Kuda Kepang (Riyuk) amat pop di kalangan komuniti Jawa di Batu Pahat. Ianya sebuah amalan tarian mistik berasal dari tanah Jawa. Aku yang separa Jawa, merasa sedikit kagum dengan kebolehan pemain kuda kepang mempamerkan kuasa super mereka dalam gig Kuda Kepang. Pun begitu, ada rahsia dalam rahsia membuat aku malu dan ingin menjauh.
Tidak seperti KL, teater di JB amatlah jarang. Maka, hujung minggu lepas aku tidak melepaskan peluang menonton persembahan teater Roh Semberani yang bertemakan budaya Kuda Kepang di auditorium RTM, JB.
Persembahan teater Roh Semberani memakan masa dua jam lima belas minit. Agak panjang untuk kebolehan
attention span aku. Terbahagi kepada dua bahagian, satu dongeng asal usul Riyuk dan keduanya perjuangan pengamal budaya Riyuk di Batu Pahat, Johor. Penulis cerita cuba bermain dengan keselarian dua plot, alam dongeng dan realisma pengamal budaya yang hampir pupus. Kenyataan subteks teater ini jelas, budaya Riyuk harus diperjuangkan dan dipadankan dengan tuntutan semasa. Pun begitu, hujah-hujah untuk kenyataan yang hendak dipertengahkan agak longgar. Aku bagi tiga bintang untuk teater ini.
Titik kemuncak dalam naratif teater ini adalah apabila pendedahan dibuat tentang Dewi Songo Langit (atau Sangga Langit) adalah makhluk dari alam dua jantina. Jarang sekali watak khunsa memainkan peranan penting dalam sebuah dongeng. Patutlah dia mememberi pelbagai helah berbentuk syarat apabila Prabhu Kelana Sewandana mahu mengahwininya. Minta terowongan panjang, minta orang berkepala binatang (Singo Barongan) dan minta persembahan budaya yang unik (Asal usul Kuda Kepang). Mula-mulanya aku fikir, dia cuma seorang puteri yang cerewet tetapi rupanya ada rahsia dalam rahsia.
Aku pun balik dan google asal usul Riyuk. Rupanya ada lagi rahsia dalam rahsia tentang dongeng ini. Dalam peperangan Prabhu Kelana Sewandana versus Singo Barongan, kepalanya akan dibuat hantaran kahwin, Sewandana telah menggunakan khidmat Warok. Warok adalah tentera berani yang mempunyai ilmu hitam.
Dikatakan Warok ini tidak boleh berkahwin dengan wanita kerana seks dengan wanita akan membuat mereka hilang kuasa super. Maka, mereka membela budak-budak lelaki belasan tahun sebagai jambu yang melayan mereka menggantikan isteri. Hubungan
Warok-Gemblak ini adalah rahsia dalam rahsia.
Dongengan moden seperti hubungan Batman-Robin juga boleh dicurigai. Holy cow! Baru kalian sedar kenapa Robin memakai tights dan dipanggil Boy Wonder?! Bagaimana dengan Spongebob dan Patrick, juga Teletubbies yang membawa beg tangan?!!
Kenapakah telalu banyak watak fiksyen (aku anggap dongeng itu fiksyen) yang cenderung kepada seks luar tabiee? Aku berteori bahawa terdapat terlalu ramai lelaki lembut yang memacu perkembangan budaya. Sedikit sebanyak mereka mencipta watak mengikut acuan mereka.
Aku ada kawan yang mengaku dirinya gay. Dia akan belanja aku makan dan melambai aku pulang setiap kali bas aku berlepas pulang dari KL ke JB. Kami rapat, tetapi aku bukan gemblakan dia. Jauh sekali. Aku berkawan rapat dengan dia kerana aku mahu membantu memulihkan kejantanannya. Mungkin dia tiada role model untuk diikuti sebelum ini. Dalam dakwah ini, aku bertindak sebagai contoh kepada jantan yang sebenar. Yea yeahhhhh! (Buat suara macho Bandi amuk)
Dari Blog Afimon:
Semasa Prabu Klana Sewandana bertempur dengan Singo Barongan, Afimon bangun. Sebijik macam Ultraman Tiga lawan raksasa. Selebihnya Afimon ngantuk. Tidur lagi best.