Isnin, Januari 04, 2010

3 MENTALITI DUNIA KE-3

2010 tidak menjanjikan apa-apa. Aku cuma berharap rungutan aku yang bertahun didengar. Aku tulis ikut format Che Det, yang juga kuat merungut.

1. Aku benci bila tauke panggung wayang hidupkan lampu sebelum habis credit roll-up. Lantak la penonton lain nak bangun dan berpusu-pusu keluar, aku masih nak nikmati credit roll-up. Credit roll-up adalah sebahagian dari seni wayang. Penat pembikin filem buat, selalu orang skip. Seperkara lagi, fokus projektor tu peka la sikit. Jangan pasang projektor, kemudian tidur. Pastikan fokus sharp maksimum. Dan... seeloknya tempahan tiket guna telefon tu biar la manusia yang jawab. Mesra la sikit. Kalau kalian benci suara robot tekan 1.

2. Aku benci pembangunan kawasan baru tanpa membina jenjatas bila menyambung ke jalan utama. Setiap kali taman baru dibuka, lampu trafik dipacak bagi memudahkan laluan keluar masuk ke taman baru. Ini akan menyebabkan jalan utama semakin sesak. Contoh: Jalan Pontian sekarang semakin banyak lampu trafik. Perjalanan tersangkut-sangkut. Sepatutnya disyarat developer membina jenjantas setiap kali taman baru di buka supaya aliran lalulintas jalan utama tidak terganggu.

3. Aku benci bila ada orang kata kenaikan harga barang tak membebankan. Rasa nak ludah kaca TV. 2010 ni harga rokok ada lantai minimum dengan alasan nak rakyat jaga kesihatan. Dulu-dulu boleh tahan juga harga naik masa umum Bajet je. Sekarang dah macam durian, tak ikut musim. Nak naik bila-bila je. Dan gula juga naik harga. Penyelesaian yang ditawarkan adalah memujuk peniaga tak naikkan harga kuih dan memujuk pengeluar makanan mengurangkan kandungan gula. Ini samalah kes, roboh papan kat Melaka, papan di Jawa yang di dirikan. Permulaan buruk untuk 2010. Ptuiiii!

Mmm. Amacam? Ada bakat macam Che Det?

13 ulasan:

adie berkata...

gua ingat gua masuk blog chedet tadi.hehe

yg_indah berkata...

bila gula naik, kt tempat aku gas masak pun naik.apa kena mengena ntah.

Tanpa Nama berkata...

penuh emosi, cayalah tok..... heh.

Alan berkata...

memang sama che det hehehe bagus tok rimau..

Unknown berkata...

Bolehlah mengadu kepada Aduan Rakyat (TV3)!

Nizam.Ariff berkata...

Aku sokong usul Tok yang no.3 tu...

Penyelesaian yang tak akan selesai punya...


"dah lama dahhh..!"

Aku berkata...

Aku sokong tok....tapi jgn sampai lupa kita punya filim

CikguSTEM berkata...

bravo tok, pasni che det yang tiru gaya tok,susah plak kami nak pilih mana satu blog kesukaan nanti..hehe

muhdzahari berkata...

siapa yang kata kenaikan harga barang tu tak membebankan, malah menguntungkan, sebab dia makan jugak hasil kenaikan tu.
barangkali yang ditemuramah tu adalah orang pemborong gula. he he..

BuRuuj berkata...

kuih dibeli sebab manis. kalau manis dh jd tawar, siapa nak? betul x?

Lily Abdullah berkata...

Tok, Che Det meludah juga ke?

Selamat tahun baru Tok.

Dah lama berkenalan di blog,tak juga jumpa2 tuan blog hehe..

dugongsenyum berkata...

che det yang punk. i like. harrkk petuiihh


haha

. berkata...

roti gardenia pun naik harga.

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...