumbuk dinding bas sambil menambah dosanya lagi.

13 ulasan:
hahhaha..kasihan mobius. Saya syak, tok memang prejudis dan ada komplot dalam menenggelamkan kapal angan-angan dan impian mobius.
tok kah lelaki yang beriman dan jauh dari fitnah wanita itew? *larikkkkk*
Kenapa Mobius tak cakap dia datang KL.. kalau tak boleh saya bawa dia jalan-jalan di SOGO atau Dataran Merdeka..
nani suke lagi kalau single seat. *^^* tak suke kongsi.
Mobius sudah beriman. Itu dikabulkan permintaannya... Eh, lelaki disebelah tu tiada tarikan ke.... Hummmm.... Kena tanya maknya si Sarahmon ni...
Tok, windu dengan kisah sarahmon dan ahli-ahli bersekutunya....
Tok,
Aku syak Mobius adalah perwatakan dirimu yang lagi satu. Kata temanku, dalam diri manusia punya dua sisi. Entah aku tak faham. aku tanya. Dia suruh aku diam.
tengok tok, masih ada orang yang nak dengar cerita sarahmon dan adik-adik.
cehhhh..
kalau di sebelah pembuat wangian tempias wanginya,kalau di sebelah pembuat dosa "?"..opss siapa lelaki di sebelah itu
tokrimau, aku suka mobius tumbuk dinding bas itu.
Zalila,
Mobius perlu dikekang nafsunya.
Angah,
Tok mencuba sedaya upaya.
Madu,
Kau jangan memberi galakkan palsu kepadanya.
Hanna,
Perempuan memang tidak suka kongsi. Mereka tidak tahu hak berkongsi itu milik lelaki.
Azhar,
Mereka semua dudah dewasa. Jika aku kutuk mereka dalam blog, mereka akan saman. Mereka sudah tahu baca.
Lily,
Aku pun tak faham.
Atiqah,
mereka boleh baca arkib.
Sangkujiwa,
Buat dosa senang. Buat pahala pun senang.
Mangosteen,
Tok halakan aicond ke mukanya semasa dia tidur. Padan muka kesejukan.. Sapa suruh pakai singlet. Ingat seksi sangat la bulu ketiak dia.
Malang sungguh dapat duduk sebelah Mobius. Atau malang sungguh dapat duduk sebelah Tok. Atau bertuah?
Hehehe!
kalau fikir dr poligami nye POV, lelaki dikongsi..bukan berkongsi..hm, hak berkongsi milik lelaki tu dr sudut ape, tok?
tok, kami mau kisah sarahmon dan lain2 lagi..
hari tu ada kwn saya nampak budak u tok dgn bangganya pakai kad matrik kat pudu raya:p
Catat Ulasan