Khamis, Februari 28, 2008

TO SIR, WITH LOVE

Berikut adalah pepatah cinta dari merata tempat di bumi. Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. Jawab semua soalan.

  1. Orang yang kamu cinta akan juga membuat kamu ........................ (Argentina)
  2. Cinta membuat seseorang buta dan .........................(Arab)
  3. Memberi kebahagian kepada seseorang itu sesuatu yang mulia, ia tidak boleh diangkat hatta oleh seekor .........................(Bhutan)
  4. Cinta itu buta, oleh itu kamu perlu ........................ mencari jalan. (Brazil)
  5. Hidup dengan cinta adalah kebahagiaan, hidup untuk cinta adalah ........................ (China)
  6. Lebih ........................ si pemain biola, lebih manis muziknya. ( English )
  7. Cinta buat masa berlalu, ........................ buat cinta berlalu ( France )
  8. Hati yang menyintai adalah sentiasa ........................ (China)
  9. Cinta dan ........................ tidak boleh disembunyikan. ( Latin )
  10. Menyintai wanita yang membenci engkau adalah seperti ........................ madu dari duri. ( Welsh )

Cikgu akan bagi jawapan minggu depan.

26 ulasan:

elmi berkata...

Tokkkkkk!!!!

Saya x reti jawab.

(Sambil sorok bawah katil)

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

gua syak ni teknik mengorat makwe cara halus tok nih..

rasso berkata...

1. Orang yang kamu cinta akan juga membuat kamu macam duyung. (Argentina)
2. Cinta membuat seseorang buta dan bisu (Arab)
3. Memberi kebahagian kepada seseorang itu sesuatu yang mulia, ia tidak boleh diangkat hatta oleh seekor king kong(Bhutan)
4. Cinta itu buta, oleh itu kamu perlu peta mencari jalan. (Brazil)
5. Hidup dengan cinta adalah kebahagiaan, hidup untuk cinta adalah sengsara (China)
6. Lebih cinta si pemain biola, lebih manis muziknya. ( English )
7. Cinta buat masa berlalu, coklat buat cinta berlalu ( France )
8. Hati yang menyintai adalah sentiasa (tak tahu........................) (China)
9. Cinta dan nafsu tidak boleh disembunyikan. ( Latin )
10. Menyintai wanita yang membenci engkau adalah seperti ........................ madu dari duri. ( Welsh )


wa tak tau semua ini.. merangkak-rangkak lagi...

Azhar Ahmad berkata...

Saya try, cuba, test

1. Orang yang kamu cinta akan juga membuat kamu sengsara (Argentina)
2. Cinta membuat seseorang buta dan pekak(Arab)
3. Memberi kebahagian kepada seseorang itu sesuatu yang mulia, ia tidak boleh diangkat hatta oleh seekor Baghal (keldai)(Bhutan)
4. Cinta itu buta, oleh itu kamu perlu meraba-raba (erk!) mencari jalan. (Brazil)
5. Hidup dengan cinta adalah kebahagiaan, hidup untuk cinta adalah keindahan (China)
6. Lebih cantik si pemain biola, lebih manis muziknya. ( English )
7. Cinta buat masa berlalu, masa buat cinta berlalu ( France )
8. Hati yang menyintai adalah sentiasa merindui (China)
9. Cinta dan kasih sayang tidak boleh disembunyikan. ( Latin )
10. Menyintai wanita yang membenci engkau adalah seperti menjilat (Euwww) madu dari duri. ( Welsh )

A t i Q a h berkata...

walaweh!dasat la anak murid cikgu yang dua orang ni...

rasso berkata...

aTiQah,

kami bukan anak murid.. kami hanya teruna sunti... wkakakaka...

Tok Rimau berkata...

Elmi,
Sila buat ketuk ketampi, 100 kali.

Pipiyapong,
Saya gantung awak dari sekolah selama 7 hari. Anggaplah ini satu pengajaran (baca: upah). Dan bagi soalan ini kepada sepupu awak yang cun tu.

Rasso,
1.5 dari 10! Penat Tok bagi tunjuk ajar dengan latihan amali sekali. Masih tak pandai-pandai. Banyakkan latihan lagi.

Azhar,
3.5 dari 10. Lebih bagus dari Rasso tetapi masih tidak lulus. Engkau kena ulang mata pelajaran sem depan.

Atiqah,
Depa memang dasyat tapi jangan tiru mereka. Mereka pun tidak lulus.

Chech berkata...

Che'gu, apa ganjaran kalau dapat jawab semua dengan betul?

dugongsenyum berkata...

Cinta dan BATUK tidak boleh disembunyikan.

Amyz! berkata...

hahahaha.
nasib baik tak amik pelajaran cinta dengan tok. kalau tidak, mesti kena ketuk ketampi.
har har har.

dugongsenyum berkata...

Orang yang kamu cinta akan juga membuat kamu MENANGIS (Argentina)

Cinta membuat seseorang buta dan PEKAK (Arab)

Memberi kebahagian kepada seseorang itu sesuatu yang mulia, ia tidak boleh diangkat hatta oleh seekor GAJAH (Bhutan)

Cinta itu buta, oleh itu kamu perlu MERABA mencari jalan. (Brazil)

dugongsenyum berkata...

Hati yang menyintai adalah sentiasa MUDA.

dugongsenyum berkata...

