Khamis, Oktober 23, 2008

CERTOT CINTA KERA 2

Ida perlu menunggu 27 tahun untuk mendengar pengakuan dari aku. Pengakuan itu merungkai misteri yang tersimpul lama. Sebenarnya, tidak misteri sangat pun. Masing-masing sudah tahu apa yang terbuku di hati dulu lagi. Cuma, kata-kata itu tidak pernah terungkap. Tiada yang berani memulakan.

"Awak sepatutnya luahkan dulu lagi. Saya perempuan, takkan saya nak mula dulu," kata Ida.

Dalam masa 27 tahun macam-macam berlaku. Perempuan datang. Perempuan pergi. Hati terluka. Hati meluka. Cinta-cinta bertunas dan kemudiannya mati diinjak-injak. Aku kira pengalaman dia juga sama. Sehinggalah masing-masing ketemu jodohnya.

"Awak menyesal?"

"Tidak."

"Kenapa?"

"Andai kata kita meluahkan perasaan masing-masing dulu, kemungkinan besar kita akan berpacaran dan kemudian ada yang terluka."

"Ya. Betul kata awak. Lebih baik perasaan yang naive itu tidak ternoda. Kita simpan sahaja bawa mati."

Kemudiannya kami berbasa basi bertanya khabar. Bertanya tentang kerja. Tentang kesihatan. Tentang ibubapa. Dan kadang-kadang ketawa kepada peristiwa lucu dulu bagaimana perasaan itu pernah diterjemahkan kepada perbuatan-perbuatan kecil yang tidak jelas. Kami dua orang yang kalah menulis sejarah seadil mungkin.

"Kirim salam kepada hubby awak."

"Kirim salam kepada wife awak."

Kami pun mengorak langkah pulang ke arah yang bertentangan. Yang jatuh hati dulu adalah kami yang remaja ketika darah masih panas. Bukan kami yang sekarang ini.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Certot Cinta Kera 1

13 ulasan:

azie berkata...

dramatik

boleh bikin short film

u buat ai terkenang chenta lama:-P

rasso berkata...

kalau azie terkenang...

ai pung... alahai~

BuRuuj berkata...

tok, biasalah..puppy love. tp itulah kenangan yg boleh membuat kita tersenyum..;)

Unknown berkata...

kenangan mengusik jiwa

Kemat berkata...

cinta tak semestinya bersatu

Abdullah Mohd Nawi berkata...

true... true..

BuRuuj berkata...

tok,
seganlah nak bukak blog tok...raser cam tok tgh tenung sy.
har...har...har...

Nida Shaari berkata...

Kalau. Saya tak berpisah dengan dia dulu. Mungkin saya tak seperti saya sekarang.

Sekarang. Saya adalah saya selepas tahun 2004.

dugongsenyum berkata...

Kalau dia tak reject aku dulu mungkin sekarang aku dah jadi laki dia dengan anak lebih kurang 10 orang. Nasib baik dia reject aku, bolehlah aku luangkan masa belajar ke universiti Hahaha

tasekM berkata...

rata-rata merasi perkara sama.... kenapa ye?




.

Tanpa Nama berkata...

cinta yang sempurna tak semestinya bersatu, tetapi mungkin sekadar untuk dikenang..

Unknown berkata...

hahaha...masing dah ada satu...lawala tok template baru nie...hahahaselesa

Yana Ismail berkata...

cinta, tidak semestinya bersatu..

tiada jodoh. mungkin.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...