Selasa, Februari 19, 2008

PARENTHESES

"Apa yang berlaku di Kuala Lumpur, tinggal di Kuala Lumpur," aku peringatkan kepada Mobius.

"Tetapi..."

"Tiada tetapi lagi."

Mobius memandang aku. Dia tidak puas hati dengan arahan aku.

"Laporan dari aku sahaja tidak cukup menggambarkan perempuan itu. Engkau kena lihat dengan mata kepala engkau sendiri. As it is. Verbatim. Tidak ada kata yang layak untuk mengambarkan senyuman sempurnanya yang di pagar dengan dua lesung pipit sebagai parentheses."

Aku memandang kepada Mobius. Aku mula rasa simpati kepadanya.

"Mobius, jika engkau boleh mencapai bintang sekali pun, engkau tidak mungkin dapat menggenggamnya."

"Tetapi..."

"Tiada tetapi lagi. Apa yang berlaku di Kuala Lumpur, tinggal di Kuala Lumpur."

15 ulasan:

June berkata...

Tok, biar Mobius mengeksplorasi dunianya sendiri.

Tugas cikgu bukan mengajar teori hitam-putih.

Tugas cikgu adalah memperkenalkan teori hitam-putih, dan beberapa pelangi warna-warni, dan beberapa insurans kemalangan.

A t i Q a h berkata...

mobius sangat yakin diri. bagus!

leez berkata...

mobius, dunia belum kiamat.. gambete!

elmi berkata...

Bintang di langit bukan utk di capai atau di genggam. Bintang di langit utk di nikmati keindahannya.Nokhtah.

Amyz! berkata...

Katakan pada Mobius, hidup dalam kenangan satu perkara yang menyeksakan.

Haha. :-p

Tok Rimau berkata...

Tafteh,
Hidup ini memang belajar dari kesilapan. Tetapi seeloknya belajar dari kesilapan orang, bukan dari kesilapan sendiri.

Atiqah,
Yakin? Begitu juga Napoleon ketika mahu menyerang Russia. Sudahnya ramai yang mati.

Leez,
Kiamat sudah dekat.

Elmi,
Bintang hanya untuk dilihat dan untuk kita berputih mata.

Amyz,
Sejarah diharap dapat berulang.

sinaganaga berkata...

Sumpah! Aku bukan Mobius! Ha ha.

Aaa, afsal kau tak reply msg aku (pasal minah baju hijau yang duduk sebelah kau dalam lrt tu)???

Lily Abdullah berkata...

Mobius itu seorang lelaki sejati,jadi biarkan sahaja dia.

Aku yakin memang dia lelaki sejati.
Aku yakin Mobius adalah mana-mana lelaki

ps: bukan naga ek?

Nida Shaari berkata...

bagitau pada Mobius, saya sudi jadi pengganti

Azhar Ahmad berkata...

Ahahahah, tok dibayangi kenangan silam....

Tok Rimau berkata...

Naga,
aku segan. segan orang kedah. bukan segan orang Johor taw.

Lily,
Mobius adalah lelaki biasa.

Madu,
Mobius kata, dia akan pertimbangkan. Dia tanya, Adakah senyuman engkau dipagari parentheses?

Azhar,
Sekali lagi kau speed reading. kau terlepas point sebenar entri ini.
Jangan gelojoh masa membaca.

yaabbna berkata...

Bukan hanya kuala lumpur..
Mobius masih boleh mencari bintang utk digenggam kat vegas.
"Apa yg berlaku di vegas, tinggal di vegas"

Layla Haq berkata...

Entah-entah tok yang terperangkap dalam senyuman parentheses itu.Sebab itu, tok bersungguh elakkan mobius mencambahkan jiwa rasanya yang tak pernah padam pada perempuan itu.

Saya syak...tok ada agenda sendiri.

Roti Kacang Merah berkata...

segan orang Kedah tu, 'malas', ya?

for some reason aku faham perasaan Mobius.

tolong kirim salam kat Mobius bleh? heh heh

saudagar gaRAM.. berkata...

SEGAN ORANG KEDAH?

HAHAHAAAA...
dulu saya tak paham kenapa member kata SEGAN nak wat esaimen..

dan dia orang KEDAH.

pas dia terangkan,baru saya paham,tok..

SEGAN ORANG KEDAH= MALAS

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...