Isnin, September 27, 2010

ESOK MASIH ADA

Letak gambar kuih rasa macam blog makcik-makcik

Menunggu Syed datang macam menunggu kucing bertanduk.

Awal pagi Syed SMS kata, dia nak datang beraya ke rumah aku. Tentulah aku berkemas-kemas dan mula memikirkan apa nak jamu dia.

Tapi, batang hidung dia tak kelihatan.

Ini contoh perkara yang membatalkan raya. Janji nak datang tapi tak muncul-muncul.

Tengahari aku tanya, "Mana?" Dia sedang beraya di tempat lain. Giliran rumah aku lama lagi gamaknya.

Petang sikit aku tanya lagi, "Mana?" Dia kata dia kat rumah tunggu Shafiq datang rumah dia. Eh! Bila dia nak datang rumah aku ni?

Tidak boleh jadi ni. Aku kena desak sikit biar dia datang cepat. Aku tidak boleh pergi ke mana-mana selagi dia tak sampai. Habis program aku satu hari tunggu dia.

Jadi, aku hantar beberapa siri desakan via SMS setiap beberapa jam.

"Air batu dah sejuk ni tunggu lu datang."
"Jangan sampai bara BBQ ni jadi abu."
"Oiii ayam atas BBQ dah jadi arang."
"Bagi tahu exact time bila lu sampai rumah gua."

Akhirnya jam 10 malam dia sampai. Dia datang dengan Shafiq.

"Mana BBQ?" Dah la lambat. Ada hati tanya BBQ.

 "Tadi ada group marhaban datang. Mereka habiskan." Aku bohong.

"Cheh!" Syed tahu aku bohong.

Aku hidangkan dia spaghetti goreng dan koktail buah. Sambil-sambil menjamu selera, aku marah dia sebab buat aku tunggu. Dia tidak mempertahankan diri tetapi dia minta aku baca balik SMS yang dia pagi tadi.

"Saya nak datang raya rumah Tok esok."

ESOK. Bukan hari ni. ESOK. Bukan malam ni. Oh! Aku terlepas ESOK sebab aku amalkan speed-reading. Aku la yang tercepat, bukan dia yang terlambat. Malu dowh!

Ini contoh perkara-perkara yang membatalkan raya. Marahkan orang tanpa usul periksa. Mengenakan pula. Paksa orang datang rumah. Ish ish. Raya-raya tambah dosa.

Maaf zahir batin kepada Syed dan Shafiq. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dan seluruh ukur lilit badan. 0-0. Janji, aku tak buat lagi.

16 ulasan:

lara_nur berkata...

sedap tak spageti goreng sape masak?

lara nak datang raya boleh?

nak spageti goreng.

feed berkata...

hihihi lawak la Tok nie..kesian pun ada tak dapat gi memana..anyway moral dia baca msg banyak2 kali ye :)

MushroomCute@Mariea berkata...

Hahahaha...tgh bayangkan camner Tok sound2 diorg dan muka Tok yang kisinan itew.....huhuhuh..

iHayat berkata...

hahahaha OUCH! so lenkali nk raya rumah tok kene CAPSkan "ESOK". ehehe

BuRuuj berkata...

nak beraya umah tok boleh? tak tahu bila...huhu..

ateeka amer berkata...

nak alamat rumah. senang, tahun depan datang terus. :D

darkangel berkata...

Tok..ni tanda2 alzhemeir...hehehe...ampun.

iman berkata...

ahaha,,sptnya mcm pnh sy buat pkara yg sama..mmg malu seh!

Bukan Sepet berkata...

waktu, kalau dah SENJA memang cantik!
Cuma nanti malam aja...

Kumprinx berkata...

komedi raya ke hapa ni?

dugongsenyum berkata...

miahahaha

pye:rudz berkata...

tidak semuanya pantas di zaman serba pantas nih (kehkehkeh)

k.e.r.i. berkata...

baru lah ada reason sikit nak mintak maaf.

Hambali ® berkata...

kena salam sambil sentuh kaki macam cerita hindustan tu tok

sinaganaga berkata...

>>Marahkan orang tanpa usul periksa.

Ini memang kau.

tentangseseorang berkata...

>>Marahkan orang tanpa usul periksa.

sah TokR yang aku kenal. ahahahaha. aci tembak je ikut dan. maap tokR. 0-0 ye.

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin