Ahad, November 29, 2009

RUAS

Kami, mangsa seni Johor melancarkan RUAS (Ruang Seni) pada 28 Nov 2009. Bentuknya macam talkshow, kombinasi format David Letterman dan Inside The Actor's Studio . Oleh kerana ruang yang terhad, kami tidak uar-uar majlis secara besar-besaran. Takut ramai dan tak muat tempat.

 
Foto oleh Reza Mohamed: Hadirin-hadirin bergambar dengan karipap Mak Jimbo.

Selain dari nama-nama dalam poster, temubual dengan Syed Sireh Cengkeh, Jimbo Pohon Minda dan Azrafe Zaky Komplot juga dimuatkan.



Stop being inspired, start doing it!

Khamis, November 26, 2009

RARE: TIKET-TIKET KONSERT YANG PERNAH AKU PERGI


Pentas Muzikarama Shah Alam '88. Headwind. $3.00
Tiket ini membolehkan anda mendapat tawaran istimewa untuk sattu hidangan Sate Ria di Pesta SAIF '88 sahaja.


Produced by Stone City Attractions. U. T. El Paso Presents Scorpions. 1991. $17.50


Konsert Diraja Hetty Koes Endang. UUM Sintok. Masuk Seorang Sahaja. $20


Konsert Lagenda. Tapak Ekspo. Jalan Teluk Wan Jah. Alor Setar. '91 $3.00. Penganjur: Roslan Aziz Productions bersama Lux.


Salem. Konsert Zainal. $25. 1992. Stadium Tertutup MPJB, Johor Bahru.

Selasa, November 24, 2009

BERCAKAP DENGAN GURU




Untuk edisi siasat blog Pukul Berapa Datuk Harimau, kita telah menculik Cikgu Ros ketika dia dalam perjalanan ke Sekolah Berasrama Penuh Sarkas Sudah Jinak. Kita tanya soalan-soalan cepuemas dan kita lihat sama ada dia cemas atau tidak ketika menjawab soalan:

1. Apakah kelebihan mengajar di SBP?


Kelebihan mengajar di SBP? Banyak, yang paling nyata ialah para pelajar terdiri dari pelajar yang cemerlang semasa UPSR ataupun PMR. Jadi guru lebih bertindak sebagai fasilitator dan pembimbing kepada pelajar. Pelajar memang dah sedia ada keinginan untuk belajar serta berpotensi besar. Jadi lebih mudah mengajar mereka kerana senang cerita, mereka ni memang pelajar yang pandai.

Selain itu, di SBP, masalah disiplin tak terlalu banyak. Ada, tetapi mungkin tak terlalu teruk. Kalau ada pun, segelintir saja yang terlibat. Guru banyak masa untuk mengajar berbanding membuang masa untuk mengejar pelajar yang ponteng seperti di kebanyakkan sekolah harian. Dan matlamat guru mengajar ialah untuk memastikan pelajar mendapat semua A untuk subjek, bukan sekadar lulus.

Tapi cabaran pun banyak, sebab kadang-kadang pelajar suka menguji guru-guru dengan pelbagai soalan yang kadang-kadang mereka sendiri tahu jawapannya. Maka adalah perlu untuk para guru melengkapkan dan menambahkan ilmu sebagai persiapan menghadapi situasi sebegini.




2. Adakah guru-guru SBP ditapis ketat macam tapisan pelajarnya?


Ha ha ha. Yang itu tidak pasti, tetapi setiap guru yang dihantar ke sekolah, baik sekolah harian mahupun sekolah SBP telah disaring dengan teliti oleh pihak kementerian.




3. A total of 48,171 obtained all A’s in 2009 compared to 46,641 in 2008. Agak-agaknya cukup ke tempat dalamSBP ( Sekolah Berasrama Penuh) nanti?


Tak cukup. Penilaian bukan dibuat sekadar berdasarkan keputusan UPSR, tapi penglibatan aktif dalam kokurikulum diambil kira. Bukan sekadar perlu memegang jawatan penting di sekolah, tetapi perlu ada penglibatan seperti mewakili sekurang-kurangnya negeri ataupun di peringkat antarabangsa. Kalau setakat wakil rumah, sendiri-sendiri fahamlah,hi hi hi.



4. Pelajar yang dapat 4A 1B dan yang lain-lain, apakah peluang mereka ke SBP?


Senang cerita, sangat susah la untuk masuk ke SBP, melainkan ada orang dalam yang boleh membantu. Ini kerana pelajar yang dapat 5A pun tak semua ke SBP,apatah lagi yang keputusannya kurang dari 5A


5. Ada perbezaan ke belajar di SBP berbanding MRSM?


Secara amnya, mungkin tidak banyak perbezaan kerana dua-dua merupakan asrama penuh. Yang membezakan mungkin dari aspek pengurusan MRSM yang berada di bawah MARA manakala SBP di bawah unit Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, iaitu di bawah KPM. Guru -guru yang berkhidmat di bawah MRSM juga dipilih sendiri oleh pihak MARA berbanding SBP yang dipilih oleh KPM, sama seperti sekolah harian yang lain.



6. Secara idealnya, siapakah yang cikgu rasa patut diutamakan untuk ke SBP?

Pelajar cemerlang yang berasal dari luar bandar. Ini adalah kerana mereka tidak mempunyai peluang seperti pelajar cemerlang di bandar yang mempunyai akses kepada pelbagai kemudahan pendidikan. Jika pelajar-pelajar cemerlang seperti mereka tidak diberi peluang sewajarnya, maka kecemerlangan mereka mungkin tidak dapat diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi lagi. SBP mengadakan ratio 70% kuota untuk pelajar luar bandar dan selebihnya untuk pelajar bandar bagi penempatan di SBP.


7. Apa nasihat cikgu kepada pelajar-pelajar yang gagal masuk sekolah berasrama?

Jangan putus asa kerana terdapat pilihan lain seperti memohon di 'sekolah kawalan' yang terdapat di tempat anda. 'Sekolah Kawalan' merupakan sekolah yang hanya menerima pelajar tahun 6 yang mendapat 5A dalam UPSR untuk memasuki tingkatan 1 dan 8 atau 9A untuk kemasukan ke tingkatan 4. Walaupun mungkin bukan sekolah berasrama penuh, sekolah -sekolah kawalan ini masih berupaya bersaing dan mencapai keputusan cemerlang seperti SBP yang lain. Jika masih gagal ditempatkan di sekolah kawalan, teruskan kecemerlangan anda di sekolah harian lain kerana statistik membuktikan pelajar sekolah harian juga masih mampu mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam seperti SPM.

......
Mmmm... jawapan skema. Tak sensasi langsung. Tak melariskan blog ini langsung. Lain kali kita tanya Cikgu Ros pasal kehidupannya sebagai gadis hot dari kota besar yang berkerja di desa terpencil yang tidak ada panggung wayang. Apakah persaan hidup sebagai ros di kalangan duri-duri? Adakah sosiopolitik kedai kopi kampung berubah dengan kehadirannya? Adakah dia berjaya masuk ranking Gadis Melayu Terlaris  luar bandar? Dapatkah dia mengalahkan Nona Atirah yang berkerja sebagai jururawat di klinik desa? Dan banyak lagi. Kita tungguuuuuuu!

Jumaat, November 20, 2009

MASKARA18



Maskara Terakhir Untuk 2009 dari Sindiket Soljah (klik gambar untuk saiz ekonomi)

Khamis, November 19, 2009

ANAK KECIL MAIN API

Dulu orang nak mohon masuk MRSM susah. Beratur panjang minta borang, tiba-tiba borang habis.

Sekarang, memohon masuk MRSM sudah canggih. Mula-mula fotokopi surat beranak budak dan slip keputusan UPSR dia. Jumpa mana-mana pegawai kerajaan dan minta sahkan benar. Masa ni la pegawai boleh buat duit kopi (kalau jahat la).

Hantar dokumen yang telah dicop ke pejabat MARA. Pegawai MARA akan masukkan maklumat ke dalam talian.

Mmmm... belum habis lagi. Beliau kemudian akan cetak password untuk anda. Anda pergi mana-mana cybercafe, masuk ke laman web MARA untuk isi borang online. Tekan submit

Mmmm... belum habis lagi.  Cetak borang itu. Rasanya, masukkan mana-mana lagi dokumen lain yang dipinta. Pastikan disahkan juga. Masa ni la pegawai boleh buat duit kopi (kalau jahat la. Macam deja vu la ayat ni.). Akhir sekali pos ke alamat yang diarahkan guna pejabat pos.

Baru selesai. Canggih tak? Angguk cepat. Kalau kau tak mahu angguk dengan red-tape ni, daftar je budak tu ke pesantren.

Selasa, November 17, 2009

MEMBUKA BLOG KE 10


Aku buka satu blog lagi dengan nama dotREC. Blog ini khas kumpul video-video dokumentari yang aku shoot. Aku letak video kat Youtube dan tarik masuk ke dotREC blog. Dot membawa maksud titik. Dan REC adalah singkatan kepada "recording." Jika video sedang shoot ada simbol dotREC atas viewfinder camera. Sudi-sudilah mampir ke dotREC.

Bercerita tentang video, satu perkara yang menarik adalah talk show ad hoc bidan terjun yang Syed Syahrul Sireh dan Cengkeh bikin di #barcampmelaka. Hari tu 24 jam aku tak tidur, kepala pun mamai. Entah apa-apa la aku kelentong. Ha! Ha! Ha! If you fail to plan, you plan to fail adalah satu mitos. Saksikan. Tonton di Sireh dan Cengkeh.

Isnin, November 16, 2009

TUGASAN UNTUK HARI INI


dirty little MINI
Originally uploaded by sevenworlds16.

Panas sekejap-sekejap sahaja. Habuk lebih senang lekat atas kereta. Orang nak basuh pun tak berbaloi kerana musim hujan makin menjadi-jadi. Panas sekejap-sekejap sahaja. Habuk lebih senang lekat atas kereta.

Apa ni? Menulis dalam gaya loop.

Tugas anda hari ini adalah:
Gunakan jari dan tulis perkataan comel atas kereta kawan anda, Pilih satu:-
a) "Basuh saya doh."
b) "Biar kereta kotor, Hati jangan."
c) "Tuan kereta jimat air."
d) "Baru pulang dari perang"
e) "tokrimau.blogspot.com"
f) "4 Good Time, call 1-600-2349876"
g) "tak bayar installment 3 bulan"

Jangan tulis: "Sarkas sudah jinak." Itu dah ada "kawan baik" tulis atas kereta aku. Masa untuk dendam.

Jumaat, November 13, 2009

OLD BOYS



Bila kau dah baya aku, kat kenduri kahwin dah tak rewang-rewang lagi. Lepak je. Sekejap-sekejap nanti orang hantar bahulu, kerepek dan refill kopi. Sambil-sambil tu layan gudang garam on the house. Layan la wak-wak ngombrol.

"Kalau kau pergi pasar, kau tak boleh beli pisang sebarangan. Pisang keling, keling punya. Pisang raja, raja punya, Pisang tanduk, kerbau punya," ngomong Pak Long.

"Pisang apa yang kita punya?"

"Pisang awak, awak punya la. Ha! Ha! Ha!"

Terkena aku. Nak balas tak boleh sebab aku wak yang paling muda. Tak sopan nanti lawan orang-orang tua. Aku diam je. Sedut hela gudang garam panjang-panjang. Biar paru-paru penuh.

SENARAI SEMAK



Esok gua nak gi Melaka untuk cipta sejarah di bandaraya bersejarah tu. Gua nak buat show kat Barcamp Melaka. Gua akan kembara dengan Syed Syahrul dari Sireh Cengkih. Dia pun perform juga. Tidur tak tahu kat mana lagi. Selagi ada langit sebagai bumbung, bumi sebagai lantai, kami okay-okay sahaja.

Ini senarai barang gua bawak:

1. Handycam + DV Tape + Tripod. Ingat nak buat road movie satu.
2. Laptop + DVD Kiri + DVD The making + PPT presentation
3. Sleeping bag. Badan gua dengan simen memang tak serasi.
4. Jeans yang beli kat bundle + Tee yang ada statement. Kami rockstar Jay Bee. Kena jaga imej.
5. Sepasang persalinan spare. Just in case. Spender 3 helai.
6. Berus  gigi + ubat gigi, bedak baby jonson. Kulit gua cam baby. Kena jaga.
7. Poket penuh doa.

Okay. Cukup kot.

p.s.
Apasal penulisan gua berbaur gaya Pipiyapong ni? Pengaruh rakan sebaya kot.

Khamis, November 12, 2009

TERLAJAK KATA

Selalu kita dengar pengerusi majlis berkata, "Kita jemput tuan guru besar untuk menyampaikan sepatah dua kata." Bagus sangat la tu. Pepatah orang Russia ada berkata, "Tali yang yang berguna adalah tali yang panjang, kata-kata yang berguna pula, kata-kata yang pendek."

Di sebuah sekolah, di hari penyampaian hadiah, seorang guru besar mula berucap, "Izinkan saya berucap panjang..." Terus aku angkat kaki.

Isnin, November 09, 2009

SONATA MUSIM HUJAN



ACT 1

Ext. Luar stadium.
Kereta bersusun-susun. Manusia bergerak menuju stadium. Ada yang berbaju kuning. Dan ada yang berbaju merah. Tapi lebih ramai berjersey merah.

Ext. Luar pintu stadium.
Tiga orang penyokong pasukan merah sedang berbincang. Peminat fanatik dengan muka bercat merah.
Penyokong Merah 1: Tak boleh masuk. Habih. Takde tiket.
Penyokong Merah 2: Kita rempuh je.
Penyokong Merah 1: Mampuh kena pukul FRU nanti.

Tiba-tiba suara dari tepi.
Jinggo: Awang-awang semua ada masalah?

Penyokong Merah melihat ke tepi. Jinggo berdiri bebaju biru. Dengan jaket hitam.

Penyokong Merah 1: Mu sapo?
Jinggo: Sabar. Gua ada tiket. RM100? Mahu?
Penyokong Merah 3: Fuh! Jual tiket gelap. Nate mu. Patut tiket habih.
Jinggo: Mahu tak mahu? Game nak mula tu.

Kumpulan Penyokong Merah pegun tidak boleh buat keputusan. Jinggo mula bergerak meninggalkan mereka.

Penyokong Merah 1: Nanti. Ambo amik. (Mengeluarkan dompet)


ACT 2
Ext. Kawasan letak kereta.
Gelap. Rintik-rintik hujan mula gugur. Kedengaran gendang-gendang sorak di latar datang dari stadium. Jinggo berlari dengan meletak buku sajak Salon Eksotikata atas kepala. Dia berkira-kira untuk berlari ke arah keretanya di padang letak kereta.

Jinggo: Sial!

Kereta Kancil Jinggo terkepung dengan kereta penyokong-penyokong yang double park. Hujan semakin lebat. Jinggo berkira-kira mahu lari berteduh di stadium.

Honk! Honk!

Sebuah kereta Proton Saga berwarna merah memberi hon. Lampu flash sekali. Pemandunya memberi isyarat untuk Jinggo masuk. Dia masuk.

INT. Dalam kereta Proton Saga Merah.
Pemandu wanita. Kurus macam model. Hitam manis orangnya. Memakai jersey pasukan Merah.

Safiah: Teduh dulu sini. Bukan boleh ke mana pun. Duduk sahaja dalam kereta. Temankan I.
Jinggo: Apasal tak masuk stadium?
Safiah: Hujan. Demam nanti. Lagipun mekap I luntur nanti.
Jinggo: Oh.
Safiah: You?
Jinggo: Masa Dunhill taja permainan tengok la. Kemudian, bila terbongkar judi juga taja permainan dah tak minat bola. Jual tiket je.
Safiah: Itu salah dari sisi undang-undang.
Jinggo: Dalam industri bola Malaysia ni, lagi banyak kesalahan besar yang mereka lakukan. Jual tiket ni kecil-kecilan je. Nak hidup.

Hujan semakin lebat. Hampir tidak nampak apa-apa atas kaca  windscreen. Safiah meminta lihat buku di tangan Jinggo.

Safiah: Salon Eksotikata.
Jingga: Buku sajak.
Safiah: Bagus ke?

Safiah mencapai buku dari tangan Jinggo.

Jinggo: Biasa-biasa sahaja.

Safiah membuka buku. Lantas dia membaca satu sajak.

Safiah: andai runtuh pagar ilusi/ dan kuluah segala isi/ apa pula jawabmu nanti?/ kita sehati?/ atau aku bertepuk sendiri?/

Safiah berhenti. Dia merenung mata Jinggo. Jinggo pun membalas renungan. Bayangan air yang mengalir di kaca kereta jatuh atas wajah mereka. Jinggo tersenyum.

Ext. Tempat letak kereta. Hujan melebat.
Kereta-kereta bersusun. Voice over suara watak sedang bersajak.

Safiah: Lust oleh yang mimi morticia.  Di malam malam dingin sebelumnya, sama seperti malam ini- ingatan tentang bibirmu di situ...
Jinggo:...tanganku ditengkuk mu
Safiah: ... tahi lalat mu yang di sebelah kiri itu
Jinggo: ...parut kecil di ubun ubun mu...
Safiah:... dan

Sorak sorai dari stadium menenggelamkan kata-kata mereka.

ACT 3
Ext. Lecak air. Rintik-rintik air atas lecak. Hujan gerimis atas cahaya lampu. awan hitam berarak. sipi-sipi wajah bulan terang di langit. Titik-titik air atas body kereta. Bendera yang lencun.

