Ahad, Februari 03, 2008

MASKARA 6


Hos anda sedang beraksi di Maskara 6

Tarikh: 2 Feb. 2008
Lokasi: Planet Pena
Laporan cuaca: Hujan sekejap-sekejap
Kapasiti Dewan: 50 Orang (anggaran kasar aku)

Terlalu banyak yang hendak diperkatakan. Tidak tahu mana nak mula dulu.
PRA-MASKARA:
Siang itu, di Planet Pena, Sol-jah membersihkan dewan untuk Maskara 6.

Naga: Penyapu kita sudah hilang.
Aku: Penyapu pun ada orang nak sapu.

Penyapu itu sebenarnya tidak hilang. Ada menyorok belakang pintu.

PASCA-MASKARA:
Malam itu kami kemas semula Planet Pena. Kami mahu tinggalkan dewan lebih bersih dari masa kami mendapatkan dia.
Naga: Mana kita nak buang botol-botol bir ini?
Aku: Kita kena tanam bukti-bukti ini.
Aku pun tidak tahu ke mana hilangnya botol-botol bir tanpa alkohol perisa epal yang berjenama Arab itu.
Laporan Maskara 6:
  1. Amyz
  2. Nuras
  3. Rasso
  4. Sol-jah: Maskara 6A & 6B
  5. Dugong
  6. Sufian
  7. Naga

21 ulasan:

syed syahrul zarizi b syed abdullah berkata...

Tok, Mintak Dato Khir sponsor penyapu. Tentu ada banyak extra.

sinaganaga berkata...

Kata kawan2 dari Johor, "Ini bir tanpa alkohol!" Aku macam percaya dengan tidak. Ha ha.

Deo berkata...

oooooo.... ingatkan kerajaan negeri selangor dah borong stok penyapu....

Azhar Ahmad berkata...

Adakah seronok berada di Maskara...?

Atau tok seronok sebenarnya pakai Masakara?

Euwww, tok ayu!

Chika Chika berkata...

ada entry khas untuk Tok. sila baca :D Baca dengan penuh humor atau nanti saya bakal dilempang disebabkan nama BISKUT TIGER.

elmi berkata...

beriye sungguh tok didalam gambar itu.

Amyz! berkata...

Bir tanpa alkohol tu tak cukup. Mereka sambung minum teh di mamak, kemudiannya.

dugongsenyum berkata...

bir tu rasa sparkling lah bang naga haha

dugongsenyum berkata...

Aku ingatkan bir Marke Clauthaler, tapi bir ni pun kat pasaraya dorang taruk bersama bir-bir (haram) yang lain.

Nida Shaari berkata...

Vovin : Nida, minum.
Ajak Vovin sambil menyuakan botol bir tu kepada saya.

Nida : Tak mau lah. Aku dah banyak dosa. Tak nak tambah lagi dosa lain.

Vovin : Cuak.. weh bukan la.. tengok ni.. sambil menunjukkan label yang tertera "non alcoholic bla.. bla.. bla.."

Dan pesanan saya kepada Tok sebelum pulang : "Don't drink and drive"

sinaganaga berkata...

"Kalau digosok dengan 'tangan yang baik' - jin akan keluar dari ini botol!"

John Hafiz berkata...

Memang I tak datang. I takut. Tengok gambar host tu, macam parti orang tua.

Maafkan I.

Dengar cerita, parti yang berjaya. Tahniah.

Tok Rimau berkata...

Syed,
menteri semakin pemurah kepada yang berkepentingan sahaja.

Naga,
Yamseeeeeeeeeeeeeeeeng!

Deougtherd,
Jika hati bersih, Selangor pun bersih.

Azhar,
Meremang bulu ketiak aku.

Chika,
Semua rimau dapat royalti dari Biskut Tiger, Sabun Harimau, Tiger Balm, Tamil Tiger/Eeelam. Nama kami registered.

Elmi,
Tok memberi 110% fokus.

Amyz,
malam masih muda. kalau kalian masih muda, Tok ajak gi clubbing pulak. Tapi semua cam orang tua, tak larat. Nak tidur la. balik je la.

dan orang tu, meningkat usia.

Husni,
Sebelum ni aku cuma beli Beer Akar dari beruang bertopi seni AnW.

Dugong,
Minum tongkat Ali.

Lebah,
Tok tak memandu coz Tok tak bawa kereta. Deendsham yang drive. Kalau dia mabuk, elksiden, mati la tok cam Lady D.

Hafiz,
maskara untuk segenap lapisan. Dari yg belum tadika ke yang dah pencen.

Kami ada puisi, music, comedy, magic. Sarkas belum lagi.

Maskara berjaya.

John Hafiz berkata...

Aduh, saya bergurau tentang usia tadi.

Yang sebetulnya, hujan, tak dapat menaiki motor.

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

baru gua tau rupa paras maskara skang..

Tok Rimau berkata...

Hafiz,
Tidak perlu kau cuba mengambil hati kami. Kami tahu kau terlalu seksi untuk Maskara. Kami mengambil keputusan untuk sebulat suara untuk merajuk.

Hujan, Motor, itu hanya alasan.

sinaganaga berkata...

Mau,
Sarkis? Ermmm... Kalau dapat difikirkan tentang Sarkis Jinak - menarik gak weh!

Yapong,
Kasi turun lu punya sarkis pada Maskara Mac nanti ya! Wa dah salam ngan Kumprik - dia dah kata, "ok!"

John Hafiz berkata...

Fine!

FYI, orang buruk kalau merajuk takde orang nak pujuk.

Tok Rimau berkata...

Pong,
Gua waya lu. bagi meramaikan majlis, bagi la anak murid assignment tune kereta2 yg park utk maskara 7 nanti.

Lagi pun gua dah promote baik sama lu. Ada dapat nombor henpon ka?

Naga,
Dulu gua ada tengok Flea Sarkas. Boleh ajar gutu loncat masuk gelas.

Hafiz,
Okay la lu menang. Lain kali kami peruntukan keenderaan tanpa bumbung utk lu datang Maskara. Of course, kalau hujan... bumbung tu boleh katup. Spesel ni. Just for you!

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

dah 3 hari tunggu nombor ni haha..

OP Zaharin berkata...

botol-botol tanpa alkohol tu aku buang dalam tong sampah besar di apartment aku. bukan apa, ada dna kawan-kawan aku pada mulut botol tu, kang letak sepah-sepah, korang jugak kena muahahaha

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...