Di dalam keadaan cemas itu Dang Kaseh terlupa akan pesan petua dari ayahandanya bahawa jika berlari di pantai, hendaklah berlari di atas pasir yang basah. Petua ini amat berguna untuk bersilat di pantai juga.
Dalam keadaan dia terteleng kepala melihat lembaga yang meligan, kakinya hilang kawalan kerana terbenam di dalam pasir kering yang lembut bagai tepung. Kain batik yang diikat kemas tetapi terlalu ketat tidak membantu untuk dia mengawal imbangan tubuh. Dia jatuh tersembam tertiarap muka ke pasir. Butir-butir pasir pantai melekat ke wajah getirnya yang basah dek keringat.
Untuk terus lari tidak sempat lagi, Dang Kaseh segera memusingkan badan menghadap musuhnya. Kelibat lembaga bulat setinggi sepuluh kaki itu semakin amat dekat. Bayang-bayangnya yang terbina dari pancaran matahari dhuha sudah pun menyentuh kaki Dang Kaseh.
Lembaga itu berdiri megah menanti masa untuk menerkam. Tubuhnya adalah bola besar yang tidak sempurna bulatnya. Kulitnya kelihatan lembut dan hampir lut sinar bagai kulit obor-obor, menampakkan organ dalamnya yang hitam. Di atas kulitnya ada rongga-rongga yang banyak seakan makhluk ini mempunyai vagina yang beratus. Dari dalam rongga-rongga itu mula keluar tangan atau kaki seperti tentakel obor-obor. Mula-mula pendek, kemudian semakin panjang. Jelas kelihatan di hujung helai tentakel itu ada kuku sebatang semacam jarum keluli.
(bersambung)
Khamis, Ogos 19, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
4 ulasan:
bley tahan gak dast ceritanya ni...cepat arr sambung...
mempunyai vagina yang beratus hahahaha..makin seram ler tok hehee
vaginanya ada bijik?
terasa nak bukak puasa sebab letih membayangkan makhluk ganas 10kaki tinggi ni ha tok ...
Catat Ulasan