Rabu, Februari 03, 2010
JUJUR KEPADA DIRI SENDIRI
Selalu aku dengar, orang membuat komen, "filemnya tidak jujur." Apakah yang dimaksudkan dengan ini?
Konsep filem itu sendiri, isi didalamnya adalah manusia berlakon. Berpura-pura jadi watak yang diberi. Mana bisa jadi jujur.
Pelakon boleh sahaja buat helah bela diri dan berkata, "aku bukan berlakon tetapi aku menjadi watak itu." Kalau kau penari kuda kepang, maka aku percaya. Kau memang jadi kuda. Selebihnya, tak payah tipu aku. Kau hanya berusaha jadi watak tapi engkau bukan watak.
Apa ni, sekejap kau dan sekejap engkau. Ikut suka mana sedap eja. Aku harus jujur dengan hati. Crap.
Bila dikatakan jujur atau tidak, itu ditujukan kepada pembikin filemnya. Bukan pelakon. Sebab tuan sutradara dan tuan penulis yang punya kawalan terhadap karya.
Aku cuba kupas isu ini dengan ilmu aku yang sejengkal. Pastinya bila berkata tentang jujur atau tidak, ia merujuk kepada statement yang dibuat oleh filem itu. Statement di sini bukan bermaksud pengajaran tapi pandangan pembikin filem terhadap isu-isu yang dibincangkan dalam karyanya.
Karya menjadi hipokrit, tidak jujur, jika statement dalam filem berlawanan dengan pendirian pembikinnya.
Maka. Kalau kau mahu ketengahkan kasih sayang, kau sendiri mesti penuh kasih sayang. Kalau kau mahu ketengahkan kekuatan perempuan, kau sendiri kena hormat perempuan.
Susah gila mahu bikin filem yang jujur. Mungkin seeloknya aku cari contoh filem yang jujur. Mmmmm... ada ke?
(mata menjeling ke siling)
mmmm
(letak jari telunjuk di sisi dahi)
mmmm
(dahi berkerut)
mmmm
I can't think of one. Filem aku yang dua kerat tu pun pembohong besar.
Ehh.. kalau aku ini pembohong, dan filem aku itu berbohong, maka selarilah falsafah aku dan falsafah filem aku. Dan semestinya itulah filem-filem yang jujur. Ha! Ha! Ha! Aku genius gila.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
7 ulasan:
Jujur dlm seni filem bmaksud berani memaparkan realiti dan bukan distorted opinion atau menymbunyikan kebenaran..
adakah tok jujur sekarang? *wonder* =P
Karya dari hati akan sampai ke hati.
Karya dari akal hanya sampai ke akal.
Saya percaya untuk sesebuah karya menjadi "jujur" ia perlukan isinya dari hati. hati tuan pengarah, hati tuan penulis skrip.
kalau ke pasar, hati tak dapat dalam rm10 sekilo. mau lebih.
cis. sakit hati.
rilek tok.
Dia hanya beri pandangan peribadinya terhadap idola Tok.
Tok sendiri tahu Idola tok pun ramai orang tak suka dengan hasil kerjanya.
So takde la mengejutkan sangat.
Hehehe
Spy,
Kau berkarya dalam Kekah tu jujur? ha ha ha. mana realitinya?
Balqis,
Keep wondering.
Bukan Sepet,
Aku tulis ikut suka hati.
Nazri,
Orang tua tu genius yang nyanyuk. ha ha ha.
Aku tulis kerana dipaksa ha ha..
Adakah bila jujur, kita mesti tonjolkan yang baik-baik sahaja.
Kalau kau dasarnya seorang penipu, pembohong, dan bila kau mahu jujur dalam berkarya, kau perlu berbohong?
Pada aku senang sahaja, kalau mahu filemkan tentang penipu, dan ada penipu yang menonton tak dapat feel, maka tak jujur la karya tu.
Jangan salahkan pelakon kalau skrip kucar-kacir.
Catat Ulasan