Isnin, November 24, 2008

JARI-JARI KU SAKIT SEMUA

Entah berapa lama, kasut sukan Kenchana tidak jumpa matahari, entah la. Minggu ini baru la Kenchana bawa kasut itu jalan-jalan. Lari-lari. Lari-lari anak. Lari-lari ibu. Akibatnya, bila Kenchana duduk dia pegang pinggang. Aduh katanya. Bila Kenchana bangkit dia pegang pinggang. Aduh katanya lagi.

"Apa la you ni. Muda-muda dah mengeluh macam nenek kebayan."

"Badan I sakit-sakit semua. Hati je yang tak sakit."

Kenchana pun berangkat pulang. Selalu dia jalan lenggang-lenggang catwalk. Petang ni kengkang-kengkang sikit. Apakan daya. Senyuman aku hanya boleh merawat hati, tidak boleh merawat otot-otot luka. Alahai!

6 ulasan:

sinaganaga berkata...

Tak apalah, Mau. Kalau suka - kita pendamkan saja. HAK HAK HAK! You know me la kan, ha ha.

BuRuuj berkata...

alahai....kesiannya. Awat tok lari laju sangat. kesian dia. Kata lari sama2?

DeeN berkata...

Er..

Tok Rimau berkata...

Ge,
Pendam jadi perkasam.

Buruj,
Manusia itu sentiasa dalam pelarian mengejar bayangan.

Rajuna berkata...

rumah terbakar nampak asap tok.
hati terbakar siapa yang tahu?-karam singh walia

addyaholix berkata...

tapi senyum jugak boleh buat hati yang keruh kembali berbunga tok!

COSTOCHONDRITIS

 Masa aku sudah sampai. Mungkin malaikat maut sudah memberi salam.  Saat aku mengalami sakit dada, fikiran aku langsung melayang pada serang...