Rabu, Julai 16, 2008

JANGAN PANDANG BELAKANG

Aku mahu meracau-racau pun bukan ada yang mahu dengar. Semua sudah ke sekolah dan ke tempat kerja. Aku masih terlantar, terdampar atas sofa melayan demam yang tidak kebah-kebah.

Demam-demam begini aku perlukan komedi. Ketawa adalah ubat yang terbaik. Tiba-tiba mentol idea menyala atas umbun-umbun aku yang suam.  Aku tarik kerusi tinggi rapat ke rak buku. Aku panjat dan capai album gambar di tingkat rak paling atas.

Aku belek album gambar. Keluarkan sekeping foto dari saku album- foto seorang gadis dengan jeans biru, berambut pendek Lady Diana dan berkaca mata saiz gogal. Belek belakang gambar. Ada sebaris ayat bertandatangan.

"Percayalah, engkau sentiasa di hati."

Aku pun ketawa sendiri.  Catatan di belakang foto adalah seni yang menghilang dimakan perubahan gaya hidup baru selari dengan perkembangan Flickr, Friendster, Fotopages, Facebook dan telefon tangan berkamera.

Aku lihat foto-foto lain pula. Aku belek belakang lagi.

Foto gadis berbaju kurung berambut ombak Farah Fawcett: Cinta kita tidak mungkin akan pudar. Selamanya.

Foto gadis tinggi lampai bertudung labuh kelabu: Sayang, kenang daku dalam doa mu.

Kemungkinan kata-kata ini pernah benar atau tidak pernah benar tidak perlu dipolitikkan. Tuan punya diri pun, entah-entah akan menafikan pernah menulisnya. Mereka sendiri pun pastinya sudah lama membakar foto-foto aku untuk menghapuskan bukti dan memadam sejarah. Lagi pun, kata-kata yang aku catatkan di belakang foto adalah lebih poyo. Amat poyo sekali. Ha! Ha! Ha!


p.s.
Tok tidak letak foto hiasan untuk entri ini kerana risau berlakunya jejak kasih. Buatnya ada pembaca yang menjerit, "Oh my God! That's my mom!" Naya kan!!

56 ulasan:

budakbarublaja berkata...

bleh letak kat hall of fame....

Kaktiny berkata...

ooo.. bersusun yer.. 'syarifah rimau' ada dlm list?.. hihihi...

jagoan berkata...

Ramai gak pompuan tok eh..?












Bila nak tambah?

budakbarublaja berkata...

tok tiger saye azuro ...language camp felda adela...

Tok Rimau berkata...

Budak Baru Belajar,
Hanya kenangan la Zuro.

Kak Tiny,
Dia dalam senarai lain. Satu Album khas, dia saja.

Ah Tok,
Gua tak mampu.

Unknown berkata...

mmg king ini entry. bikin mulut buih macam pendebat mlm tadi. cit !!

ayobkelubi berkata...

hahaha,tak ingat tu...

spyz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
spyz berkata...

"Percayalah..."
Bukan org berdebat yg kehabisan peluru aje ke yg selalu guna pkataan ini?
: )

rasso berkata...

saya tidak lah poyo...

tulisan sebegitu masih tersemat di lorong rahsia wallet... ha ha ha...

Rajuna berkata...

kalau aku jadi tok, dah lama aku humban semua gambar gadis yang mengecewakan aku. yang tak balas sms pun sama. aku delete nombor dia.

uranus berkata...

wah..mesti tok nih dulu..lelaki idaman nih..

salam ziarah..:)

Tok Rimau berkata...

Fahmi,
Idaman Malaya. Bukan idaman Malaysia.

Juna,
Cinta kau tak ikhlas la. Cinta tak semestinya bersatu.

Rasso,
Dompet tebal penuh surat. Bukan penuh wang.

Spyz,
Berbuih mulut meyakinkan. Tapi Shabery aku repek kerana bawa bloggers masuk RTM dan hadir debat versus Anwar. Kalah menang lain cerita, dia ada balls.

Ayob,
Kirim salam sama classmates kau. Kata dengan mereka, lupakan sahaja Tok Rimau.

Gunx,
Hidup Shabery! The best min of Info! Ever! He got more balls than all other BN ministers put together.

famia berkata...

oh mai god.

Unknown berkata...

agree..compare to previous minister. Hehehe.... dah! dah! stop! jangan di politikkan isu ni...

thedreamer berkata...

hehehe..funny la tok ni!

p/s : tok, letaklah gambar..mesti cun melecun la awek2 tu.. :)

rasso berkata...

Nilai kenangan dan wang tak sama nilainya... ha ha ha...

nun di pulau borneo sana... Ada sekotak lagi warkah2 jaman sekola yang pernah diterima. Malangnya, jaman sekola wa tak kenal apa itu luve lagi.... Belum datang bujang lagi time tu....


alahai....

(",) strawberry berkata...

agaknya sy mmg terlepas betul la zaman tok ni kan..sbb sy tak penah dapat gambar yang disertakan nota di belakang oleh admire2 dahulu purba...haha...

snm | snm berkata...

alamak tok..saya pun pernah laa ada gamba2 itu:) uwek..klaka klaka..takpe la..saya nak peram dulu gamba2 tersebut :p

tok..publish la gamba2 kekasih2 lama tok tu :) zaman tok dah ade ke word mcm ni >> kekasih gelapku << :D

sinaganaga berkata...

Balik rumah aku check album gambar lama-lama, aku jumpa, “Putus tali boleh di sambung, putus kasih...” Omigod. Aku tak perasan pun ada teks tu selama ini.

tasekM berkata...

aku syak mau ada 3, 4 album lagi yg penuh dgn gambar2 awek yg ada kata2 kat belakang ni tok....

sorok cepat....!

Amiene Rev berkata...

Tok Rimau...

Masa demam ni, elok tok rimau tengok cerita Ultramen.

Dalam Ultramen Brothers and Ultraman Mobius... tempoh hari... Ultraman Mobius menewaskan raksasa yang paling-paling jahat dengan menggabungkan er... satu dua... (sambil membilang-bilang menggunakan jari)... enam... enam ultraman iaitu...

Zoffy, UltraSeven, Ace, Taro, Ultraman Leo, Ultraman Return, dan Ultraman.

Tapikan Tok, saya rasa Ultraman brothers ada tujuh orang semuanya...

Tok Rimau berkata...

Jainab,
Kau boleh samakan Tok dgn hero tua lain seperti Sean Connery, George Clooney atau Rajnikanth. Tapi Jallaludian Hassan jangan sekali.

SNM,
Sebelum zaman kegelapan Eropah lagi dah ada kekasih gelap. Setua manusia itu sendiri. Tok nasihatkan, kengkau terangkan la Kekasih Gelap engkau itu. Ha! ha! Ha!

Anese,
Syukor la engkau bukan ex-gf TOk. Tok risau juga kalau-kalau depa stalk blog Tok untuk balas dendam.

Rasso,
Tok tinggalkan surat2 lama kat kampung, balik dah kena makan anai-anai.

Fazleen,
tak mahu la publish. Nanti you rasa rendah diri bila lihat mereka. ahak!

Gunx,
Sabree boleh jadi Info Minister yg lebih baik kalau dia buat sequel Debat 2 pula.

Famia,
God! Help me!

Tasik,
Dulu memang ada 3-4 album tapi Tok dah bakar. Hapuskan bukti.

Naga,
Lupakan je. Jangan kau nak sambung-sambung. Pasti dah lebar macam mak dia. Cari yang baru. Jadi lagenda dude.

Amiene,
Rampas remote tu dari anak kau. Jgn biarkan dia control hidup kau.

Danielle_Corleone berkata...

gua respek la tok. kenangan kan. :-). tapi kan tok, gua tgk cinta mmg jarang ikhlas kan, sbb kita beri cinta dan kita mesti harapkan pulangan yang sama. btul x? ada tak org bercinta dier hanya memberi tapi tak kisah menerima balasan atau tak? hmm

BuRuuj berkata...

hahahaha...malu-malu rimau.

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

baru 3..boleh fight lagi ni..gua dah 2 pun setakat umur nak 25 ni..

azie berkata...

ahaha..gilak tu kalau mamamon jumpe,ahaha

yusrihashim berkata...

gua punya lak..berbunyi.."pecah kaca pecah gelas..." lu pun tau apa sambungan dia...hahahaa

A t i Q a h berkata...

Dan tak mustahil juga kalau tok letak gambar kat entri ni jadi,"Oh. Thats me!"

leez berkata...

hahahaha..saya nak tanya satu soalan, untuk zaman masa tok ni(secara general aje)..kenapa kebanyakkan lelaki kalau dah kasi gambar, bila break-off, gambar mesti mintak balik?...

Yana Ismail berkata...

Itulah kenangan, kadang2 manis dan kadang2 pahit untuk dikenang:p
Sakit jiwa juga melihat surat2 dan kad2 dahulu kala:P ha ha ha. Nak buang atau bakar,itu kenangan. Simpan sahaja.

P.S. :Cinta tak semestinya bersatu:)

Tanpa Nama berkata...

dasar lelaki buaya. haha.. aku punyer dah bakar dah.

Pa'chik berkata...

tok, aku nak jawab sualan leez tu buleh???

pasal nak kasik kat orang lain pulak gambar-gambar tuh... hahah...

hEr namE is diEla berkata...

wo wo wo.....
banyaknya koleksi pompuan..

Chika Chika berkata...

hahahahahah.
*rolling on the floor*

kalau thats my mom tak pe tok. Kalau 'omg! that's me!'

ha...sudahhhh

sinaganaga berkata...

Mau,
Jadi lagenda tu lu sorang 'ja. Biar gua jadi 'the great' 'ja, cukup. *ahaks*

harhtan berkata...

Tok..simpan lagi yer gambar2 lama tu.. org rumah tau ker..hehe

leez berkata...

maaf, tumpang lalu ya tok,

pa'chik, buruk siku.