Ext. Peminat Merah 1, 2 dan 3 bergerak di celah-celah kereta. Mereka basah. Muka marah. Muka hampa. Muka macam sial.
Penyokong Merah 1: Kalau ambo tahu. Ambo tokse datang.
Penyokong Merah 2: Baik gi tengok wayang.
Penyokong Merah 3: Buat perabih pitih je.

Mereka berhenti di depan proton Saga merah.

INT. Dalam kereta Proton Saga Merah.
Jinggo melihat kelibat lembaga berbaju merah di kaca tingkap. Dia menoleh sebelah kiri,  juga ada kelibat lembaga berbaju merah. Dia melihat muka Safiah. Muka Safiah cemas. Sebelah kiri dan kanan ada orang menjenguk ke dalam. Penyokong merah 1 mengetuk kaca tingkap dari luar. 

Safiah: Boyfriend I.
Jinggo: ...



Fade to black. End Credit.

Rabu, November 04, 2009

THE MAKING OF MASKARA SHORTIES 2


Rajah 1: Azzam (Topi Baseball) dan Naga (Topi Sami) sedang memagar kolam ikan air tawar di laman Rumah Pena agar tidak ada pengunjung yang mati lemas.

Sesampainya di Rumah Pena pada petang itu, semua Sol-jah mendongak ke langit. Bakal hujan ni. Semua Sol-jah kata kalau kita lambung spender ke atas bumbung, kita boleh alih mendung di langit ke lokasi lain. Mungkin ke Seremban. Tetapi tak seorang pun mahu tanggal spender mereka. Kata-kata tinggal kata-kata.



Rajah 2: Spyz menunjukkan kemahiran menyapu walaupun kat rumah sendiri dia agak malas.

Lepas Asar, Sol-jah mula menyusun kerusi di laman Rumah Pena. 30 minit kemudian rintik-rintik hujan dipanggil graviti. Kelam kabut Sol-jah bawa semula kerusi untuk berteduh. Bila kaki langit mula menguning dan menjingga, hujan pun berhenti. Sol-jah susun semula kerusi di laman. Tetapi kepala masih lagi mendongak ke langit. Awan kelabu masih berarak.


Rajah 3: Kawan-kawan yang kita suka menjampi tanah dengan tempurung kelapa sebelum memacak speakers.


Pengunjung mula sampai. 8.00 malam hujan lagi. Sol-jah buat andaian, hujan-hujan ni tidak ramai orang datang. Kalau kita buat kat dalam Pena pun mesti muat. Segera kami memindahkan peralatan ke dalam. Beberapa Sol-jah lain menyelamatkan kerusi lagi.


Rajah 4: Jigo dan Naga sedang membancuh susu untuk Dian sambil membuat pertukangan tangan.

Di dalam Rumah Pena, acara pun bermula. Rumah semakin lama semakin sendat. Bila aku keluar, baru perasan ada ramai lagi pengunjung kat luar rumah. Ada yang terjenguk-jenguk dari jendela rumah. Memang rugilah datang kalau tak dapat masuk.

Usai putar 5 filem, hujan pun teduh. Kami pindah keluar. Kerusi disusun semula. Itulah je kerjanya. Masuk keluar. Susun kerusi.



Rajah 5: Naga dan kawan-kawan menunggu hujan teduh. Esok tidak menoreh.

Sambung tayang filem lagi. Hujan renyai-renyai turun menguji kesabaran lagi. Ikutkan hati nak pindah masuk dalam semula. Peralatan letrik dan air memang tidak bersahabat tetapi melihatkan penonton duduk dalam hujan tak berganjak, rasa segan pula. The show must go on. Cover peralatan dengan plastik. Teruskan tayangan.


Rajah 6: Amir Muhammad, Ajami dan Rafidah 3R melancarkan buku filem Estet dan Pisau Cukur. Maaf, gambar kabur, kamera henpon orang miskin je ni.

Rasa-rasanya jam 10 malam baru hujan berhenti betul. Alaaa hujan air. Apa nak kesah kan, belum hujan api lagi. Terimakasih kerana sokongan.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Perspektif lain tentang Maskara Shorties: Ulasan Maskara Shorties

Isnin, November 02, 2009

TAK LAKU




Rima: You tak percaya ke I dah ada boyfriend?
Ajan: Percaya.
Rima: You ingat I tak laku sangat.

Selama 60 saat suasana sarat dengan sepi.

Ajan: Rima.
Rima: Ya?
Ajan: You dah makan obat?
Rima: Jahattttt!

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...