Rabu, Januari 13, 2010

RAKYAT BIASA

Lagi 100 meter mahu sampai lampu trafik di simpang empat, aku nampak dua orang polis trafik sedang menjaga simpang. Dalam hati aku terdetik, walaupun lampu berfungsi macam biasa, polis-polis ini rajin berjaga mengawal lalu lintas. Syabas.

Eh, lama pula mereka tahan jalan aku. Lampu hijau dah bertukar tiga kali, aku masih tersadai. Belakang aku banyak kereta lain beratur. Hati mula resah.

Sekonyong-konyong, lalu konvoi polis pengiring dan pembesar negara melintasi simpang. Bila konvoi itu lepas, polis yang berdua pun naik motor mereka dan meninggalkan simpang untuk dijaga oleh lampu trafik.

So much for, "Rakyat diutamakan."

7 ulasan:

Amyz! berkata...

heh~!
senangkan dia dulu rupanya..

Ajami Hashim berkata...

kenapa tak snap pic bro? huhu!

Bukan Sepet berkata...

Ehh... tak baik tok...

kalau tok nak pakai trapik cam dema, tok kata ler tok dah nak bersalin.. ketuban dah pecah, nak ke spital cepat.

Derang tolong tok. betul. serius...

pizli.mw berkata...

Haha..

patungcendana berkata...

dia orang tak stop ke bila lampu merah?

Firol berkata...

Dalam...
memang menyentap

BuRuuj berkata...

i dah muak dgn slogan itu ini. juara rakyat lah... chit!!

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...