Cinta buat masa berlalu, MASA buat cinta berlalu (France )

Menyintai wanita yang membenci engkau adalah seperti MENJILAT madu dari duri. ( Welsh )

Layla Haq berkata...

oooo....kelas ini saya belum masuk lagi. Jagi tak payah jawab.

[ooo...inikah ilhamnya? panjang betul. tok kena bagi royalti pada saya]

sinaganaga berkata...

http://cowgumrubber.blogspot.com/2008/02/teddy-and-i-oleh-abdullah-zahir-omar.html

Lily Abdullah berkata...

Tok,
Saya rasa sayalah orang pertama yang membaca entri tok pepagi buta tadi. Tapi saya takut hendak menjawab, sebab bicara tentang cinta memang memabukkan. Hilang kemabukan bererti hilang kesronokan.
CINTA waktu berkembangan bagai bir dengan alkohol.....waktu berguguran bagai air sejuk dari paip besi.
Tok,
aku cinta padamu(baca:entri-entri kamu) :D

ps: announcement : INI BODEK MURID SUPAYA TERLEPAS HUKUMAN TOK KETAMPI

azie berkata...

tok ada buat kelas chenta ke?
boleh muat sorang lagi student x tokkkkkk....

Pa'chik berkata...

1. buta
2. pekak
3. BabiHUTAN
4. tongkat
5. kesian...
6. chomei [heheh...]
7. sesak
8. penat
9. tak cinta
10. hisap...

Tanpa Nama berkata...

soalan ini amat sukar, mengikut teori Rubrik, kesusahan soalan ini adalah sesuatu yang tidak wajar.

Sumer pasal cintan je...huhu

Amiene Rev berkata...

1. Orang yang kamu cinta akan juga membuat kamu CINTAKAN BOLA SEPERTI MARADONA ATAU MADONNA MENCINTAI ARGENTINA.

2. Cinta membuat seseorang buta dan ASTAGFIRULAHAZIM, ANGAU?!


3. Memberi kebahagian kepada seseorang itu sesuatu yang mulia, ia tidak boleh diangkat hatta oleh seekor CHIMPANZI.

4. Cinta itu buta, oleh itu kamu perlu KELUAR DARI HUTAN AMAZON mencari jalan.


5. Hidup dengan cinta adalah kebahagiaan, hidup untuk cinta adalah UMPAMA SETIA KEPADA MAHARAJA.

6. Lebih SUKA COKELAT si pemain biola, lebih manis muziknya.

7. Cinta buat masa berlalu, 28 MINGGU KEMUDIAN buat cinta berlalu.

8. Hati yang menyintai adalah sentiasa KONFIUS.

9. Cinta dan KEHODOHAN tidak boleh disembunyikan.

10. Menyintai wanita yang membenci engkau adalah seperti SENGAT LEBAH madu dari duri.

HA! HA!

Yana Ismail berkata...

menarik sungguh..
bleyla nak join class cinta ni?hehe..tp tak mo la kna ketuk ketampi..hehe

leez berkata...

Saya pun nak cuba..heheh

1. merana
2. tuli
3. gajah
4. bau
5. kerugiaan
6. pengalaman
7. kepapaan
8. menyihatkan
9. benci
10. mengharapkan

saya tibai aje..hahaha

Tok Rimau berkata...

JAWAPAN

Orang yang kamu cinta akan juga membuat kamu MENANGIS (Argentina)

Cinta membuat seseorang buta dan TULI(Arab)

Memberi kebahagian kepada seseorang itu sesuatu yang mulia, ia tidak boleh diangkat hatta oleh seekor GAJAH (Bhutan)

Cinta itu buta, oleh itu kamu perlu MERASA (FEEL) mencari jalan. (Brazil)

Hidup dengan cinta adalah kebahagiaan, hidup untuk cinta adalah KEBODOHAN(China)

Lebih TUA si pemain biola, lebih manis muziknya. ( English )

Cinta buat masa berlalu, MASA buat cinta berlalu ( France )

Hati yang menyintai adalah sentiasa MUDA(China)

Cinta dan BATUK tidak boleh disembunyikan. ( Latin )

Menyintai wanita yang membenci engkau adalah seperti MENJILAT madu dari duri. ( Welsh )

............

Chech
Jika semua betul, Tok bagi Diploma Cinta.

Dugong
7/10. Not bad. Tok lantaik kau jadi ketua darjah.

Amyz,
Ini subjek wajib. Lambut lain kena amik juga.

Zalila,
Engkau sumber ilham ku.

Naga,
Thanks.

Lily,
Amat susah untuk tidak mencintai aku. Irresistable.

Azie,
Sila dafatar masuk. tapi ada pra-syarat. Lulus dgn kredit subjek Cinta Monyet.

Paachik,
1/10. Engkau ini tidur sahaja bila aku mengjar.

Amirah,
Untuk yg tidak beljar, semunya susah.

Amiene,
0/10 tetapi kau boleh tukar jurusan ke kelas Romantik Komedi. Jawaban engkau sangat kelakar.

Princess,
Boleh join. Orang kecil sila duduk depan sekali. Engkau kalau duduk belakang tenggelam nanti.

Leez,
3/10 masih banyak homework kena buat. Denda: Tulis surat cinta 100 helai.

dugongsenyum berkata...

Terima kasih Cikgu!!!

Hehe

Amiene Rev berkata...

Baik Tok Guru,

Ha! Ha! Nampaknya saya kena tukar kelas.

leez berkata...

no hal, Cik gu!..chicken aje.

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...