Isnin, September 27, 2010

ESOK MASIH ADA

Letak gambar kuih rasa macam blog makcik-makcik

Menunggu Syed datang macam menunggu kucing bertanduk.

Awal pagi Syed SMS kata, dia nak datang beraya ke rumah aku. Tentulah aku berkemas-kemas dan mula memikirkan apa nak jamu dia.

Tapi, batang hidung dia tak kelihatan.

Ini contoh perkara yang membatalkan raya. Janji nak datang tapi tak muncul-muncul.

Tengahari aku tanya, "Mana?" Dia sedang beraya di tempat lain. Giliran rumah aku lama lagi gamaknya.

Petang sikit aku tanya lagi, "Mana?" Dia kata dia kat rumah tunggu Shafiq datang rumah dia. Eh! Bila dia nak datang rumah aku ni?

Tidak boleh jadi ni. Aku kena desak sikit biar dia datang cepat. Aku tidak boleh pergi ke mana-mana selagi dia tak sampai. Habis program aku satu hari tunggu dia.

Jadi, aku hantar beberapa siri desakan via SMS setiap beberapa jam.

"Air batu dah sejuk ni tunggu lu datang."
"Jangan sampai bara BBQ ni jadi abu."
"Oiii ayam atas BBQ dah jadi arang."
"Bagi tahu exact time bila lu sampai rumah gua."

Akhirnya jam 10 malam dia sampai. Dia datang dengan Shafiq.

"Mana BBQ?" Dah la lambat. Ada hati tanya BBQ.

 "Tadi ada group marhaban datang. Mereka habiskan." Aku bohong.

"Cheh!" Syed tahu aku bohong.

Aku hidangkan dia spaghetti goreng dan koktail buah. Sambil-sambil menjamu selera, aku marah dia sebab buat aku tunggu. Dia tidak mempertahankan diri tetapi dia minta aku baca balik SMS yang dia pagi tadi.

"Saya nak datang raya rumah Tok esok."

ESOK. Bukan hari ni. ESOK. Bukan malam ni. Oh! Aku terlepas ESOK sebab aku amalkan speed-reading. Aku la yang tercepat, bukan dia yang terlambat. Malu dowh!

Ini contoh perkara-perkara yang membatalkan raya. Marahkan orang tanpa usul periksa. Mengenakan pula. Paksa orang datang rumah. Ish ish. Raya-raya tambah dosa.

Maaf zahir batin kepada Syed dan Shafiq. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dan seluruh ukur lilit badan. 0-0. Janji, aku tak buat lagi.

Khamis, September 23, 2010

TAKTIK CONMAN


Fatin mendapat panggilan telefon dari Ms Ng, MBF Cards. Ms Ng menuntut Fatin melunaskan hutang kredit kad RM8500. Kali terakhir, kad tersebut dibelanjakan adalah di Jakarta, Indonesia. Ms Ng menyatakan butir nombor kredit kad, nombor kad pengenalan dan alamat Fatin di Lot 261, Jalan Pantai, Kota Kinabalu.

Fatin naik marah. Dia tidak punya kredit kad MBF. Dia juga tidak pernah jejak kaki di Indonesia. Passport pun dia tidak ada. Dan dia tidak tinggal di Kota Kinabalu. Fatin bermastautin di Johor Bahru.

Ms Ng memberi nombor telefon Pusat Aduan Pemalsuan Kad Kredit, Bank Negara kepada Fatin. Ms Ng menggalakkan Fatin membuat aduan. Fatin segera menelefon. Pegawai Bank Negara menanyakan butir-butir kes serta butir-butir akaun sebenar Fatin.

Fatin rasa tidak sedap hati mendedahkan maklumat sulit melalui telefon. Dia segera meletak telefon. Dia segera bergegas ke Balai Polis berdekatan dan pusat MBF. Saya menjadi drebar Fatin untuk ke Balai Polis dan MBF. Ya, watak saya kecil sahaja dalam episod ini. Hi hi hi.

Menurut Polis yang mengambil laporan, dalam minggu ini sahaja sudah ada 4 kes yang sama. Salah seorang mangsa penipuan bagai terpukau dan menyerahkan RM10 000 walaupun dia tidak pernah ada kad kredit. MBF juga membuat penjelasan Ms Ng tidak bekerja untuk mereka dan tiada orang membuat kad kredit menggunakan nama Fatin.

