Isnin, September 06, 2010

BUKAN NAK BERNIAGA, CUMA NAK MENGGODA

Gua anak nombor dua. Angah. Anak nombor dua jarang dapat baju baru. Dalam banyak masa gua dapat baju bekas Brader Long gua. Baju bola gua ada Din kat belakang. Tak ada jati diri langsung.

Rupa-rupanya beginilah takdir bermula sejarah gua masuk scene barang terpakai.

Sampai masa, badan gua dah sama besar dengan Brader Long. Takkan gua nak kebas baju dia pula. Lagi pun gua tak berkenan benar dengan fesyen Montagut dia. Alternatif lain, gua mula layan Levi's Siam palsu pasar malam dengan duit biasiswa. Baju Abibas pun gua ada. Rasa poser pakai baju tiruan ni.

Kemudian bila gua dah kerja, baru gua mampu beli yang original. Mungkin bila gua dah kaya sikit, gua dendam beli baju baru-baru je.

Satu hari, gua kena hadir satu perkemahan lasak. Sah, baju akan kotor kena lumpur. Gua mula berjinak dengan Kedai Bundle untuk cari baju pakai buang tetapi akhirnya gua jatuh cinta dengan bundle.

Setiap helai tu ada sejarahnya. baju tu banyak pengalaman. Mungkin, dalam baju tu la, pemakainya mati kena serangan jantung. Hi hi hi. Gua selalu fikir bukan-bukan tentang pemilik asal baju yang gua pakai.

Setakat ni gua tidaklah nak berniaga baju bundle sangat sebab scene baju bundle ni dah establish kat Johor. Big Bundle dah monopoli scene. Mana-mana lu pergi, Big Bundle dah ada francais.

Yang bisnes bundle kecil-kecilan pun dah ramai. Memang kalau gua join, tak boleh menang.

Tapi gua ni adalah sikit-sikit darah art dalam badan. Kadang-kadang gua rasa benda-benda dalam market ni tak cucuk dengan gua. Baik yang baru, mahu pun yang terpakai. Ada tak ada, gua akhirnya kena buat sendiri.

Katalah gua nak pakai baju dengan design Big Foot Kota Tinggi. Gua kena bikin sendiri. Gila lu kos dia. Senang cerita RM100 sehelai kalau bikin baju sendiri dari A hingga Z.

Mahu tak mahu, gua kena print banyak dan berniaga juga untuk kurangkan kos. Dengan cara ini gua pun boleh pakai baju yang ikut selera gua. Gua pun print sendiri t-shirt dan mula jual.


Gua mula perlahan-lahan dengan projek t-shirt Language Camp, Geng Jurnal dan Sol-jah. Sekarang ni gua lebih minat design limited edition 10-20 helai baju je. Biar rare. Biar yang pakai rasa istimewa. Segan la Mat kalau gi bandar nampak orang pakai baju sama dengan dia turun eskalator. Boria ke apa. Tak istimewa langsung.

Jadinya, gua buat sikit je. Semalam masa kat Paso Bumbong, gua gantung 2-3 helai baju Jesse Labu. Last kopek punya. Ada satu awek ni, boleh tahan cun, tengok terus ketawa. Dia dapat siot lawak baju tu. Terus dia beli dua helai. satu hitam, satu putih.

Sekarang tinggal sehelai je baju tu. Saiz XL. Bukan saiz gua tapi gua sayang nak jual. Gua azam makan lebih sikit sampai gua muat ngam masuk dalam baju tu.

Esok lusa gua mati, t-shirt gua akan melambung harga. Macam bila Michael Jackson mati, tiba-tiba mat punk pun cari t-shirt Bad.

Pendek kata, kalau gua mati, pelanggan gua boleh jual balik t-shirt tu untuk beli nasi minyak. Bukan untuk makan seorang tapi jenis jemput orang ramai datang punya. Masak pakai kawah. Amacam? Baik bukan.

Oleh itu, sesiapa yang ada t-shirt gua. Jaga elok-elok . Sidai dalam rumah, sidai kat luar kang kena rembat. Gua takkan hidup 1000 tahun, gua akan mati juga. Sabar ya.

(bersambung)

5 ulasan:

Amy Z! berkata...

i suka material baju joe labu tu. tak panas. :-)

SABUN berkata...

tok tak taroh kat aku sehelai ke?ish3

mrlabby89 berkata...

nice baju jesse labu tu.. ada lg x tok yg kaler putih?? org kedah nk beli ni...017-4065527 =D

ay_yusof berkata...

Rasa terharu pula baca entri Tok yang ni. Saya ada Jesse Labu satu sebab Tok. Sayang Tok!

nabihah berkata...

Baju bundle mmg nostalgia, mak abah suke bli sbb branded dh murah,skang dh brjangkit 1 famili,hehe..

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin