Selasa, Julai 01, 2008

TOK PIN DAN KERAJAAN LAUT 2

EXT. DAY. KAPAL DIRAJA PENDEKAR
Bam! Peluru meluru masuk ke dada Tok Pin. Darah tersembur. Tok Pin memandang ke arah lukanya. Tok Pin memandang ke arah penembaknya. Dia tersengih dan memberi isyarat bagus dengan ibu jari. Mata hitamnya naik ke atas bersembunyi di bawah kelopak. Tok Pin hilang imbangan badan. Dia jatuh dari aras 30 kaki dari permukaan laut. Splash!

Semua anak kapal meluru melihat ke arah laut. Sirip-sirip yu meluru ke arah tempat Tok Pin jatuh. Air laut menjadi merah. Anak kapal memandang sesama sendiri.

EXT. DAY. PERAIRAN SELAT MELAKA. LAUT TENANG.
Buih-buih timbul ke permukaan laut. Beberapa saat kemudian, timbul pula pelampung saiz kanak-kanak dengan gambar ikan lumba-lumba. Beberapa saat kemudian, timbul satu susuk lembaga tepat di tengah pelampung. Tidak syak lagi, lembaga itu adalah Tok Pin. Dia mengayuh perlahan membelah laut yang luas.

EXT. DAY. PANTAI TELUK KEMANG.
Orang ramai yang berkelah di Teluk Kemang berkerumun di tepi pantai. Ada sesuatu yang menarik perhatian mereka. Seorang tua yang terdampar tercungap-cungap dengan pelampung kempis di dada. Tok Pin seolah-olah perenang yang baru sahaja menyeberang dari Pulau Sumatera ke Semenanjung Tanah Melayu.

Tok Pin bangun dengan tangan kanannya menekup luka tertembak. Dia tersengih melihat orang keliling. Kemudian dia berkata, "Kalian mahu bini lagi?"

Fade to black.

.....................
Nota:
Walaupun ada turutan angka, aku tidak menulis secara linear. Dan, aku bukan Shymalan.

13 ulasan:

Yana Ismail berkata...

Wah wah, keluar2 je dari pantai Teluk Kemang je tanya pasal "bini"? Kenapa dengan Tok Pin tu?ha ha ha:p

Sir Mute Key Chicks berkata...

"kalian mahu bini lagi?"

nak.nak.atok ader spare berapa? haha

tasekM berkata...

ada sape2 yg boleh tembak tok pin tu 2, 3 das lagi?

rudy bluehikari berkata...

tasik, xyah tembak tp kita bom nuklear terus. ekekek

BuRuuj berkata...

tok pin tanye nk bini lagi ke tak sbb dia jumpe ikan duyung ke? ahaks=)

Kaktiny berkata...

ni kalau symalan baca.. nangis dia.. sbb ada org lagio terror dari dia..

dugongsenyum berkata...

tak.

rasso berkata...

Wa nak... Tok Pin nak offer berapa?

DeeN berkata...

Maybe dia dah terlebih kuota. Tak mo tamak2. Makanya di offer pada sapa yg nak. hah! Sapa nak?

[Tok pin tuh memang layak dikecaikan dgn sifor] eekekeee!!

A t i Q a h berkata...

Whoa! Tok Pin kebal! Dan bebal. Wakakakaka.

Tok Rimau berkata...

Liyana,
Tok Pin akan menyelamatkan bumi.

Semut,
Tok Pin supplier.

tasik,
Tok Pin kebal.

rudy,
tak environment frenly.

burujj,
kau amat memahami Tok Pin.

kak tin,
i nak tengok happening.

dugong,
ko mmg tak mampu.

deen,
c4 C5 C^ tak guna. Tok pin kebal.

rasso,
amik 5, free 2.

atiqah,
tok pin sumpah hang.

husni,
Yu tu Tok Pin buat lauk.

artisticklytouch berkata...

hmmm...tok pin tuh..hmmm...main basketball tak ha ha apa jadi dengan tentera yang muncul dari dasar laut dalam siri 1?

sinaganaga berkata...

Atau kau bukan 'mamat yang paling kanan' tu - yang bercakap pasal Film theory tu. Ha ha.

COSTOCHONDRITIS

 Masa aku sudah sampai. Mungkin malaikat maut sudah memberi salam.  Saat aku mengalami sakit dada, fikiran aku langsung melayang pada serang...