Nasib baik Fatin cepat sedar walaupun ketika itu emosinya bercampur baur panik dan marah. Nasib baik dia tidak menyerahkan butir-butir akaun yang membolehkan "pegawai bank negara" menyedut duit dari akaunnya.

Apa pun, untuk tujuan keselamatan. Fatin bukan nama sebenar mangsa yang hampir tertewas. Dan kawan-kawan semua hati-hatilah. Sekian laporan saya.

Selasa, September 21, 2010

10 PERKARA YANG MEMBATALKAN RAYA

  1. Salam cengkam sampai terseliuh jari orang.
  2. Salam bini orang sambil laga pipi kiri kanan.
  3. Tapau makanan open house sedang ramai lagi belum datang.
  4. Duit masuk poket sampul sepah-sepah.
  5. Mengutuk makanan tuan rumah.
  6. Mengesat tangan penuh lekit nasik impit kat langsir.
  7. Balik pakai kasut raya orang sebelah.
  8. Tumpang toilet tuan rumah tapi tak flush.
  9. Parking depan pintu pagar jiran tuan open house.
  10. Ziarah jiran yang kaya-kaya dan skip jiran yang miskin.
Ada lagi tak?

Rabu, September 15, 2010

MAMAN

Maman, kawan aku semasa di Bukit Chagar dulu. Kami sama-sama main bola atas tar tapak letak kereta. Kami sama-sama cari kerja dari kilang-kilang bila habis sekolah.

Kami sama-sama tolak warung kopi mamak atas jalan Wong Ah Fook menuju ke pasar besar Johor Bahru. Kami jadi pembantu pembancuh air. Pada zaman ekonomi meleset, kami tidak boleh memilih kerja.

Kemudian Maman masuk Navy. Tapi sekarang dia sudah bersara. Bersara awal.

Setiap kali hari raya aku akan singgah ke rumah Maman di Rengit. Hari Raya tahun ini dia sibuk memasak. Badannya berpeluh-peluh masa aku sampai.

"Jom bergambar Man."
"Gua berkilat ni. Baju pagoda je pulak."

Aku pun tanggal baju raya aku. Tinggal singlet sahaja.

"Sekarang kita sama."
"Lu memang brader."

Klik.

Maman kawan aku semasa di Bukit Chagar dulu. Kami sama-sama main bola atas tar tapak letak kereta. Kami sama-sama cari kerja bila habis sekolah.

Isnin, September 13, 2010

RUMAH BATMAN

Ini bukan batu nesan Batman. Ini rumah batman. Hi hi hi.

Masa gua berhari raya di Sungai Kluang (Fruit Bat), Rengit, Johor, gua dapati rumah-rumah kampung di sana letak tanda nama tuan rumah seperti di atas.

Dan di bawah pula adalah logo Sekolah Tinggi Kluang. Kool bukan.

Selasa, September 07, 2010

BUKAN NAK BERNIAGA, CUMA NAK MENGGODA 2

Penulis dengan Ujang #1 1994
Masa darjah empat, gua balik sekolah dan mendapati mak tidak membeli suratkhabar. Gua punya la kecewa dan patah hati, gua nangis guling-guling atas simen. Mak gua tak layan pun sebab mak tau, gua bukan nak baca laporan BSKL atau muka depan pun, mak tau gua nak baca komik je.

Setiap kali nangis, abah akan pujuk gua dengan Gila-gila, Bujal dan Gelihati. Oleh itu, lepas cabut gigi gua dapat komik. Lepas sunat gua dapat komik. Terus, gua ada ketagihan baca komik. Bila makwe tinggalkan gua pun, gua baca komik. Terubat hati.

Nak baca kenalah beli dulu.
Varia Lawak #1 1997

Masa gua mula simpan komik, gua bukan fikir nak berniaga pun. Gua cuma simpan sebab gua cintakan seni itu.

Gua beli macam-macam komik tapi gua tak layan set-set Pedang Setiawan dan komik-komik Hong Kong. Masa Pedang Setiawan menaik, gua kat El Paso. Gua dah naik satu level layan novel grafik pula.

Pun begitu, banjir besar berlaku. Wabak anai-anai melanda. Gempa bumi. Gunung berapi. Raksasa biawak keluar dari perut bumi. Gua berpindah-randah. Banyak juga komik-komik gua yang musnah dan hilang.

Kini, sudah tiba masanya gua berpisah dengan komik-komik gua. Gua nak wariskan komik-komik ini kepada orang yang menghargainya seperti mana gua menghargainya. Mencintainya seperti mana gua mencintainya.
Jimbo ada sound gua, "lu simpan beg kat Puduraya satu hari berapa lu bayar?" Betul kata Jimbo. Kalau simpan beg di Puduraya bayar RM5 sehari, bayangkan kos gua simpan komik dari 1985. Berapa kos storage tu? Ada makan juta-juta. Ini akan gua ambil kira dalam menentukan harga.

Lagi satu hal, gua takkan jual kepada orang hanya kerana dia ada duit. Gua tak mahu nanti ada anak jutawan beli stok gua  dan baca dalam tandas. Tak ada respek langsung. Gua memilih pelanggan gua. Gua akan interview dulu. Kalau belum kahwin, gua bagi diskaun.

Satu hari tu di Paso Bumbong, gua dah buat ujian pasaran. Memang meleleh air liur peminat-peminat komik tengok koleksi gua. Terus mengimbau masa silam. Ada satu brader belek komik gua dan letak semula kat lapis bawah. Dia bajet, sekejap lagi nak buat loan KWSP dan datang sambar komik tu. Sayang sekali, ada pelanggan lain dah sapu.

Sebenarnya, kalau tak terjual dagangan malam itu pun tak mengapa. Tujuan utama gua di Paso Bumbong adalah nak pamerkan koleksi dan jumpa kawan-kawan. Ada orang beli dagangan tu, kira bonus.

Sekarang gua akan mula simpan stok komik gua dalam plastik. Gua akan jual secara lelong bagi komik yang langka (rare). Siapa tawarkan harga tertinggi, gua lepaskan. Dan bagi komik yang tak berapa langka, jual borong je.

Tak lama lagi gua akan buka satu blog lagi dengan nama, jualbelikomik.com. Berapa banyak blog la gua ada?

Isnin, September 06, 2010

BUKAN NAK BERNIAGA, CUMA NAK MENGGODA

Gua anak nombor dua. Angah. Anak nombor dua jarang dapat baju baru. Dalam banyak masa gua dapat baju bekas Brader Long gua. Baju bola gua ada Din kat belakang. Tak ada jati diri langsung.

Rupa-rupanya beginilah takdir bermula sejarah gua masuk scene barang terpakai.

Sampai masa, badan gua dah sama besar dengan Brader Long. Takkan gua nak kebas baju dia pula. Lagi pun gua tak berkenan benar dengan fesyen Montagut dia. Alternatif lain, gua mula layan Levi's Siam palsu pasar malam dengan duit biasiswa. Baju Abibas pun gua ada. Rasa poser pakai baju tiruan ni.

Kemudian bila gua dah kerja, baru gua mampu beli yang original. Mungkin bila gua dah kaya sikit, gua dendam beli baju baru-baru je.

Satu hari, gua kena hadir satu perkemahan lasak. Sah, baju akan kotor kena lumpur. Gua mula berjinak dengan Kedai Bundle untuk cari baju pakai buang tetapi akhirnya gua jatuh cinta dengan bundle.

Setiap helai tu ada sejarahnya. baju tu banyak pengalaman. Mungkin, dalam baju tu la, pemakainya mati kena serangan jantung. Hi hi hi. Gua selalu fikir bukan-bukan tentang pemilik asal baju yang gua pakai.

Setakat ni gua tidaklah nak berniaga baju bundle sangat sebab scene baju bundle ni dah establish kat Johor. Big Bundle dah monopoli scene. Mana-mana lu pergi, Big Bundle dah ada francais.

Yang bisnes bundle kecil-kecilan pun dah ramai. Memang kalau gua join, tak boleh menang.

Tapi gua ni adalah sikit-sikit darah art dalam badan. Kadang-kadang gua rasa benda-benda dalam market ni tak cucuk dengan gua. Baik yang baru, mahu pun yang terpakai. Ada tak ada, gua akhirnya kena buat sendiri.

Katalah gua nak pakai baju dengan design Big Foot Kota Tinggi. Gua kena bikin sendiri. Gila lu kos dia. Senang cerita RM100 sehelai kalau bikin baju sendiri dari A hingga Z.

Mahu tak mahu, gua kena print banyak dan berniaga juga untuk kurangkan kos. Dengan cara ini gua pun boleh pakai baju yang ikut selera gua. Gua pun print sendiri t-shirt dan mula jual.


Gua mula perlahan-lahan dengan projek t-shirt Language Camp, Geng Jurnal dan Sol-jah. Sekarang ni gua lebih minat design limited edition 10-20 helai baju je. Biar rare. Biar yang pakai rasa istimewa. Segan la Mat kalau gi bandar nampak orang pakai baju sama dengan dia turun eskalator. Boria ke apa. Tak istimewa langsung.