Unknown berkata...

glemer la tok zaman muda..ramai peminat :))

Tanpa Nama berkata...

huh.. ramai gak gadis-gadis sunti yang pernah bertakhta di hati tok ek... hehehe...

DeeN berkata...

Huh!
Don Juan!
Jangan pandang belakang lama-lama!

Pegawai Khalwat berkata...

Aku setuju bab seni yang menghilang tu.

Lepas ni kilang album gambar kena pikir cara nak survive.

Semua orang dah mula simpan gambar dalam facebook atau henpon.

Unknown berkata...

terkenang zaman 4u2c. Gantung CD buat loket. Kami rappers yo! muahahaha

Tok Rimau berkata...

Mamu,
Itu zaman gila. Tengah hari buta pakai baju hujan. Apa barang?

Pegawai,
Dalam alam digital, gambar yg diberi tak luak sebab kita copy + paste.

Deen,
Cerita lama. Sekarang dah tua. Tak ada orang nak dah. Free pun orang tak amik.

Luccadjiwa,
Dulu. Sekarang saham dah jatuh. Merundum.

Rose,
Zaman tu dah habis. Tinggal kenangan.

Leez,
Sebab lain perlu dipulangkan kerana takut kena bomohkan dgn gambar tu.

Harhtan,
Awek yang ngorat tok lebih cun dari gambar2 tu. Tak terkesan dia.

Naga,
If I stand tall, I stand on the shoulder of a giant. You are the giant. The great naga. The great sifu.

Chika,
Takut juga yg kata, "nyesal aku tinggalkan mamat ni. sekarang dah pop macam popia dah dia."

Diela,
Maklumlah, orang pemurah dengan cinta.

paachik,
Dari dulu dah kita amalkan recycle and reuse.

penyu,
tak baik buat pembakaran terbuka.

liyana,
hantar arkib buat barang sejarah.

atiqah,
nanti tok upkan gambar kita sebagai gambar hiasan.

tikus,
Cukup-cukup la tu. jgn berdendam lama sangat. buka la hati mu.

azie,
Mamamon cool. kan mamamon? kan?

Pipi,
Lu mmg the man. Lu bakal legend. No doubt. Gua pun cemburu sama lu.

Buruj,
Malu itu sebahagian dari iman. kan?

Dan,
Cinta tanpa minta balasan namanya syok sendiri.

Aqil Dot Com berkata...

buaya yang menjadi rimau.....

ayobkelubi berkata...

tersembur neslo gua baca statement tok.

hahaha

nak lupakan macam mana,asal jumpa jek soh kim salam kat tok.bikin hati panasssssss ajeee...

cikgooden berkata...

no..tok..
the kids said.."oh..no..that may grand mom!..."...
kah..kah..kah..
salam ziarah tok. (jangan cakar..)

dugongsenyum berkata...

Aku pun ada gambar2 bertulis belakang, "buat sahabatku..."


Jadilah.... hahaha

Amiene Rev berkata...

Bagaimana dengan imaginasi seram? Di blog saya hari ini ada cerita seram tetapi tidak tahu dapat menyeramkan Tok Rimau atau pun tidak.

Yana Ismail berkata...

Percayalah, engkau sentiasa di hatiku:)

Cinta kita tidak mungkin akan pudar. Selamanya:)

Sayang, kenang daku dalam doa mu:)

uhuhu:P

jasnita berkata...

Bro, tidak2nya hang ada lagi gambar2 tu. Aku punya lama dah kena trash bini aku, kecuali 1,2 yang dia tak teringat nak cari. Kah-kah-kah.....
Aku rasa kita ni lebih kurang sebaya, aku kat Fresno dulu lepas tu ke Ann Arbor.

Take care, bro. Enjoyed reading your entries.

suara berkata...

Dah sembuh demam ke tok? Ya lah... kalau ketawa itu ubat... rasanya Tok dah ketawa sakan kan? hehe

Tok Rimau berkata...

Jasnita,
Dia kata, mereka mungkin miliki gambar aku, tapi dia berjaya miliki hati aku. Ha ha ha.

Liyana.
Uhu hu. Menggoda sekali.

Amiene,
Tok takut hantu.

Dugong,
Padai silat pun belum tentu awek suka,

Cikgudeen,
Mungkin 10 tahun lagi, skandal dgn grandma pulak.

Ayob,
apa salahnya salam. ucapan doa sejahtera tu. Lain la kalau tambah salam rindu dendam. Itu masalah.

Aqil,
Kumbang bukan seekor. Buaya dan rimau juga begitu.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Dulu-dulu tak apa. Bujang. Sekarang, jangan.... He he he!

Tok Rimau berkata...

Black,
Jangan lagi black. Nanti marah mak andeh.

Ryehanna berkata...

Haha...zaman sekarang ni dah takde dah benda gini...especially tulis2 ayat g-wang kat blakang gambar...tp dulu2 la best kan.kenangan tu...ahaks!

heheh...
btw,1st time dtg cni.nice blog!tapi xde shoutbox laaa

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...