Khamis, Disember 31, 2009

SLAPSTICK

Pada malam berinai, Zura tertidur dengan inai penuh di jari. Malam itu, seekor nyamuk dahaga singgah di hidungnya sedang dia bermimpi tentang pelamin dan persandingan. Dalam separuh sedar Zura menepuk nyamuk itu.

Pagi esoknya, seisi rumah mengejek Zura sebagai pengantin hidung belang. Terkial-kial Zura mencari minyak tanah nak hilangkan jingga inai di hidungnya.

2 ulasan:

DeeN berkata...

Hidung belang macam pak belang tak per.. jangan hidung belang yg satu lagi tuh. Hehehee...!

Happy new year, tok rimau!

Cik MashiWhite berkata...

wah nampaknya cerita ini telah tersebar ke pelusok dunia & menjadi lagenda (harap tidak manjadi ikutan) :))

COSTOCHONDRITIS

 Masa aku sudah sampai. Mungkin malaikat maut sudah memberi salam.  Saat aku mengalami sakit dada, fikiran aku langsung melayang pada serang...