Jadinya, gua buat sikit je. Semalam masa kat Paso Bumbong, gua gantung 2-3 helai baju Jesse Labu. Last kopek punya. Ada satu awek ni, boleh tahan cun, tengok terus ketawa. Dia dapat siot lawak baju tu. Terus dia beli dua helai. satu hitam, satu putih.

Sekarang tinggal sehelai je baju tu. Saiz XL. Bukan saiz gua tapi gua sayang nak jual. Gua azam makan lebih sikit sampai gua muat ngam masuk dalam baju tu.

Esok lusa gua mati, t-shirt gua akan melambung harga. Macam bila Michael Jackson mati, tiba-tiba mat punk pun cari t-shirt Bad.

Pendek kata, kalau gua mati, pelanggan gua boleh jual balik t-shirt tu untuk beli nasi minyak. Bukan untuk makan seorang tapi jenis jemput orang ramai datang punya. Masak pakai kawah. Amacam? Baik bukan.

Oleh itu, sesiapa yang ada t-shirt gua. Jaga elok-elok . Sidai dalam rumah, sidai kat luar kang kena rembat. Gua takkan hidup 1000 tahun, gua akan mati juga. Sabar ya.

(bersambung)

Ahad, September 05, 2010

KAWAN-KAWAN YANG GUA SUKA

Berdiri Dari Kiri: Buruh Kanak-kanak, Mat Enter Frame, Mat Donut, Mat Popia, Mat Komik, Mat Gajet, Mat Topi, Mat Printer Terpakai, Mat Skuter.
Melutut Di Depan: Mat Roti Jalanan
Tiada Dalam Gambar: Mat Ular (Khadak Hajat)

Lokasi: Atas bumbung Plaza Seni JB.
Majlis: Paso Bumbung anjuran Joho
Jurufoto: Kukubesi.

Sabtu, September 04, 2010

ASAL USUL TRANSFORMER

Pada zaman dahulu, lu semua belum lahir. Tapi ada juga dua tiga yang dah bertatih. Tapi pukul rata belum sunat lagi. Lu kalau terkenang zaman silam mengusik jiwa, lu cerita pasal Gundam, Macross dan Motospeda. Semua tak vintage Mat. Transformer apatah lagi. Yang vintage adalah Broker Corp Machine Blaster. 1970 tu. Masa tu Dahlan Zainuddin adalah superstar,



Anime Broker Corp Machine Blaster mengisahkan Tempe dan kawan-kawan memandu Robot gergasi walaupun boleh tembak lazer, tapi mereka lebih suka tempur dengan senjata tajam. Lawan mereka adalah robot alien.

Semua budak-budak mesti belajar lukis robot ni. Bukan itu sahaja, kami juga buat origami robot ni. Beli-beli robot plastik sambung-sambung masih tak cukup DIY mat.

PASO BUMBUNG

Buku CERKAS boleh didapati di sini. Sila ke gerai Wonder Stuff.
Paso Bumbong
When: September 4, 2010
Where: Plaza Seni Rooftop
Time: 3:30pm - 12:30am
Gua bawak sikit je, siapa cepat dia dapat.

Rabu, September 01, 2010

KONFLIK MALAYSIA INDONESIA


Konflik Malaysia - Indonesia  sebenarnya konflik Indonesia - Indonesia. Konflik dalaman kelompok manusia yang baran.

Indonesia gegak gempita dengan tunjuk perasaan, membakar bendera, melempar najis, membaling batu dan mengutip tanda tangan darah. Di bulan puasa yang mulia kenapa marah tidak tentu arah?

Pada pandangan Malaysia, tenang-tenang dong. Jangan emosi. Jangan gawat. Malu dong ah perang-perangan hanya kerana perselisihan faham yang sedikit. Where is the love?

Sejarah perang Malaysia memang sedikit berbanding Indonesia, ini kerana kami ini pencinta keamanan.

Tenaga yang banyak-banyak itu lebih elok kalau kita tumpukan ke arah memakmurkan manusia sejagat. Bantu membantu dalam soal pasca-tsunami, pasca-gempa dan pasca-ledakan gunung merapi. Dan seribu satu macam masalah lagi. Indonesia should know better, we are lovers not fighters. Peace. No war!

Salam lebaran dari Malaysia. Maaf zahir batin.

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...