Rabu, November 12, 2008

BACALAH

Aku mahu akademik sikit hari ini.

Dalam kelas bacaan, sering kali guru bertanya, "Apa yang cuba disampaikan oleh penulis?" Dan bersegeralah murid-murid yang bijak cuba berfikir seperti Usman Awang atau A. Samad Said. dalam kelas literature pula mereka cuba memakai selipar Charles Dickens atau Shakespeare. Apakah yang difikirkan oleh sasterawan itu? Semua tidak mahu menjawab dengan salah. Semua tidak mahu kalah.

Jika kita membaca bukan kerana peperiksaan, nikmat pembacaan itu datang dari bagaimana kita membina makna berdasarkan pengalaman, jasmani, emosi, rohani dan intelek ketika bacaan. Malah, jika kita mengulang baca sesuatu teks, kita akan merasa nikmat yang lain dari bacaan pertama kerana pengalaman, jasmani, emosi, rohani dan intelek sentiasa berubah.

Kalau seni itu penting kerana ia memberi makna kepada hidup seseorang pembaca, maka perlulah seni itu juga dilihat dari pengalaman pembaca. Soalan penting yang patut juga ditanya oleh guru adalah, "Apa yang kamu fikirkan apabila membaca tulisan ini?" Jika murid-murid itu sudah membaca dan mereka menjawab ikhlas, tentu pelbagai jawapan yang timbul. Dan tiada satu pun jawapan yang salah.

Apa yang kamu fikirkan apabila membaca tulisan ini?





LAWATAN SAMBIL BELAJAR
In 2005, Everett published a paper about the Pirahã that rocked the foundations of universal grammar. Chomsky had recently refined his theory to argue that recursion - the linguistic practice of inserting phrases inside others - was the cornerstone of all languages. (An example of recursion is extending the sentence "Daniel Everett talked about the story of his life" to read, "Daniel Everett flew to London and talked about the story of his life".) Everett argued that he could find no evidence of recursion in Pirahã. This was deeply troubling for Chomsky's theory. If the Pirahã didn't use recursion, then how could it be a fundamental part of a universal grammar embedded in our genes? And if the Pirahã didn't use recursion, then is their language - and, by implication, other languages - determined not by biology but by culture?
~The Guardian

5 ulasan:

Unknown berkata...

membaca memang sesuatu yg bagus, kita kerap membaca, dan kita suka kepada details, tapi apa yg di ingat oleh kita ialah secara kasar. (selalunya)

(maybe i am over generalizing here)

tetapi kalau apa yg dibaca akan dilupai, apakah sebab utk membaca?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

membaca atas satu dasar yang amat penting...

membaca untuk keseronokkan tanpa mengira apa sahaja yang di baca.

akademik, fiksyen, sastera dan sebagainya...genre bukan satu penghalang...

P/S: Dah habis baca Romlah seminggu yang lalu~

addyaholix berkata...

aku masih baca ROMLAH.
betul-betul buat aku ghairah.

ghairah membaca !

Abdullah Mohd Nawi berkata...

Deep thoughts bro...

spyz berkata...

Baca sbb nak tahu(curiosity), InsyaAllah ingat..

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...